Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Terima Kasih...Ini Yang Kita Mahu...




Terima kasih PDRM.. Sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara... Kejayaan mereka menerusi Ops Cantas ni juga rasanya disebabakan oleh ketegasan & kewibawaan kepimpinan Zahid Hamidi juga... Yang pastinya seluruh rakyat Malaysia berterima kasih kerana tindakan yang sepatutnya telah diambil...rakyat Malaysia yang nak Malaysia ni amanlah... Yang nak menghancurkan keamanan Malaysia tu patut dicantas sekali.....

Laporan Bernama...


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas usaha berterusan mereka mencegah jenayah. 
"Terima kasih dan tahniah @PDRMsia atas usaha berterusan dalam mencegah jenayah. Kerjasama semua pihak amat dihargai," kata Perdana Menteri melalui twit terbarunya di akaun twitter @NajibRazak. 
Beliau turut memuatkan siaran akhbar yang menunjukkan statistik kes jenayah kekerasan seluruh negara telah menurun sebanyak 21.6 peratus sejak Ops Cantas Khas dilaksanakan PDRM 17 Ogos lepas. 
Laporan akhbar itu turut menunjukkan statistik jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak 14.7 peratus. 
Dalam perkembangan lain, Najib melalui twitnya turut mengajak orang ramai memberi sokongan kepada Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 September ini. 
Beliau berkata sokongan itu antara lain boleh diberikan dengan melawat dan berkongsi akaun Facebook selain laman web karnival berkenaan iaitu http://www.kud.my
Karnival berkenaan yang diadakan sejak 2006 dengan objektif antara lain bagi membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan tempatan, akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya kali ini. 
Kira-kira 600 pempamer atau usahawan akan menyertai karnival berkenaan dengan jangkaan pengunjung kira-kira sejuta orang. - Bernama

Wednesday, August 21, 2013

Pergolakan Mesir: Pelajar Malaysia di Mesir Dibawa Pulang


Pelajar- pelajar kita yang menuntut di Mesir bakal dibawa pulang oleh pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin...Keputusan membawa pulang pelajar-pelajar kita ni adalah satu langkah yang bijak kerana keadaan di Mesir semakin runcing dan keselamatan rakyat kita di sana pun terancam...

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam ini, selepas kerajaan mendapati pergolakan di negara itu semakin tidak menentu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamad Thajudeen Abdul Wahab yang kini berada di Kaherah untuk memantau perkembangan krisis di sana. 
''Saya sudah dapat laporan bahawa keadaan di sana menjurus kepada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
''Oleh itu, pasukan MKN beri pandangan dan nasihat supaya kita mulakan operasi membawa balik pelajar-pelajar yang ingin kembali secara sukarela dan saya bersetuju dengan pandangan tersebut," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain. 
Perdana Menteri berkata, mulai malam ini, kerajaan akan menempah tiket-tiket tertentu dalam penerbangan awam melalui Amman, Jordan dan Istanbul, Turki dan beberapa tempat lain untuk membawa pulang para pelajar. 
Perdana Menteri berkata, beliau dan Muhyiddin sudah berbincang dengan Universiti Al-Azhar untuk menentukan kaedah peperiksaan bagi pelajar yang kembali ke tanah air. 
''Kita telah tetapkan dalam apa jua keadaan, mesti utamakan keselamatan pelajar. Kita tidak akan melengah-lengahkan lagi seandainya keadaan mungkin menjadi lebih serius, lebih genting dan lebih berbahaya. 
''Tindakan untuk melindungi dan memelihara keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan," katanya. 
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan pesawat Charlie C130 kerana membabitkan masalah logistik yang lebih berat dan perbelanjaan yang lebih tinggi kerana pesawat tentera itu tidak boleh melakukan penerbangan jarak jauh pada satu-satu masa. 
Menurutnya, segala urusan terperinci membawa pulang kumpulan pelajar dari Mesir akan memakan masa kerana tertakluk pada kekosongan tempat duduk yang boleh diperoleh dalam penerbangan dari sana. 
Najib berkata, usaha membawa pulang pelajar dari Mesir ekoran krisis politik di negara itu yang sudah masuk kali kedua sejak 2011 turut mendorong kerajaan untuk melakukan sesuatu pada masa hadapan. 
''Kita sedang fikir perkara ini, Universiti Al-Azhar merupakan sebuah universiti terkemuka dan tersohor, namanya terbilang. 
''Kita kena kaji sama ada boleh bekerjasama dengan Universiti Al-Azhar untuk buat (buka cawangan) di Malaysia ataupun alternatif lain tetapi dari segi pengajian Islam," katanya. 
Pada 2011 kira-kira 11,000 pelajar Malaysia dibawa keluar secara berperingkat menerusi Op Piramid ekoran konflik berdarah yang melanda Mesir selepas rakyatnya berdemonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 
Sementara itu, Najib berkata, belum ada persetujuan dicapai bagi mengadakan persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan krisis di Mesir. 
Menurut beliau keputusan itu dibuat selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan pergolakan di negara itu sebagai isu dalaman mereka. 
''Perkara paling penting sekarang ini ialah mengurus pelajar-pelajar kita di Mesir dan pada masa ini, kita sedang mengkaji dengan teliti situasi di sana," katanya." -Utusan
Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana negara kita tidak menerima nasib seperti rakyat Mesir..Dah macam tu pun ade lagi babis-babis dan malaun-malaun yang tak habis-habis nak ganggu keamanan negara kita ni..Jadi macam Mesir ni baru nak ada akal kot.. 
 




Sunday, August 11, 2013

Pak Lah Mengalah?



Kalau selama ni dia diam je, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menjawab segala spekulasi sepanjang pentadbiran beliau yang lepas dalam buku terbarunya, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia".

Gua rasa ada baiknya penjelasan ini ditampilkan kerana ianya akan menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul semasa Pak Lah jadi PM...

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustafa Yaakob, bersetuju buku tersebut dapat menjernihkan keadaan sepanjang memerintah negara dari tahun 2003 ke 2008...

“Saya tidak tahu apakah inti pati buku tersebut. Jika dikatakan penjelasan, ia patut dipuji kerana selama ini Abdullah hanya berdiam diri. Jadi dengan menggunakan buku sebagai platform, kita nampak Abdullah bukan terus menyepi sebaliknya ada sebab,” katanya.  
Beliau berkata, penjelasan yang diperkatakan mungkin akan melibatkan beberapa pihak dalam Umno tetapi menolak ia menjurus kepada perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
“Najib mendapat sokongan padu daripada Abdullah dan jarang kita mendengar Najib mengkritik Abdullah. Tetapi ada bekas pemimpin lain yang mungkin dijadikan sasaran,” katanya.
Mustafa berkata, semua pihak harus menerima buku tersebut sebagai satu wadah daripada bekas pemimpin tertinggi dengan hati terbuka.  
“Ditambah dengan pemilihan Umno tidak berapa lama lagi, jangan ada pelbagai tafsiran sama ada daripada kalangan orang Umno mahupun orang luar,” katanya. -Sinar Harian

Gua harap buku ni takkan mengundang apa-apa isu lepas ni...setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabahnya...kita tengok je nanti... 

Wednesday, July 31, 2013

Nyawa di hujung PISTOL!!!



BANG!BANG! Semudah tu je kan orang sekarang nak selesaikan masalah....

Nampaknya trend orang Malaysia sekarang nak selesaikan masalah adalah pakai pistol je...undang-undang semua dah ditolak ketepi..habis tu PDRM buat apa je bila isu ni terjadi?Sibuk shopping raya??

Tak lama dulu pada 26 April kita digemparkan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato Shaharuddin bin Ibrahim. Beliau telah dibunuh dengan tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan oleh suspek yang dipercayai menunggang motosikal. Kejadian berlaku kira-kira pukul 830 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Dato Shaharuddin bin Ibrahim
Kesan Tembakan



Kes pertama pada 4 Julai 2013 melibatkan seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas cedera di leher dalam kejadian cubaan untuk membunuh mangsa pada 4 Julai 2013 yang lalu. Mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mat Zaki Hashim


Kes berikutnya berlaku pada 17 Julai melibatkan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan. Mangsa, Hashim Mat Zain, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tok Dosoh dan ditembak dengan 6 das tembakan tetapi hanya 2 das tepat mengenai mangsa.

Hashim Mat Zain


Seorang lagi guru ditembak mati pada 19 Julai  ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi, Kulim Kedah. Mangsa, K Shanmugam, 45, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Ini merupakan kes ketiga melibatkan guru.

K Shanmugam

Kes terbaru yang berlaku pada 29 Julai lalu melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab- Malaysia, Hussain Ahmad Najadi telah ditembak di kawasan letak kereta  sebuah tokong Cina  di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang. Isteri mangsa, Cheong Mei Kuan turut tercedera dalam kejadian.

Hussain Ahmad Najadi


Persoalannya, di manakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini? 

Apakah langkah PDRM untuk memastikan keselamatan dalam negara Malaysia ini terus terjamin..Sekarang ni ramai yang nak keluar dari rumah pun bimbang dan berasa tidak selamat apatah lagi yang mempunyai keluarga...Berapa orang lagi yang harus mati baru PDRM nak ambil tindakan??

Peribahasa Melayu 'Bagai nyawa di hujung tanduk' boleh diubah kepada 'Bagai nyawa di hujung pistol'...

Tak puas hati sikit, tembak..ni la jadi kalau orang dah tak takut undang-undang...elok-elok ada akta ISA pergi mansuhkan...orang dah tak takutlah...buat kesalahan pun hanya kena bayar denda..jangan kecut telur sangat sampai keselamatan dan kehormatan digadai!!

Sumber: The Star, Utusan, Berita Harian, Kosmo!

Friday, January 7, 2011

Anwar resah dia tak dijemput bertemu Agong

Khabarnya Raja Liwat Negara, CIFUT Anwar Beraim panas bontot, tapi bukan sebab terkena minyak cap kapak tapi kerana dia tak dijemput berjumpa Agong bersama Nik Aziz, DS Hadi Awang dan DS Najib serta TS Muhyiddin.

Katanya dia begitu marah bila berita perjumpaan itu pun dia ketahui melalui blog dan portal berita...

Macamana ni??? takkan ketua pembangkang tak tahu bila Nik Aziz dan Hadi Awang dijemput ke Istana?

kenapa Nik Aziz simpan rahsia ni dari dia?

Nik Aziz tak percaya ke kat raja Liwat lagi?

Dek kerana tak tahan panas bontot, maka Raja Liwat akan menghantar spy leman untuk mengorek rahsia perjumpaan tersebut.

spy leman itu ialah manusia dua alam dan setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution yang dikatakan lebih PAS dari PKR.

Saifuddin ni memang OK dengan orang PAS, lebih dari OK dan dia dipercayai akan berjaya memujuk Nik Aziz untuk menceritakan semua yang dibincangkan ketika perjumpaan tersebut...

Mungkin Nik Aziz cerita, mungkin tidak....ku rasa mungkin tidak

Mana tak nya Hadi Awang dalam sidang media pun senyum aje, tak cakap banyak tentang perbincangan tersebut...senyum seorang yang tahu bahawa PAS sebenarnya parti yang mampu menjadi pemimpin kepada Pakatan

Hadi tahu yang orang Melayu sebenarnya tak harap kat PKR dan masih menyinpan syak yang mendalam terhadap DAP yang rata rata dianggap sebagai duri dalam daging di kalangan peminat dan penyokong Pakatan.

Apa pun terjadi agenda Melayu/Islam masih tersemat dihati pemimpin PAS dan ahli mereka yang setia kepada perjuangan parti walaupun terdapat pemimpin parti yang sudahpun mengkhianati perjuangan tersebut, seperti Nizar.

Seperti jutaan umat Melayu di Malaysia PAS tetap mahukan sebuah negara Islam walaupun ia akan mengambil masa yang lama dan terpaksa menempuh laluan berduri. PAS sedar yang umat Melayu menganggap Umno sebagai pejuang mereka di alam sekular dan PAS masih boleh diharap sebagai suara kesedaran dari segi keagamaan.

PAS sedar mereka perlu kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam dan tidak boleh bertindak melulu di arena politik hanya kerana mahukan kuasa.

Dalam keadaan orang Melayu terasa tertekan di bumi sendiri, PAS perlu mencari ruang untuk memperjuangkan agenda negara Islam ketika bersekongkol dalam satu pakatan yang dikuasai DAP.

PAS perlu bertindak sebagai tunjang kepada pakatan dan menjadi suara utama yang mampu memberi keyakinan kepada majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Anwar juga sedar hakikat ini tetapi ketika PRU12 beliau masih dibuai mimpi rekaan sendiri yang kononnya dia lah saja yang boleh menjadi pemimpin alternatif kepada Malaysia....walaupun jauh di sudut hati setiap mereka yang memangkah mata lebam yang melancarkan roket ialah bulan yang menjanjikan Islam.

Anwar sedar bahawa sebenarnya pihak BN tak lagi menganggapnya sebagai pemimpin alternatif untuk Melayu dan perjumpaan ini adalah manifestasi paling jelas hakikat tersebut

Anwar sedar bahawa makrifat orang Melayu ada pada agama Islam dan di penghujung perjalanan setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ialah Pencipta yang maha Agung dan Anwar telahpun terplait dengan pelbagai skandal rasuah, kronisma, nepotisma dan pelbagai isma lain yang jelas menunjukkan di bukan pemimpin umat Islam yang terbilang.

Ketika genggaman beliau ke atas parti PKR mulai lucut macam terkena pelincir KY -jelly, PAS terus diam diam ubi

Anwar sudah sedar yang dia sebenarnya tidak tahu sebesar mana ubi di bumi dan tidak faham kemana ia sudah menjalar.

Anwar pening memikirkan masalah ini dan dia tidak mungkin boleh lelap selagi dia tidak dapat mengorek rahsia perjumpaan tersebut.

Wednesday, April 28, 2010

NIZAR MEROYAN: Dengar lah hasutan Nizar dengan orang CIna

Nizar memang ada darah CIna, mak dia Cina, dai pun pandai cakap Cina

tapi dia tak gunakan anugerah itu untuk memupuk perpaduan dan membentuk pembangunan negara
sebaliknya dia menabur fitnah dan hasutan

Nizar mengajak orang Cina marah kepada Melayu, kepada Umno....

Nizar memfitnah Perdana Menteri...Najib tak pernah mengatakan dia mahu basahkan keris dengan darah Cina

kalau Nizar ada bukti itu sila tunjukkan

kalau tidak lagi elok polis tangkap orang gila yang menghasut ini dan humban dalam penjara... lagi elok

Ni Video si Nizar Meroyan, kome tengok lah sendiri

Wednesday, December 2, 2009

Nizak penjilat tegar DAP: Bila Aljuburi teran kuat, keluarlah N,Ajis

Aku rasa N.Ajis ni dah layak di maki hamun macam anjing... dia dah mula meraban dan dah mula takutkan bayang bayang sendiri.

Hari ni si tua bebal yang menipu semua orang dengan memakai serban dan jubah dah jadi takut sebab doa dia minta musnahkan PM DS Najib kena belasah dengan semua orang.

Bukan si kutuk ni nak takut dengan balasan Allah, tapi takut dengan kutukan orang

N.Ajis kata dia nak ubah doa plak, kononnya sebab Najib terasa hati... ehh bila plak Najib terasa hati, dia tak hinging pun si tua kutuk PAS ni mintak maaf,

Najib kata ramai orang Islam yang akan anggap Nik Ajis ni dah tak betul dan ekstrem... beb mana oda orang doa laknat, Nabi tak pernah ajar umat dia

yang percaya benda ni N.Ajis dengan enjlat PAS tegar dan penulis upahan murahan MSO aje... konon boleh ada justifikasi minta doa laknat....

tak ada

mintak doa justice bolehlah, minta keadilan boleh lah , mintak laknat mana boleh... bodoh ke saja saja buat bodoh, jangan kerap sangat buat buat bodoh, nanti betul jadi bebal padan mka

Kalau lupa atau tak tahu, mari aku ceritakan sikit: Las skali boleh doa lknat.kemusnahan masa banjir besar-- Nabi Noh punya doa.. pas tu Allah tegur dia , dan larang buat doa laknat...

aik kata belajar tinggi, takkan tak pernah dengar, kalau ular mensyusp dalam semak tu mungkin lah tak tahu, dia menyelinap kat bawah aje, bukan belajar tinggi...

Orang tak mintak maaf, orang tak minta apa pun, tiba tiba pulak si tua bongok ni nak ubah doa lah plak.... piirah

kau ingat doa kau tu bagus sangat ke??

kau tak sedar ke bila kau perangai buruk tapi berselindung di sebalik serban dan jubah.. pakaian sunnah Rasulullah, kau tu sebenarnya menghina Rasulullah.. Allah nak berkenan sangat ke dengan muka kamu tu

Wel N.Ajis aku rasa eloklah kau terus aje jaga pintu syurga kau tu, kalau boring boring, kau masuk lah terus Syurga ciptaan kau tu OK??

see, aku tak de pun doa laknat kat engkau, doa masuk syurga lagi

Beza antara aku dengan engka, wahai N.Ajis ialah aku bodoh tapi aku tau aku bodoh, kau tu tuli tapi kau ingat kau pandai

Nak tau apa yang kau pandai?? membohong rakyat...buatlah, nanti terjerut lidah sendiri baru tau

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan