Tuesday, August 13, 2013

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia: Penjelasan Tun Abdullah Badawi!!

Tun Abdullah Badawi tampil untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik buku yang diterbitkan mengenai beliau, Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Baca di bawah:-

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan terlibat dalam penulisan, penajaan, penerbitan dan pelancaran buku bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Menurut beliau, persetujuannya untuk diwawancara oleh penyusun-penyusun buku tersebut iaitu Prof. James Chin dan Prof. Bridget Welsh adalah berlandaskan kepada prinsip keterbukaan yang menjadi pegangannya.

Sehubungan itu, Abdullah meminta semua pihak tidak membuat andaian kononnya buku itu ditulis beliau yang bersubahat dengan pakatan pembangkang untuk menentang UMNO.
"Ini sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan di dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan UMNO dan insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir dengan masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia mencetuskan kontroversi selepas beberapa kandungannya dilihat menjurus kepada kritikan terhadap UMNO termasuk menyentuh mengenai hubungan Abdullah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tambah Abdullah, pembabitannya dalam wawancara bersama James dan Welsh pada 2011 lebih tertumpu kepada menjawab soalan yang dibangkitkan penulis-penulis yang menyumbang kepada buku berkenaan serta memberi ruang kepada beliau menjelaskan beberapa perkara.

Menurutnya, walaupun dimaklumkan buku itu bakal memuatkan rencana yang kritis dan kurang menyenangkan tentang kepemimpinannya, namun beliau tetap bersetuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Beliau berkata, analisis yang dihasilkan ahli akademik tentang sejarah politik negara adalah perkara biasa dan era pentadbirannya juga tidak terlepas daripada kajian ilmiah.

Dalam masa sama, ujarnya, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab atas mana-mana jemputan untuk membincangkan atau melancarkan buku tersebut.

"Berita yang mengatakan pemimpin daripada parti pembangkang dijemput melancarkan buku ini di Singapura, kalau pun benar, adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," katanya.

Selain itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak merancang menghadiri pelancaran buku berkenaan kerana tidak mahu orang ramai membuat andaian buku tersebut ditulis atau ditaja beliau.

"Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca," katanya. (HUSSAINI AMRAN-pengarang@utusan.com.my)



Diharapkan dengan penjelasan ini, kita semua jelas dengan apa yang berlaku sebenarnya...InsyaAllah....

Monday, August 12, 2013

GEMPAR!!! Kepala Manusia Berasap Ditemui!!!


Hahahahahaa...gua nak gelak dulu jap...hahahahaha...si Anwar ni mesti tengah bengang gila kan..berasap je kepala....mula-mula si Kuan Yew kritik dia punya parti..lepas tu ada pulak cakap apa yang Kuan Yew kritik tu berasas...Ish3..Harap-harap Anwar ni sedar lah sikit kan...harap je lahhhh......

Si Kuan Yew ni kata parti Anwar sebagai pembangkang di Malaysia ni tak akan berjaya sebab perjuangan parti PKR ni berasaskan kepentingan diri...yang ni gua sokonggggg 100%!!! Apa yang gua nampak si Anwar ni dulu tak dapat apa yang dia idam-idamkam...siap kene tahanan ISA lagi tu...bila dah bebas, dia nak balas dendam atas tiket parti politik (PKR)...

Memang tak kan berjaya la kalau niat tu tak ikhlas...bukannya berjuang untuk kepentingan rakyat tapi untuk diri sendiri.. Kalau nak balas dendam ke ape ke pun, buat sendiri lah..jangan nak libat parti  lak..sedangkan orang luar boleh nampak kemampuan dan tujuan sebenar, tapi gua masih pelik kenapa orang dalam Malaysia sendiri terutama pengikut si Anwar ni tak boleh nampak....

Sunday, August 11, 2013

Pak Lah Mengalah?



Kalau selama ni dia diam je, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menjawab segala spekulasi sepanjang pentadbiran beliau yang lepas dalam buku terbarunya, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia".

Gua rasa ada baiknya penjelasan ini ditampilkan kerana ianya akan menjelaskan pelbagai persoalan yang timbul semasa Pak Lah jadi PM...

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustafa Yaakob, bersetuju buku tersebut dapat menjernihkan keadaan sepanjang memerintah negara dari tahun 2003 ke 2008...

“Saya tidak tahu apakah inti pati buku tersebut. Jika dikatakan penjelasan, ia patut dipuji kerana selama ini Abdullah hanya berdiam diri. Jadi dengan menggunakan buku sebagai platform, kita nampak Abdullah bukan terus menyepi sebaliknya ada sebab,” katanya.  
Beliau berkata, penjelasan yang diperkatakan mungkin akan melibatkan beberapa pihak dalam Umno tetapi menolak ia menjurus kepada perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
“Najib mendapat sokongan padu daripada Abdullah dan jarang kita mendengar Najib mengkritik Abdullah. Tetapi ada bekas pemimpin lain yang mungkin dijadikan sasaran,” katanya.
Mustafa berkata, semua pihak harus menerima buku tersebut sebagai satu wadah daripada bekas pemimpin tertinggi dengan hati terbuka.  
“Ditambah dengan pemilihan Umno tidak berapa lama lagi, jangan ada pelbagai tafsiran sama ada daripada kalangan orang Umno mahupun orang luar,” katanya. -Sinar Harian

Gua harap buku ni takkan mengundang apa-apa isu lepas ni...setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabahnya...kita tengok je nanti... 

Haa...Macam ni lahhh.....




"SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak gusar dengan hasrat mana-mana anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober depan.   

Beliau berkata terpulang kepada diri masing-masing untuk bertanding namun hasrat bertanding berkenaan seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.  

"Itu hak mereka, terserah, kita bersifat demokratik, kebebasan diberi, tak ada sekatan untuk mana-mana pihak. Apa yang penting dalam menawarkan diri untuk bertanding ialah keutuhan parti perlu menjadi keutamaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, mengenai ura-ura beberapa tokoh yang berhasrat bertanding merebut jawatan itu.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota parti yang bertanding supaya tidak menabur fitnah atau mereka-reka cerita terhadap calon lain.

Dalam perkembangan lain, anggota Parlimen Semporna itu menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mengkaji semua kesesuaian penempatan perkampungan air di daerah itu.

Katanya, inisiatif itu harus diterima baik semua pihak bukan sahaja untuk kepentingan keselamatan tetapi juga bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah lain termasuk kegiatan penyeludupan dan dadah di kawasan itu.  - Bernama"



Steady lah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kita, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...Sikap terbuka berkenaan jawatan Naib Presiden UMNO harus di puji...Biarlahpersaingan berlaku secara sihat..asalkan ianya untuk kebaikan untuk semua...

Masih belum terlambat...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!



Hari Raya Aidilfitri dari Melayu Bersatu.....Maaf Zahir dan Batin...kepada yang ingin pulang semula ke tempat mencari rezeki, berhati-hati di jalan raya...pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan bersabarlah.....Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu berkat kepada semua...

Sunday, August 4, 2013

PANASSS: Video Terbaikkkk!!




Gua rasa iklan raya Maxis tahun ni memang sangat bermakna dan menyedarkan kita pada zaman sekarang yang taksub dengan teknologi sampai terlupa cara untuk berkomunikasi yang sebenar...Mesej yang nak disampaikan oleh Maxis ni memang terbaik..So mana yang kita boleh ubah tu, ubah lah...jangan lupa eratkan silaturrahim sesama insan...

Friday, August 2, 2013

Pemansuhan EO,ISA Dikekalkan ATAU Pembaharuan Dilakukan?


Kenaikan kadar jenayah melibatkan penggunaan senjata api semakin meningkat kebelakangan ini..Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikaitkan dengan peningkatan tersebut..Sejauh mana kebenaran keadaan ini dengan penghapusan EO dan ISA?

Jika dilihat dari sudut jenayah melibatkan senjata api, pada gua tidak berapa tepat jika kita mahu kaitkan dengan pemansuhan tersebut. Ini kerana penggunaan senjata api juga mungkin lebih melibatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan kita yang mungkin lemah dan menyumbang kepada faktor penyeludupan senjata api secara berleluasa..Keadaan ini memudahkan para pembunuh upahan mudah untuk mendapatkan senjata api untuk melakukan jenayah.. Jadi, tidak peliklah kenapa kes bunuh di negara kita ini banyak melibatkan senjata api kerana ianya mudah diperolehi dan lebih mudah untuk dilakukan berbanding menggunakan senjata lain seperti pisau.

Pemansuhan EO dan ISA lebih tepat lagi boleh dikaitkan dengan kes pasangan Alvin dan Vivian dalam kes "Bah Kut Teh berlogo halal" dan isu video 1 Hari Dihari Raya oleh Chetz Yusof@ Maznah Mohd Yusof..Ini kerana isu-isu sebegini mempunyai unsur-unsur penghasutan dan penghinaan kepada agama Islam dan mungkin pada masa akan datang jika agama lain juga di hina, tindakan tegas harus dilakukan dan diperlaksanakan...

Namun, kedua-kedua keadaan ini saling berkaitan jika melibatkan keselamatan negara. Pembunuhan bersenjata api lebih melibatkan fizikal dan nyawa manusia manakala isu penghinaan agama Islam itu lebih melibatkan serangan psikologi dimana akan mewujudkan keadaan huru-hara dan rasa tidak puas hati yang akan mengundang kepada keadaan yang lebih teruk lagi.

Mungkin kerajaan harus mengkaji semula pemansuhan EO dan ISA. Samada mahu mewujudkan semula akta-akta ini atau mewujudkan akta lain untuk mengawal keadaan seperti ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat...nanti jangan dah huru hara, baru nak ambil tindakan...PREVENTION IS BETTER THAN CURE!!

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan