Tuesday, December 28, 2010

Najib silap percaturan ketua perhubungan negeri?

Ada orang puji Najib atas percaturan senarai ketua dan timbalan ketua perhubungan negeri, ada juga, walau tak ramai yang garu kepala memikirkan bagaimana ini boleh menjadi rupa senarai mutakhir dan ada dua tiga kerat yang tak puas hati nama mereka bukan di tempat yang diharapkan.

Pertama sekali kita tahu yang tiga naib presiden Umno menarik nafas lega bila nama mereka bukan lagi menanggung beban seperti Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Ramai juga di Kedah bersorak kerana Mahadzir Khalid tak dapat menerajui tampuk kepimpinan Umno di Kedah walaupundikatakan dia telah giat melobi...

Lebih ramai bersorak bila tengok nama Datuk Mukhriz sebagai timbalan


Awat hang terkezut ka tak jadi ketua perhubungan Perlis?

Shaidan buat kecoh kat Perlis dan pertikai perlantikan Isa Sabu tapi nampaknya kalini di macam tong kosong, bunyi aja kuat tapi tak de siapa ambik peduli.udah udah lah tu.....rehatlah di rumah, mengajilah ilmu Wahabbi dengan MAZA kesayangan kamu tu....

Kuasa parti di Terengganu dah dikembalikan kepada menteri besar dan pandai pandai lah dia menjaga negeri tu, jangan sampai terjongket masa PRU13 nanti sudah lah ye Datuk...

Baju Zebra tu simpan elok elok lah dalam lemari


Jangan merajuk Datuk, terus kerja aja,
kita bukan kejar jawatan
perjuangan mesti fi sabi Lillah ye tak?
 Perubahan yang dinanti di Selangor tak kelihatan, ye lah Khir Toyo dah kena tindakan mahkamah, cakap banyak pun tak guna, takkan PM nak lantik dia jadi ketua perhubungan negeri....

tapi yang menariknya usaha melobi yang gigih dilakukan Noh Omar tak mendatangkan kesan, dia tetap timbalan....maksudnya PM tak harap kat dia  ka?

Entahlah tapi kalau tanya orang biasa memang gitu lah lenggoknya keputusan ini.

Datuk Zin Badak yang dikatakan mungkin muncul juga tidak muncul tapi ramai yang berbisik yang Zin Badak ni main game yang sama macam Mukhriz... Bior le Noh Omar buat kerja sikit dulu...

Saya ada duduk minum minum dengan kroni Pak Lah semalam, dia pun kata senarai ketua perhubunbgan pilihan Najib memang susah nak tembak, semua terletak elok, yang tak elok pun di letak elok.

Malah bloggers dan media massa pakatan pun tak dapat modal besar nak belasan Najib kali ni...ada lah sorang dua yang nak cuba lagakan Shahidan dan Isa Sabu tapi bukan senang nak bagi Isa melatah.....

Memang lah ada sekerat dua yang tak puas hati tapi secara keseluruhannya Najib telah membuat percaturan yang agak bijak.

Kat bawah ni senarai penuh ketua perhubungan dan tiimbalan ketua perhubungan Umno


Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)


Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)


Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)Timbalan :
Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)


Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan :Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar


Wilayah Persekutuan 

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin



Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor


Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

3 comments:

  1. Walau bagaimana pun kita seharusnya terima dengan hati yang terbuka, jangan ada yang pertikai nanti akan jadi kecoh. Mungkin Najib ada cara tersendiri memilih mereka itu atau Najib cuma nak test power dalam masa yang singkat

    ReplyDelete
  2. he he he
    dengan pemimpin mcm ni konfam umno tercundang kelak. semua sama je - kaya dan taksub dengan kuasa.
    satu je yg ku gembira - anak madey masih sekadar timbalan je.

    ReplyDelete
  3. gambar dan caption Noh Omar memang terbaek

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan