Wednesday, December 8, 2010

Umno: Tampal di Selangor, bocor di Labuan

Kes Datuk Seri Khir Toyo di Selangor memang memebri harapan yang perubahan akan berlaku, aku setuju yang kes itu kes yang agak kecik tapi personaliti yang terlibat memang jerung yang besar.

kalau sabit kesalahan Khir Toyo masuk dalam dua tahun,

walau ada pihak pembangkang yang memperlekehkan usaha mendakwa Khir Toyo , namun rakyat menerima dengan hati terbuka dan mahu memberi BN Selangor peluang kedua...itu yang membuatkan pembangkang ngeri.

Pada masa yang sama ada pulak cerita kelat dari Labuan...kes Datuk Suhaili ni rupanya macam tak mahu selesai...masih ada aja orang yang berdengki dengan dia dan penyokong dia.

kata Putra Merdeka, 11 orang ketua kampung yang juga penyokong Suhaili dah kena ganti....ye lah pemangku ketua bahagian nak tunjuk terrer, kasi masuk orang dia...

tak kesah lah apa korang bergaduh, aku bukan reti sangat pun dan bukan aku kesah sangat apa nak jadi di Labuan tapi aku rasa orang Umno mesti sedar yang kalau dia nak menang PRU13, perangai budak sekolah ni kena rentikan

tak boleh dah main dengki dengki ni....ini bukan filem tamil, ini kehidupan yang betul, main dengki dengki nanti habis semua jahanam

takkan dulu masa kecik mak bapak tak ajar yang dengki mendengki ni tak samapi kemana pun, sampai ke lubang neraka je...

apa pun, kalau Umno nak terus memgang tampuk kuasa, tuan presiden DS Najib mesti ambik perhatian serius perkara besar macam kes Khir Toyo ni dan juga perkara yang mungkin dianggap kecik macam perbalahan peringkat bahagian...


PS: Harap Gani Patail buat kerja betul betul, jangan sampai terlepas Khir Toyo -- ada orang kata kes ni memang untuk sucikan nama Khir Toyo...kalau macam tu, Khir Toyo suci, Umno lah yang bakal jadi kotor...sendiri mau ingat lah.

1 comment:

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan