Monday, July 29, 2013

Aku MELAYU, Kau CINA, Dia INDIA

Kebelakangan ini isu filem The New Village hangat diperkatakan..Haih..tak habis-habis isu racist ni..macam mana Malaysia nak aman kalau rakyat Malaysia sendiri tak bersatu padu...ada je yang ambik kesempatan..

Filem The New Village menjadi isu sebab katanya mempunyai semangat komunisme.. kalau diikutkan, memanglah perkara ni harus dibendung..kita tahu kan betapa sengsaranya rakyat semasa zaman penjajahan komunis..tapi mari kita renung semula isu ini yang semakin menjadi-jadi..





Sebelum ini, filem Tanda Putera telah dipersoalkan oleh Ambigagap kerana dikatakan mempunyai isu perkauman dan tayangannya telah ditunda kepada suatu tarikh yang belum pasti..tolol gak si Ambigagap ni...kalau difikirkan secara rasional, Tanda Putera berkisarkan tentang isu 13 Mei di mana sejarah 13 Mei sendiri berlaku kerana sememangnya ada isu perkauman ketika itu. Produser bukan buat filem tu berdasarkan rekaan sendiri ataupun adaptasi dari novel seperti filem Ombak Rindu tu yang merupakn cerita berdasarkan imaginasi penulis..Takde Aaron Aziz mahupun Maya Karin lah...





Pada pandangan aku lah kan...kalau tayangan filem Tanda Putera tidak menjadi isu dan tidak disekat, mungkin filem The New Village ini sendiri tidak mendatangkan apa-apa isu pada masa kini..Ini semua mainan orang-orang yang sengaja menjadikan isu kecil menjadi besar dan mempunyai agenda tersendiri..Cuba lah berfikiran logik sikit...

Dipihak The New Village sendiri, filem ini cuma menceritakan sejarah kaum Cina semasa zaman komunis dulu..kalau dilihat secara terbuka, filem ini cuma menceritakan SEJARAH kaum cina yang telah pun berlaku pada zaman itu...Same goes to Tanda Putera..Ada beza filem tentang SEJARAH dan filem berdasarkan IMAGINASI..


Walau apa pun, kalau ada manusia yang suka menimbulkan isu seperti Ambigagap tu, cerita lah pasal kebenaran macam mana sekali pun, tetap akan menjadi isu..poning palo den..



No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan