Gila ke ape?
memang gile\a,
aku nak tulis ni pun rasa macam gila
ada ke patut orang yang konon nya ulamak pergi haji dengan duit rasuah.
OK sebelum korang kata aku gila, ko gi lah baca blog rakan rakan saya Parpukari dan RBF.
Ceritanya macam ni, N.Ajis pergi haji tahun ni dengan pakej VIP haga RM65K sorang, dia pergi bersama isteri, menantu (Ariddahmi) dan isteri (anak perempuan N.Ajis), setiausaha sulit N.Ajis. tokey syarikat dan isteri tokey syarikat.
Syarikat ni namanya Abroad Technology Centre Sdn. Bhd.
Nama tyokey nya Nordin, kalau kita check internet reference ATC didapati syarikat ni berniaga komputer, printer dan aksesori, jadi mungkinlah ada bisnes buat iklan dan sebagainya.
maka PMBK pun berilah syarikat ni satu kontrak letak papan tanda satu negeri Kelantan,
ye lah papan tanda muka pemimpin, jenis yang macam orang PAS selalu kutuk orang Umno buat tu,
cuma kali ni muka Nik Ajis lah
BTW thanks RBF for the picture below
Ok kita tengok betul betul apa yang ditulis di sebelah kanan bawah papan iklan tersebut
SUMBANGAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
Kita mesti ingat PMBK ni ditubuh dengan duit rakyat jadi semua perkara yang dilakukan mestilah untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
OK lah katalah papan tanda ni untuk suruh orang hantar anak mengaji, kira elok lah tu, bagus lah
tapi aku heran kenapa mesti ada muka N.Ajis dan cucunya, tak de orang lain ke? Buakn apa takut orang kata cari publisiti politik murahan.
tak pe lah kira niat baik lah, jadi kita pun bertanya gak lah, jika ini duit PMBK dan papan tanda ni bertujuan menimbulkan insaf dan kesedaran, apakah cara terbaik untuk membelanjakan wang rakyat sebegitu?
assuming that the whoe of negeri Kelantan setuju lah papan tanda ni mendatangkan faedah kepada rakyat, boleh membawa ke syurga ke ape ke, tak kira lah, pendeknya kalau semua orang stuju ia bagus pun, apa cara terbaik untuk melaksanakan kempen ni?
after all, the mesage is quite simple, the photography tak lah hebat mana, the layout pun ala kadar aje, the billboard siapa pun boleh print dan tegakkan.
so should it be opened to tender for the lowest bidder?
should it be given without tender?
soalan keduanya ialah ini
seorang ulamak tentunya faham betapa kita mensti mengelak supaya tindakan kita boleh menimbulkan fitnah, dia mesti nak jauhkan fitnah
saya ada satu cerita
Saidina Abu Bakar ketika menajdi khalifah mengambil gaji yang secukup untuk makan aje (sewa tak yah pasal duduk rumah sendiri) duit memang ngam ngam aje, satu hari Isteri beliau meminta sedikit wang lebih untuk membeli bahan membuat kuih kegemaran Saidina Abu Bakar. Di kata - "mana saya ada duit lebih, gaji saya mabik semua cukup cukup je, ni duit rakyat, kalau lebih nanti penat aku nak menjawabnya (ni kira paraphrase lah)... kalau kau nak buat kuih, simpan lah sikit sikit duit lebih, kalau ada buat lah kuih tu.
jadi isteri dia pun simpan lah sikit sikit, lepas beberapa bulan cukuplah duit nak beli bahan so dia pun excitedlah nak beri suami tercinta makan kuih kesukaan.
Bila Saidina Abu Bakar pulang ke rumah dia pun hidanglah. Abu Bakar terkejut, dia tanya mana dapat duit lebih ni? Si isteri pun kata dia jimatlah satu dirham sebulan (contoh lah), bila cukup duit dia pun beli bahan..
nak tau paa respons Saidina Abu Bakar? dia potong gaji dia sebanyak satu dinar sebulan (ie sebanyak mana yang Isteri dia kata ada lebih lah)... mengapa? dia takut ambil terlebih dari duit rakyat...
OK kembali pada cerita kita.
Soalan pertamanya ialah ini, kalau si Nordin ni nak beramal jariah kepada N.Ajis setelah mendapat kontrak pasang billboard. satu fitnah akan timbul, sudah tentu ada yang mungkin menaggap ini tanda terima kasih beliau kepada N.Ajis kerana bantu beliau berniaga....Ok ada orang kata ni tak de hal pasal di nak membalas budi....
pikir betul betul, inilah rasuah namanya. kerana itulah seorang penjawat awam tak boleh menerima hadiah yang bernilai lebih dari beberap ringgit saja, hadian yang diterima kalau bebentuk cenderahati OK, tak de nilai walau dibuat kristal ke , walau ia songket dalam frame ke...
Pakej haji VIP ni tak de bezanya dengan percutian mewah ke mana mana, kerana ianya ada nilai komersil, samada ia nya untuk beribadat atau beristirehat tak de beza dari segi ongkos.
Yang satu rasuah, yang lagi satu pun rasuah juga lah namanya.
keduanya , kita perlu bertanya berapa banyak untuk yang dibuat oleh Nordin dari satu projek ni??
RM65,000 x7= RM455,000 ialah kos pergi ke haji utuk tujuh orang ni
katalah dia belanja separuh untung dia untuk belanja N.Ajis dan entourage ke Haji jadi untung dia RM1 million, untuk passang billboard. Saya rasa untung dia lebih tapi kita tak tahulah, Kalau untung dia RM455,000 sekalipun ini adalah salah kerana untung ini digunakan oleh pembesar negeri, anak menantu dan siteri untuk menunaikan haji
kalau nak ambik jugak duit tu lagi elok kalau suruh syarikat tu bawak orang biasa ke haji
lebih 45 orang dah dapat menunaikan haji kalau menggunakan pakej biasa... N.Ajis dah pergi haji berkali kali dah, apa salahnya beri pada orang biasa
la;au dia suruh syarikat bawa orang biasa maka terhindarlah satu fitnah
lagi elok kalau dikurangkan untung syarikat tersebut
untung ni dari duit rakyat, duit PMBK, apa salahnya kurang sikit untung, kerana ini duit rakyat dan awak kata awak ulamak, mursyidul am??
apa ni??? takan rasuah pun dah tak kenal???
takkan perbuatan yang mengundang fitnah pun dah tak kenal???
Hal ini mungkin orang lain kata tak rasuah tapi inilah pendapat saya, kalau korang setuju setujulah, kalau tak , takde hal
lepas ni cerita selipar syurga pulak
Showing posts with label ariff fahmi. Show all posts
Showing posts with label ariff fahmi. Show all posts
Friday, November 13, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Nizar tertelan pancut Anwar: Kelantan dah meletup
Orang kata Haji Hadi tu Pak Lah version PAS konon nya dia flip-flop, tapi sebenarnya
N.Ajis lah Pak Lah versi PAS, dia ada Ariff Fahmi, KJ versi PAS
Aku tak yah cakap banyak lah, nanti korang kata aku fitnah lak,
Kat bawah ni aku cut and paste apa yang ditulis oleh Sheih Kickdefella - dia kena buang kerja serta merta
yang menariknya dia mintak N.Ajis ajar dia sumpah ikut syarak
korang bacalah apa sumpah dia dan beberapa Komen dari seorang yang menggelar dirinya staff PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan)
Dulu orang kata Pak Lah tu orang baik baik, tapi bila kena dengan jarum KJ habis... kali ni giliran N.Ajis pulak menepis jarum menantu
N.Ajis lah Pak Lah versi PAS, dia ada Ariff Fahmi, KJ versi PAS
Aku tak yah cakap banyak lah, nanti korang kata aku fitnah lak,
Kat bawah ni aku cut and paste apa yang ditulis oleh Sheih Kickdefella - dia kena buang kerja serta merta
yang menariknya dia mintak N.Ajis ajar dia sumpah ikut syarak
korang bacalah apa sumpah dia dan beberapa Komen dari seorang yang menggelar dirinya staff PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan)
Dulu orang kata Pak Lah tu orang baik baik, tapi bila kena dengan jarum KJ habis... kali ni giliran N.Ajis pulak menepis jarum menantu
10 11 2009
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.
Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,
1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.
Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.
Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perjuangan Belum Selesai.
Patah Sayap Terbang Jua.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kampung Demit
10 11 2009
INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN
Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.
Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.
Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.
Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum. Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.
Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.
10 11 2009
Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK Sepenuhnya.
Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut. Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK. Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.
10 11 2009
Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding
Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.
3.1 Ubahsuai Pejabat
Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.
3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)
a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.
b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.
10 11 2009
Gaya Hidup Ariffahmi
Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.
Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.
Subscribe to:
Posts (Atom)
VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar
Pembohongan DAP di Sibu

Kecapi Nikmat Bersama Pakatan