Thursday, March 4, 2010

Bila hitam menjadi putih, depan menjadi belakang - Dunia terbalik Anwar Ibrahim

Di bawah saya sertakan satu artikel dari TV Selangor yang memang jelas menunjukkan bahawa penyokong pakatan memang menulis tanpa berfikir.
Baca perenggan berwarna merah dan anda akan sedar bahawa penulis upahan Pakatan memang menurut skrip yang telah diperintahkan kepada mereka secara total dan totok.
Katanya kelemahan PKR dari segi pentadbiran manakala Umno pula dari segi dasar.
jika kita lihat sekeliling negara ini kita boleh dapati pelbagai pembangunan yang berlandaskan perjuangan Umno dan terdapat juga tanda tanda telah berlaku kegelinciran dalam melaksanakan dasar dasar tersebut.
Yang pastinya Umno memang berlandaskan pembangunan sekata dan bersepadu dan tidak siap yang dapat menafikan bahawa telah berlaku kegelinciran teruk dari landasan ini
tetapi PKR pula adalah berlandaskan idea kasar dan angan angan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri

maka disulamkan ceramah benci membenci dengan konsep konsep seperti ketuanan rakyat yang sememangnya menjadi parameter rujukan asas untuk semua dasar Barisan Nasional, dengan memberi perhatian kepada kepentingan rakyat dan negara maka Dasar Ekonomi Baru dirangka.

dasar perkongsian kuasa yang mengutamakna keamanan dan kesejahteraan semua kaum juga dirangka atas dasar kepentingan rakyat kerana tanpa keamanan tidak dapt dilahirkan sebarang kemajuan, tanpa keamanan anak anak merdeka tidak mungkin mengerti nikmat rahmat di negeri sendiri.

manakala dasar PKR yang hanya memfokuskan kepada kuasa Perdana Menteri untuk Anwar Ibrahim, berubah dari minggu ke minggu,

pinggang polisi parti menggelek ke kiri dan ke kanan menurut rentak politik yang semaking rancak.

maka itu berlaku perubahan hati di dada begitu ramai wakil rakyat mereka. semua menuding jari kepada kelemahan dasar dan Hak Istimewa Anwar Ibrahim and Co.

tak mungkin semua mereka salah.. mesti ada sedikit, kalaupun tidak banyak, kebenaran dalam kenyataan kesemua Ahli Parlimen yang keluar parti ini.

kenapa tida yang melompat dari PAS?

mengapa orang DAP, walau bergaduh masih kekal dalam parti?

pergaduhan dan perselisihan faham berlaku di mana saja, tetapi ahli dan pemimpin akan lompat dari platform yang tidak stabil, kerana mereka takut jatuh.

kalau platform itu stabil, ribut bagaimana kuat sekalipun, musuh bagaimana ramai sekalipun, mereka sudah tentu sanggun berdiri dan berlawan.

tetapi kalau platformnya berayun mengikut angin pemimpin, maka lebih baik lompat dan berdiri sendiri di bumi nyata.

lenggok tari PKR sekarang jelas menurut irama sosialis DAP dan semakin renggang dari dangdut PAS.

Hakikatnya PKR adalah parti anak beranak Anwar dan Azmin, tetapi kuasa bateri AAA semakin dicabar oleh mereka yang mahukan lebih prinsip dari laungan perjuangan dan pekikan reformasi yang kosong dan hanya selaput nipis yang hampir pecah akibat tekana dari ego Anwar yang semakin membesar.

Dalam masa terdekat ini kita akan melihat lebih ramai lagi wakil rakyat PKR menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan parti, lompat atau tidak bukan faktor utama yang akan melemahkan PKR

tetapi sikap tidak mengakui masalah sebenar sudah tentu akan menghancurkan harapan rakyat yang mahukan negara ini menikmati sistem dua parti atau, setidak tidaknya, pasukan pembangkang yang mantap dan mampu memberi alternatif yang munasabah dalam memerangi krupsi 50 tahun berkuasa.

