Hakikatnya BN sedang bergelut dengan PAS dan bukan dengan PKR ataupun Pakatan.
Jika ditanya antara pengundi Cina dan India pun mereka tidak mempunyai masalah besar dengan kerajaan PAS di Kedah mahupun di Kelantan tetapi orang Melayu memang sudah nampak dengan jelas bagaimana DAP cuba menidakkan hak mereka di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Khalid Ibrahim, sanggup memalukan Sultan dan memutar belitkan titah baginda demi politik DAP. Datuk Kushrin dijadikan bahan jenaka semata mata untuk politik partisan DAP.
Selama 20 tahun Nik Aziz menjadi menteri besar di Kelantan tak pernah berlaku kekecohan ketika perlantikan SUK negeri tersebut walaupun prosedurnya sama, malah tidak pula kita mendengar SUK cuba menggulingkan Nik Aziz.
Yang pastinya pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tidak akan cuba untuk menggulingkan satu kerajaan yang dilihat mereka sebagai adil dan menjaga kedudukan Islam, walaupun kerajaan itu daif dari segi pembangunan dan dana.
Nik Aziz memang boleh dikritik dari pelbagai sudut, begitu juga Ustaz Azizan di Kedah tetapi hakikatnya mereka pemimpin Islam yang jelas berpendirian menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.
Bezanya Nizar di Perak dan Khalid di Selangor ialah mereka ini sebenarnya boneka DAP.
Nizar dikawal oleh pemimpin DAP negeri Perak Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham sepupu yang juga sepapat dengan dengan Nizar yang beribukan seorang Cina.
Tak ada masalah ber-ibu-kan Cina tetapi beliau bertindak melampaui batas dan memijak kepala orang Melayu dan menghina Sultan.
Khalid pula dikawal oleh Ronnie Liu seorang yang telah dikaitkan dengan kongsi gelap Cina di Selangor dan jelas mempunyai agenda anti Islam dan anti Melayu.
Mana mungkin Kushrin akan mensabotaj sebarang projek atau usaha membangungkan negeri Selangor sekiranya ia dirancang elok bagi memastikan orang Melayu tidak ditinggalkan semata mata kerana bidang perniagaan dikuasai hampir sepenuhnya kaum Cina.
Tetapi sekiranya benar kata kata Datuk Hassan Ali di bulan Syawal 1431 ketika berjumpa dengan para bloggers di rumahnya bahwa Khalid tidak ada semangat Melayu maka sudah tentu segala usaha yang akan meminggirkan bangsa Melayu di Selangor seperti yang diarahkan DAP, maka sudah tentu ia akan mendapat tentangan dari Kushrin.
Hassan Ali pernah dimarahi dan dipulaukan oleh PKR dan DAP di penghujung 2009 kerana beliau berani menjalankan tanggungjawab yang diserahkan oleh rakyat dan membangkitkan hak Melayu dalam mesyuarat kerajaan negeri.
Dalam perjumpaan hari raya 2009, Hassan menyatakan bahawa jika tidak kerana PAS di Selangor sudah tentu tiada langsung suara yang memperjuangkan hak Melayu di Selangor. Khalid hanya faham bahasa wang ringgit dan melihat semua cadangan untuk projek atau pembangunan dari segi untung rugi dan kerapkali bicara untung-rugi ini dikuasai oleh ahli perniagaan Cina.
Segala yang telah berlaku dalam politik Malaysia menunjukkan yang rakyat sebenarnya semakin kurang yakin kepada keboleh pakatan dan semakin syak akan agenda DAP yang kelihatan semakin mendominasi pemikiran pemimpin pakatan.
Sekiranya DAP terus menguasai polisi pakatan orang Islam dan Melayu akan terus menyimpan syak terhadap mereka.
hakikatnya orang Melayu terus menyimpan harapan mereka pada Umno dan PAS dan inilah yang membuatkan dua parti ini terus menjadi lawan di arena politik tetapi kerana agenda Melayu mereka sama menebal maka mereka juga mungkin menjadi kawan di balik tabir bagi memajukan agenda Melayu.
No comments:
Post a Comment