Dimana ada ketelusan disitu tiada rasuah
Ketelusan mencegah rasuah dan rasuah mencegah ketelusan
kita perlulah menepuk dada dan menanya selera yang mana satu kita mahukan
dalam rentetan kisah satu bot enam lesen dan pinjaman bank ini beberapa pihak terlibat
Peranan Romeo dan Juliet dimainkan oleh pemilik bot dan pendaftar bot nelayan, iaitu Jabatan Perikanan
Si Romeo mungkin telah mengambil enam keping gambar dan mengubah nombor yang tertera pada tepi bot
Si Juliet pun setuju menjadi mak sanggup, mengiktiraf anak entah siapa sebagai anaknay sendiri
menurut sumber yang memberitahu kami, si pemilik bot telah mendapatkan pinjamna berjuta ringgit berdasarkan pada lesen vesel perikanan yang dikeluarkan oleh jabatan perikanan tersebut.
apakah keuntungan ydan kebaikan yang dikecapi oleh industri perikanan negara apabila si pemilik berjaya menipu bank dengan cara begini?
siapa yang mendapat kamsen (komisyen)?
siapa yang pulang dengan poket sendat?
kami sudah mendapat sedikit lagi dokumen tentang kes ini, malah nama pemilik bot juga dijangka akan diterima dalam sedkit masa lagi
menurut sumber kami, mereka akan menyerahkan nama pegawai yang telah meluluskan lesen tersebut, iaitu pegawai yang menandatangani lesen tersebut.
sama sama lah kita nantikan dalam tempoh sehari dua lagi
Bagi para penjawat awam yang kini sedang terlibat dengan rasuah menjual negara, reninglah muka anak dan isteri dan tanyalah diri sendiri samada anda sanggup menjawab samada rezeki yang mereka makan adalah halal atau adakah anda sedang merosakkan mereka selama lamanya
Yahooo.....
ReplyDeletebagi pecah ini rahsia, bagi masuk itu orang dalam rumah batu pintu besi yang ada 1 jamban tu.
mesti ada 1 bank sudah rugi sebab ini kes, jadi NPL lah kes ni