Jika lebih ramai warga peminat PKR bertindak menelan secara total semua doktrin yang diajar kepada mereka, maka kehancuran pakatan rakyat sebagai kerajaan akan berlaku dengan lebih pantas.

kenapa tidaknya, Umno sekarang sudah mempunyai sistem bantahan dalaman yang agak kuat tetapi pihak Pakatan pantang ditegur - begitulah sifat Anwar Ibrahim - tak boleh ditegur terus melenting

Anda semua tentu sudah membaca kisah bagaimana Anwar menengking Wan Azizah di kafeteris Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

"I know what I am doing!!!!" Jeritnya.

Saya tidak tahu apa yang disebutkan Wan Azizah tetapi sudah tentu ianya samada satu teguran ataupun pendapat berbeza.

Kalau teguran dan pendapat dari Isteri sendiri yang sekian lama menanggung derita bersama pun tidak boleh diterima dengan baik, inikan pula teguran dan pendapat wakil rakyat PKR,

Teguran dan pendapat rakyat sudah tentulah tiada nilainya...

pikir pikir kan lah


Wujud Rancangan Rapi Jatuhkan Pakatan



by Anwar Ibrahim


Dari TV Selangor


Oleh Yusmawati Mhd Yusof






Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR yang keluar dan menyerang parti itu sebagai alat dalam sebuah rancangan rapi untuk menjatuhkan ahli komponen Pakatan Rakyat itu.


Beliau dan rakan-rakannya bagaimanapun yakin tindakan itu tidak akan berhasil kerana kelemahan PKR adalah hanya dari aspek pengurusan dan bukannya dasar-dasar seperti yang di alami oleh Umno.

“Bermakna ia satu rancangan rapi, secara logik seseorang ahli poltik keluar dari parti kerana tidak puas hati maka dia keluar dari tempat itu, tetapi bila keluar dan ada peranan lain untuk memburukkan parti, bermakna ada satu perbincangan dan perancangan yang agak rapi semasa dalam parti dan selepas keluar menghentam parti sebenranya juga terlihat sebagai satu perangcangan agak rapi.

“Tapi yang keluar dari Pakatan Rakyat memasuki BN itu cederung menyokong BN dan sebagainya, yang merancang sudah tentu BN,”katanya.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof melihat ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran PKR untuk memperbaiki sistem pengurusan.

Katanya, dasar perjuangan PKR ternyata tiada kepincangan kerana tiada mana-mana wakil rakyat yang keluar parti mempertikai dasar perjuangan parti itu, sebaliknya mengkritik isu pengurusan.

“Dalam hal ini kita sebagai sebuah parti mempunyai asas yang baik iaitu PKR, berbanding dengan BN kerana ia ditolak atas banyak sebab dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar, daripada isu dasar, isu pengurusan, isu urustadbir, akhlak dan tingkahlaku dan sebagainya. Memang tidak dapat diselamatkan.

“Kita hari ini dikritik dan dibebani isu-isu hanya isu pengurusan dan tidak ada isu dasar kerana tidak ada yang keluar mereka mempertikaikan keluar kerana agenda PKR, agenda keadialn ekonomi, sosial toleransi agama, itu sudah lari..tidak ada seorang pun tidak ada,”katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pula menyifatkan tindakan beberapa wakil rakyat PKR keluar pati sebagai satu proses pencerahan dalaman parti.

“Bagi saya TV3 mainkan macam-macam seperti 10 lagi akan keluar ..saya tidak merasakan itu berlaku, kita akan lebih kuat menyokong parti. Semalam saya berceramah di hadapan rakyat di kawasan saya, mesej saya jelas kita akan kekal dalam perjuangan. Ada sesetangah pihak yang dapat tawaran macam-macam, mereka ambil kemudian keluarlah.

“Sebab itu saya sering memberitahu Datuk Seri Anwar, kita kena bersih..dalam pilihan raya akan datang kita kena tapis calon sebelum letak yang betul-betul berjiwa rakyat, turun padang dan benar-benar berjuang, bukan seperti sesetengahnya yang separuh jalan kemudian lompat. Saya setuju dengan Anwar kita perlu bersih, yang keluar, biar keluar seperti yang mata duitan tidak fikir tentang rakyat, yang keluar semua tidak bekerja kuta tidak pernah turun padang pun ada,”katanya

ads

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan