Wednesday, November 11, 2009

Nizar tertelan pancut Anwar: Kelantan dah meletup

Orang kata Haji Hadi tu Pak Lah version PAS konon nya dia flip-flop, tapi sebenarnya

N.Ajis lah Pak Lah versi PAS, dia ada Ariff Fahmi, KJ versi PAS

Aku tak yah cakap banyak lah, nanti korang kata aku fitnah lak,

Kat bawah ni aku cut and paste apa yang ditulis oleh Sheih Kickdefella - dia kena buang kerja serta merta

yang menariknya dia mintak N.Ajis ajar dia sumpah ikut syarak

korang bacalah apa sumpah dia dan beberapa Komen dari seorang yang menggelar dirinya staff PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan)

Dulu orang kata Pak Lah tu orang baik baik, tapi bila kena dengan jarum KJ habis... kali ni giliran N.Ajis pulak menepis jarum menantu



10 11 2009
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.
Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,
1.     Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
2.     Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
1.     Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2.     Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.
Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.
Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perjuangan Belum Selesai.
Patah Sayap Terbang Jua.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kampung Demit





10 11 2009
http://0.gravatar.com/avatar/ce025f11c78b4784ae13f356e599f724?s=32&d=http%3A%2F%2F0.gravatar.com%2Favatar%2Fad516503a11cd5ca435acc9bb6523536%3Fs%3D32&r=GStaff PMBK (20:27:20) :
INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN
Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.
Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.
Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.
Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum. Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.
Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.
10 11 2009
http://0.gravatar.com/avatar/ce025f11c78b4784ae13f356e599f724?s=32&d=http%3A%2F%2F0.gravatar.com%2Favatar%2Fad516503a11cd5ca435acc9bb6523536%3Fs%3D32&r=GStaff PMBK (20:28:33) :
Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK Sepenuhnya.
Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut. Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK. Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.
10 11 2009
http://0.gravatar.com/avatar/ce025f11c78b4784ae13f356e599f724?s=32&d=http%3A%2F%2F0.gravatar.com%2Favatar%2Fad516503a11cd5ca435acc9bb6523536%3Fs%3D32&r=GStaff PMBK (20:30:03) :
Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding
Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.
3.1 Ubahsuai Pejabat
Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.
3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)
a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.
b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.
10 11 2009
http://0.gravatar.com/avatar/ce025f11c78b4784ae13f356e599f724?s=32&d=http%3A%2F%2F0.gravatar.com%2Favatar%2Fad516503a11cd5ca435acc9bb6523536%3Fs%3D32&r=GStaff PMBK (20:30:49) :
Gaya Hidup Ariffahmi
Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.
Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.

7 comments:

  1. MENGATA DULANG PAKU SERPIH..
    ALLAH ITU MAHA KAYA.

    ReplyDelete
  2. dalam keadaan sprti ini apakah yg paling malang brlaku? kpd PAS? tidak yg jelasnya kesan kpd islam itu telah dicemarkan olih prlakuan manusia dari PAS

    ReplyDelete
  3. This is what happens when one is too busy claiming sainthood. The truth is one should always try to be humble and seek forgiveness instead of saying that that person and those people are bad and kuffar.

    ReplyDelete
  4. Seikh Kickdefella, sy amat kenal dan bersahabat baik dgn beliau. Walau beliau dgn sy berbeza fahaman politik tetapi sepanjang kami bersahabat, belum pernah sekali pun beliau mengkhianati PAS dgn mendedahkan salah laku pas. Malangnya beliau tersalah pilih mentor, yakni husam musa. Sabar saja sheikh.

    ReplyDelete
  5. pada hemat saya, sebarang salah laku, walau dibuat oleh siapa, patut didedahkan. soal khianat mengkhianati tak seharusnya timbul..namapun SALAH LAKU.. kenapa nak disembunyi dari umum? itu menipu namanya.

    ReplyDelete
  6. nik najis dah di makan sumpah laknat sendiri,padan muka buat ulamak hati busuk mcm najis babi

    ReplyDelete
  7. ala rileks la...mana2 pun sama la.pas ke...umno ke...semua buat keja mcm tu..skrg dunia duit la...gua da bosan dgan semua tu..mgkin diaorg dah berjaya membosankan rakyat...dan menyebabkan rakyat membisu..cucuk la idung...tarik la kemana pun mcm lembu...rakyat malaysia tak kisah...orang melayu buat x reti..

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan