Pertama sekali kita tahu yang tiga naib presiden Umno menarik nafas lega bila nama mereka bukan lagi menanggung beban seperti Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
Ramai juga di Kedah bersorak kerana Mahadzir Khalid tak dapat menerajui tampuk kepimpinan Umno di Kedah walaupundikatakan dia telah giat melobi...
Lebih ramai bersorak bila tengok nama Datuk Mukhriz sebagai timbalan
Awat hang terkezut ka tak jadi ketua perhubungan Perlis? |
Kuasa parti di Terengganu dah dikembalikan kepada menteri besar dan pandai pandai lah dia menjaga negeri tu, jangan sampai terjongket masa PRU13 nanti sudah lah ye Datuk...
Baju Zebra tu simpan elok elok lah dalam lemari
Jangan merajuk Datuk, terus kerja aja, kita bukan kejar jawatan perjuangan mesti fi sabi Lillah ye tak? |
tapi yang menariknya usaha melobi yang gigih dilakukan Noh Omar tak mendatangkan kesan, dia tetap timbalan....maksudnya PM tak harap kat dia ka?
Entahlah tapi kalau tanya orang biasa memang gitu lah lenggoknya keputusan ini.
Datuk Zin Badak yang dikatakan mungkin muncul juga tidak muncul tapi ramai yang berbisik yang Zin Badak ni main game yang sama macam Mukhriz... Bior le Noh Omar buat kerja sikit dulu...
Saya ada duduk minum minum dengan kroni Pak Lah semalam, dia pun kata senarai ketua perhubunbgan pilihan Najib memang susah nak tembak, semua terletak elok, yang tak elok pun di letak elok.
Malah bloggers dan media massa pakatan pun tak dapat modal besar nak belasan Najib kali ni...ada lah sorang dua yang nak cuba lagakan Shahidan dan Isa Sabu tapi bukan senang nak bagi Isa melatah.....
Memang lah ada sekerat dua yang tak puas hati tapi secara keseluruhannya Najib telah membuat percaturan yang agak bijak.
Kat bawah ni senarai penuh ketua perhubungan dan tiimbalan ketua perhubungan Umno
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)
Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)Timbalan :
Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)
Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan :Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar
Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor
Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad
Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)
Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin
Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak
Walau bagaimana pun kita seharusnya terima dengan hati yang terbuka, jangan ada yang pertikai nanti akan jadi kecoh. Mungkin Najib ada cara tersendiri memilih mereka itu atau Najib cuma nak test power dalam masa yang singkat
ReplyDeletehe he he
ReplyDeletedengan pemimpin mcm ni konfam umno tercundang kelak. semua sama je - kaya dan taksub dengan kuasa.
satu je yg ku gembira - anak madey masih sekadar timbalan je.
gambar dan caption Noh Omar memang terbaek
ReplyDelete