Wednesday, July 24, 2013

Apakah pula fitnah terbaru Pakatan haram petang dan malam ni?

kb-undi1x
Sama-sama Melayu dan sama -sama Islam..Belajarlah terima Qada dan  Qadar. Sudah kalah..kalahlah..!!!

Ketika artikel ni ditulis ada kira-kira 1 jam 15 minit sahaja lagi untuk pengundi Kuala Besut menjalankan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat mereka.

Sudah terlalu lambat untuk merayu kepada pengundi Kuala Besut untuk memilih mana-mana calon sebagai wakil rakyat mereka dan tentulah di dalam benak mereka sudah tergambar lambang parti mana yang akan dipilih.

Kami di Melayu Bersatu dengan penuh percaya meletakkan kepercayaan kepada pengundi Kuala Besut untuk membuat pilihan terbaik. 

Kami dengan penuh yakin meramalkan bahawa BN akan mencapai kemenangan di Kuala Besut tetapi soalnya adakah gerombolan Pakatan Haram akan dapat menerima kekalahan mereka?

Kami merasakan tentulah kemenangan BN hari ini akan menjadi pertikaian. Sudah tentulah akan ada fitnah-fitnah yang akan dilemparkan oleh pihak yang kalah. Yang menjadi mangsa tentulah BN ataupun SPR sendiri.

Kalau dalam PRU ke 13 ada istilah BLACKOUT tentulah kalau kemenangan berpihak kepada BN petang ini akan lahir pula istilah baru untuk menidakkan kemenangan mutlak BN itu.

Kalau tidak buat huru hara bukanlah AnWAR namanya.

Bersedialah dengan permainan kotor yang tidak akan ada hentinya ini.

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan