Akadnya Mahkamah dengan keadilan undang undang.
Janjinya Hakim untuk mengumpul segala yang hak dan meleraikan segala yang batil
Kalau para hakim mahkamah persekutuan boleh bercerita tentang keputusan mereka sebelum dibacakan di kamar suci mahkamah maka curanglah lakunya hakim hakim tersebut.
Kiranya benar empat dari lima hakim mahakamah tertinggi negara membocorkan keputusan pengamatan mereka sendiri kepada salah satu pihak yang berkepintingan dalam kes, maka eloklah keempat empat hakim tersebut dipecat.
Jika benar apa yang dikatakan oleh Nizar maka empat orang hakim ini tidak lagi boleh diharapkan untuk memagar sistem perundangan kita dengan keadilan yang saksama.
Lima orang hakim yang bakal memutuskan kes berat ini terdiri dari Presiden mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan tiga hakim mahkamah persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff and Datuk Abdull Hamid Embong.
Persoalannya sekarang, sekiranya benar apa yang Nizar katakan, siapa diantara empat ini yang telah mencurangi tugas dan mengkhianati tanggungjawab mereka?
Dakwaaan Nizar bahawa dia telah mendapat sokongan 4-1 dari para hakim yang bersidang bukan sekadar songsang tetapi menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara semakin punah kerana para penjawat tertingginya tidak lagi boleh dipercayai untuk memikul tanggungjawab mereka yang berat.
Kalau betul kata kata Nizar, satu siasatan rapi perlu dimulakan untuk mengetahui siapa yang telah pecah mulut.
Mungkin Juga Nizar yang pembohong kerana sudah tersepit dan tidak lagi mempunyai cara lain tetapi bermain wayang, seperti yang diajar oleh tuan tuan nya dari parti kristian DAP...
Nizar ini sudah terkenal sebagai ahli politik meroyan....
mungkin dia sengaja mahu memalukan para hakim dan merosakkan kredibiliti mereka dengan menuduh mereka mulut tempayan.
Pakatan tak sudah sudah dengan usaha untuk merobohkan semua institutis kerajaan. Apa mereka fikir bila mereka mandapat kuasa mereka boleh menukar semua hakim dan semua anggota polis di negara ini?
Inilah lagi satu bukti bahawa Pakatan Songsang ini hanya mahu merobek dan merosakkan negara ini.