Thursday, February 3, 2011

Domino tumbang di timur tengah, apa rupa domino baru?


Ketika dunia bersorak tumbangnya kerajaan Tunisia dan goyahnya Presiden Hosni Mubarak di Mesir, adakah sesiapa terfikir apa yang akan menggantikan kekosongan atau vakuum kuasa yang bakal wujud di dua negara penting di Timur Tengah ini?

Dunia arab sememangnya sudah lama dikuasai oleh kerajaan jenis monarki atau autokrasi dan ini terbukti berjaya mewujudkan sedikit kestabilan politik di satu ceruk dunia yang tidak pernah menikmati aman dalam tempoh beberapa kurun yang lalu.

Hosni Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia menggantikan pemimpin berkuku besi tetapi ada yang mengatakan mereka sendiri menjadi pemangsa kepada rakyat sendiri.

Kekayaan terlampau kedua dua pemimpin ini dijadikan kayu pengukur penindasan keatas rakyat. Gambar kereta mewah Ferrari diambil dengan jentera pengangkut di Tunisia tersebar luas, imej istana presiden Tunisia di pecahkan menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir.

Elok lah kalau pemimpin yang baru membawa perubahan positif dan memberi rakyat Mesir satu kehidupan yang lebih bermakna, tetapi adakah mereka yang bertindak memacu penunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir mempunyai rancangan yang jitu bagi memegang tampuk kuasa dan mencari haluan yang terbaik untuk negara mereka.

Adakah mereka sekadar pemimpin Jalanan yang memang pandai bersorak dan mengajak rakyat berdemonstrasi tetapi tak pernah terfikir rancangan jangka panajng.

Hakikatnya, adalah tidak susah untuk rakyat sesuatu negara menjatuhkan kerajaan mereka, samada melalui peti undi ataupun dengan demonstrasi jalanan dan kekacauan tetapi mereka wajib pasti apa yang dimahukan dengan perubahan dan siapakah yang akan membawa mereka ke alam yang lebih enak itu.

Muhammad El Baradei terkenal sebagai manusia yang 'menjual' Iraq kepada Amerika Syarikat, jadi kalau Mubarak diganti dengan El Baradei maka Rakyat Mesir hanya sekadar mengambil tampuk kuasa dari satu kaldai Amerika dan menyerahkan kepada yang satu lagi

Di Tunisia, keadaan sudah sedikit reda dengan timbalan presiden yang dikatana bersih mengambil tampuk Kuasa....tapi Jangan lupa 20 tahun yang lalu, Ben Ali adalah wira Tunisia yang membebaskan rakyat dari belenggu pemimpin yang kejam....

bak kata pujangga, kuasa bisa korup dan kuasa mutlak wajib korup

dalam minda kita sebagai rakyat, politik harus dijadikan sekadar ulam ulam kehidupan, kalau tak ada pun nasi tetap sedap, kalau ada mungkin lebih enak

tetapi tidak seperti ulam, politik yang berlebihan membinasakan, ia membuatkan kita lupa akan kehidupan sebenar, maka itu elok kiranya kita menepis sebanyak yang boleh tempias politik dari hidup kita dan membuat keputusan ketika bertafakur di rumah

maka pergilah kita mendengar ceramah si polan dan si polan, biarlah kita sama ketawa dengan jenakanya dan tak mengapalah kalau kita sama geram setiap kali si politikus menghentam meja tetapi anggaplah ia sebagai hiburan yang mungkin bermakna dan berguna

jangan sesekali kita membuat keputusan tentang masa depan kita di khalayak ramai.

balik lah ke rumah dan selepas solat atau sebelum tidur luangkan sedikit masa untuk bertafakur, untuk memikirkan kehidupan kita di hari yang lalu dan betulkan pegangan hidup dan wawasan kita.

dalam suasana hening dan sepi inilah elok kita sulamkan fikiran dan pendapat bagi menjadi satu wadah kehidupan,

dalam suasana sendiri inilah elok kita memilih marna masa depan untuk diri kita dan, jika boleh arah tuju yang mahu kita tunjukkan kepada anak anak.

Aku amat berharap yang rakyat Mesir sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka mahukan

aku pasti mereka sudah berfikir panjang tentang apa yang mereka benci dan tidak mahu tetapi sudahkan mereka mengilas walau sejenak apa corak masa depan negara mereka

bak kata pujangga, awas apa yang diidamkan kerna ia mungkin sekali menjadi nyata

1 comment:

  1. Hosni barua Yahudi. Kalau tak, takkan kaya melampau sampai anaknya boleh melarikan diri ke London dengan 96 guni yang sudah tentu berisi kekayaan mereka.

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan