Showing posts with label pembunuhan. Show all posts
Showing posts with label pembunuhan. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Masih Amankah Malaysia ku?



Maaflah..Gambar diatas bukanlah untuk menakut-nakutkan jauh sekali untuk buat sampai tak tidur malam..Nampaknya keamanan negara kita bukan lagi seperti dulu...

Ish..Baru pagi tadi kita dikejutkan dengan berita pegawai bank mati ditembak oleh pengawal yang merompak bank tempat beliau sendiri berkerja, lagi sekali Malaysia digegarkan dengan berita 4 orang awam diserang secara tiba-tiba. Kejadian terbaru ni meragut 2 nyawa...Suspek dipercayai kurang siuman dan mempunyai masalah mental...

Laporan dari MStarOnline...

KUALA LUMPUR: Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.
Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.
"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.
"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.
"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.
Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.


Berikut merupakan gambar-gambar mangsa ketiga yang merupakan yang pertama terbunuh:






Mangsa terakhir yang merupakan yang kedua terbunuh:



Dan gambar suspek yang telah berjaya ditangkap dan sekitar keadaan tempat kejadian:




Nasib baik suspek berjaya ditangkap...Kalau tak, orang awam kat stesen LRT mana la pulak dia jadikan mangsa...

VIDEO: Video ini dirakam oleh orang awam yang berada ditempat kejadian...Sila lihat..



Oh ya... Video seterusnya ini adalah rakaman CCTV kejadian pegawai bank dibunuh oleh pengawal keselamatan...




Aku rasa ramai yang bersetuju kalau aku cakap rakyat Malaysia perlukan sesuatu untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Mungkin pihak PDRM boleh mengatur strategi yang sesuai sama seperti mereka mengatur rancangan untuk menangkap geng-geng kongsi gelap dalam OPS CANTAS...

Malang memang tidak berbau...Tapi berhati-hati lah.. Aku percaya orang-orang yang telah melakukan semua ini mempunyai sebab tersendiri...Kos hidup tinggi, hutang keliling pinggang, tekanan hidup antara sebab-sebab yang boleh dikaitkan dengan permasalahan yang berlaku...Masih amankah Malaysia ku kini?

Thursday, September 19, 2013

Tak Ada Duit? Bakarlah Arang....


Apa nak jadi zaman sekarang ntah...Senang sangat ambik jalan singkat nak selesaikan maslah tanpa fikir akibat....Kalau yang menanggung akibat tu diri sendiri takpe jugak...Ni yang tanggung orang lain..Anak sendiri lak tu...

Seorang kanak-kanak dipercayai mati akibat terhidu asap dari arang yang dibakar oleh ibu bapak dia sendiri yang pada mulanya berniat nak bunuh 1 keluarga disebabkan masalah wang....Kalau mati betul takpe jugak...Ni anak je yang jadi mangsa....

Mayat kanak-kanak peremuan ni dijumpai selepas 7 hari...Bayangkanlah bau dia...Ishk....Tu pun nasib baik ibu kawan kepada mangsa sedar yang mangsa dah lama tak datang sekolah... Nasib ada orang yang perihatin cam gini...Apa nak jadi ibu bapak zaman sekarang ntah...Ada banyak cara kan nak cari duit selagi kederat empat kerat masih ada....

Ni pun aku tak paham...Menteri mengaku kaya raya.... Tapi rakyat ada yang tak dapat nak sara hidup? Ish... Agaknya ni la jadi bila orang bandar je yang mampu pakai kereta besar-besar...Orang kampung ada tak mampu pakai kereta..Bukan setakat kereta....Tanggung anak pun semput sampai terpaksa membunuh anak sendiri... Kenapa mesti ada dua darjat?? Takan menteri nak kaya sorang2 ketepikan kebajikan rakyat?


Laporan dari Kosmo..

Mayat Mabel diusung keluar dari rumahnya
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang tertekan dengan masalah kewangan bertindak di luar jangkaan apabila membuat tiga percubaan membunuh diri yang akhirnya membawa kepada kematian menyayat hati ke atas anak perempuan mereka di Blok D, Sri Manja Square di sini semalam.
Mayat Mabel Hiew Mun, 5, yang disyaki telah mati tujuh hari lalu ditemui dalam keadaan mula mereput dan berbau busuk pada pukul 9 pagi oleh seorang ibu rakan sekolah tadika mangsa.
Mangsa merupakan pelajar Tadika Jin Ying yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Ibu rakan sekolahnya bertindak demikian selepas merasa pelik apabila mendapati mangsa tidak hadir sejak lima hari lalu manakala ibu kanak-kanak itu pula gagal dihubungi.
Wanita itu berada di rumah ketika mayat mangsa ditemui.
Mangsa dikatakan mati selepas lemas akibat terhidu asap arang yang dibakar pasangan tersebut di dalam bilik tidur utama.





Tuesday, September 10, 2013

60 Terbunuh??



Jom kita ambik tahu pasal hal luar Malaysia jugak...Tak salah tambah pengetahuan kan..Ni ada berita baru dari Afrika....Syukur negara kita tak jadi macam ni...

Afrika Tengah: 60 terbunuh dalam pertempuran

REPUBLIK AFRIKA TENGAH 10 Sept. - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam tempoh dua hari selepas berlakunya pertempuran di antara tentera presiden baharu Republik Afrika Tengah dengan pengikut setia bekas presiden yang digulingkan, Francois Bozize. 

Penyokong Bozize menyusup masuk ke kampung-kampung sekitar Bossangoa, 250 kilometer barat laut Bangui, memusnahkan jambatan dan infrastruktur, selain mahu membalas dendam terhadap penduduk Islam, kata jurucakap Presiden, Guy-Simplice Kodegue. - AFP

Lagi Islam ditindas... Tak dapat sumbang wang ringgit atau tenaga, jom kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia... Jangan terlalu 'selesa' dengan keamanan yang kita ada...  Jaga... Bukan rosakkan demi kepentingan peribadi..

Friday, August 2, 2013

Pemansuhan EO,ISA Dikekalkan ATAU Pembaharuan Dilakukan?


Kenaikan kadar jenayah melibatkan penggunaan senjata api semakin meningkat kebelakangan ini..Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaitkan dengan peningkatan tersebut..Sejauh mana kebenaran keadaan ini dengan penghapusan EO dan ISA?

Jika dilihat dari sudut jenayah melibatkan senjata api, pada gua tidak berapa tepat jika kita mahu kaitkan dengan pemansuhan tersebut. Ini kerana penggunaan senjata api juga mungkin lebih melibatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan kita yang mungkin lemah dan menyumbang kepada faktor penyeludupan senjata api secara berleluasa..Keadaan ini memudahkan para pembunuh upahan mudah untuk mendapatkan senjata api untuk melakukan jenayah.. Jadi, tidak peliklah kenapa kes bunuh di negara kita ini banyak melibatkan senjata api kerana ianya mudah diperolehi dan lebih mudah untuk dilakukan berbanding menggunakan senjata lain seperti pisau.

Pemansuhan EO dan ISA lebih tepat lagi boleh dikaitkan dengan kes pasangan Alvin dan Vivian dalam kes "Bah Kut Teh berlogo halal" dan isu video 1 Hari Dihari Raya oleh Chetz Yusof@ Maznah Mohd Yusof..Ini kerana isu-isu sebegini mempunyai unsur-unsur penghasutan dan penghinaan kepada agama Islam dan mungkin pada masa akan datang jika agama lain juga di hina, tindakan tegas harus dilakukan dan diperlaksanakan...

Namun, kedua-kedua keadaan ini saling berkaitan jika melibatkan keselamatan negara. Pembunuhan bersenjata api lebih melibatkan fizikal dan nyawa manusia manakala isu penghinaan agama Islam itu lebih melibatkan serangan psikologi dimana akan mewujudkan keadaan huru-hara dan rasa tidak puas hati yang akan mengundang kepada keadaan yang lebih teruk lagi.

Mungkin kerajaan harus mengkaji semula pemansuhan EO dan ISA. Samada mahu mewujudkan semula akta-akta ini atau mewujudkan akta lain untuk mengawal keadaan seperti ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat...nanti jangan dah huru hara, baru nak ambil tindakan...PREVENTION IS BETTER THAN CURE!!

Wednesday, July 31, 2013

Nyawa di hujung PISTOL!!!



BANG!BANG! Semudah tu je kan orang sekarang nak selesaikan masalah....

Nampaknya trend orang Malaysia sekarang nak selesaikan masalah adalah pakai pistol je...undang-undang semua dah ditolak ketepi..habis tu PDRM buat apa je bila isu ni terjadi?Sibuk shopping raya??

Tak lama dulu pada 26 April kita digemparkan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato Shaharuddin bin Ibrahim. Beliau telah dibunuh dengan tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal. Kejadian berlaku kira-kira pukul 830 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Dato Shaharuddin bin Ibrahim
Kesan Tembakan



Kes pertama pada 4 Julai 2013 melibatkan seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di leher dalam kejadian cubaan untuk membunuh mangsa pada 4 Julai 2013 yang lalu. Mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mat Zaki Hashim


Kes berikutnya berlaku pada 17 Julai melibatkan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan. Mangsa, Hashim Mat Zain, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tok Dosoh dan ditembak dengan 6 das tembakan tetapi hanya 2 das tepat mengenai mangsa.

Hashim Mat Zain


Seorang lagi guru ditembak mati pada 19 Julai  ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim Kedah. Mangsa, K Shanmugam, 45, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Ini merupakan kes ketiga melibatkan guru.

K Shanmugam

Kes terbaru yang berlaku pada 29 Julai lalu melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab- Malaysia, Hussain Ahmad Najadi telah ditembak di kawasan letak kereta  sebuah tokong Cina  di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang. Isteri mangsa, Cheong Mei Kuan turut tercedera dalam kejadian.

Hussain Ahmad Najadi


Persoalannya, di manakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini? 

Apakah langkah PDRM untuk memastikan keselamatan dalam negara Malaysia ini terus terjamin..Sekarang ni ramai yang nak keluar dari rumah pun bimbang dan berasa tidak selamat apatah lagi yang mempunyai keluarga...Berapa orang lagi yang harus mati baru PDRM nak ambil tindakan??

Peribahasa Melayu 'Bagai nyawa di hujung tanduk' boleh diubah kepada 'Bagai nyawa di hujung pistol'...

Tak puas hati sikit, tembak..ni la jadi kalau orang dah tak takut undang-undang...elok-elok ada akta ISA pergi mansuhkan...orang dah tak takutlah...buat kesalahan pun hanya kena bayar denda..jangan kecut telur sangat sampai keselamatan dan kehormatan digadai!!

Sumber: The Star, Utusan, Berita Harian, Kosmo!

Monday, August 2, 2010

PArti politik terlibat dengan pembunuhan Ahli Majlis Perbandaran Manjung

Ketua cawangan MCA Changkat Keruing, Lim Ting Peng yand dipercayai dibunih oleh dua orang pekerja Myanmar di ladang ayam beliau di percayai dibunuh atas sebab politik.

menurut blog skandalpolitik, mangsa dikatakan telah berapa kali berjumpa dengan seorang adun yang dikatana ingin menjadi seorang calon bebas.

rahsia tersebut sudah bocor dan parti adun yang ingin menjadi calon bebas dikatakan telah mengupah pekerja Myanmar di ladang mangsa untuk membunuh beliau.

katanya ini cara mereka menghantar mesej kepada sesiapa yang ingin melompat parti

hai kalau bab lompat parti pun boleh bunuh, kaalu dah dapat kuasa sipa saja yang membangkang akan dibunuh nanti

pada aku pembunuhan ni ada banyak persamaan dengan pembunuhan Teoh Beng Hock...
mari kita sama sama fikirkan partiu politik mana yang banyak untung bila TBH dibunuh???

betul ke kita nak serahkan kuasa pada mereka yang kejam dan tidak berhati perut begini???

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan