Showing posts with label Chetz. Show all posts
Showing posts with label Chetz. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Yang Ni lah Yang Kita Mahu!!!!



Isu menghina Islam ni dah macam berleluasa pulak...Persoalan yang gua tak tau nak fikirkan adakah perbuatan menghina Islam ni masih baru berlaku ataupun perbuatan ini sudah lama berlaku tetapi kita yang tidak nampak?

Yang pastinya orang yang terlibat dalam penghinaan Islam ini tidak wajar dilepaskan begitu saja terutama bangsa Melayu sendiri yang terlibat! Reda seketika isu pasangan babi Alvivi dan ibu anjing, si Chetz@Maznah Yusof, sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan laporan mengenai surau di pusat peranginan Sedili Besar , Kota Tinggi telah digunakan oleh penganut agama lain untuk beribadat dan berkemungkinan akan dirobohkan atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Surau yang digunakan oleh penganut agama lain-Sinar Harian

Titah Sultan Johor itu harus dipuji kerana baginda telah mengambil tindakan tegas atas isu menghina kesucian Islam. Jika pemimpin di seluruh Malaysia bersikap tegas dalam membela kesucian Islam seperti Sultan Johor, gua percaya isu menghina Islam dapat diatasi..yang penting cegah dari akar umbinya...Jangan biarkan Islam maruah Islam terus dipijak!!


BERSATULAH MELAYU!!!

Friday, August 2, 2013

Pemansuhan EO,ISA Dikekalkan ATAU Pembaharuan Dilakukan?


Kenaikan kadar jenayah melibatkan penggunaan senjata api semakin meningkat kebelakangan ini..Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaitkan dengan peningkatan tersebut..Sejauh mana kebenaran keadaan ini dengan penghapusan EO dan ISA?

Jika dilihat dari sudut jenayah melibatkan senjata api, pada gua tidak berapa tepat jika kita mahu kaitkan dengan pemansuhan tersebut. Ini kerana penggunaan senjata api juga mungkin lebih melibatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan kita yang mungkin lemah dan menyumbang kepada faktor penyeludupan senjata api secara berleluasa..Keadaan ini memudahkan para pembunuh upahan mudah untuk mendapatkan senjata api untuk melakukan jenayah.. Jadi, tidak peliklah kenapa kes bunuh di negara kita ini banyak melibatkan senjata api kerana ianya mudah diperolehi dan lebih mudah untuk dilakukan berbanding menggunakan senjata lain seperti pisau.

Pemansuhan EO dan ISA lebih tepat lagi boleh dikaitkan dengan kes pasangan Alvin dan Vivian dalam kes "Bah Kut Teh berlogo halal" dan isu video 1 Hari Dihari Raya oleh Chetz Yusof@ Maznah Mohd Yusof..Ini kerana isu-isu sebegini mempunyai unsur-unsur penghasutan dan penghinaan kepada agama Islam dan mungkin pada masa akan datang jika agama lain juga di hina, tindakan tegas harus dilakukan dan diperlaksanakan...

Namun, kedua-kedua keadaan ini saling berkaitan jika melibatkan keselamatan negara. Pembunuhan bersenjata api lebih melibatkan fizikal dan nyawa manusia manakala isu penghinaan agama Islam itu lebih melibatkan serangan psikologi dimana akan mewujudkan keadaan huru-hara dan rasa tidak puas hati yang akan mengundang kepada keadaan yang lebih teruk lagi.

Mungkin kerajaan harus mengkaji semula pemansuhan EO dan ISA. Samada mahu mewujudkan semula akta-akta ini atau mewujudkan akta lain untuk mengawal keadaan seperti ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat...nanti jangan dah huru hara, baru nak ambil tindakan...PREVENTION IS BETTER THAN CURE!!

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan