Monday, August 16, 2010

Pengkhianat sudah merangka perlembagaan baru

Menurut mufti negeri Perak, Tan Sri Harussanai Zakaria ada puhak yang sudah menghasilkan perlembagaan alternatif yang akan digunakan untuk mengganti yang sedia ada.

Pendedahan mengejut ini sudah tentu akan diperlekahkan oleh pihak pengkhianat tapi di bulan yang mulia ini Allah boleh menyingkap semua kecacatan dan kekurangan dalam Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Semua perkara yang batil akan menjari terserlah, yang penting kita perlu berdoa agar kita dapat melihatnya dengan jelas.

pihak pengkhianat kerap mempersoalkan kontrak sosial  yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu yang merupakan tuan asal tanah bertuah ini tanpa memikirkan apakah yang akan berlaku sekiranya kontrak sosial ini terungkai.

Jika kontrak sosial yang memberi orang Melayu hak istimewa terungkai, ia juga akan merungkaikan hak kaum pendatang untuk mendapat hak kerakyatan secara automatik apabila mereka dilahirkan.

kalau kita mahu kembali ke masa sebelum kontrak sosial, kita perlu terima semua syarat dan keadaan yang wujud ketika itu. Orang Melayu rakyat Tanah Melayu, orang lain bukan rakyat Tanah Melayu....

ingat, hanya rakyat yang boleh mengundi, yang lain dudk di tepi dan tengok aje tau...

jangan main main dengan perlembagaan baru ni...ini pengkhianatan tahap tertinggi...








Harussani dedah kewujudan 'perlembagaan baru'




IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.



Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.



Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.



''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.



''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.



Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.



Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin.



Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.



Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.



Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.



''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.



''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.



Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.



Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.



''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.



''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.



Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.



''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya.



Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.



''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal.

4 comments:

  1. CINA NI MACAM YAHUDI.TAK PATUT UJUD DIDUNIA

    ReplyDelete
  2. Mengikut sosial kontrak hanya 1 juta pendatang asing yang diberi status warganegara.Seharusnya status warganegara hanya diberi kepada pendatang asing yang ada pada waktu itu sebanyak 1 juta orang.Sesudah itu bagi yang melahirkan anak di negara ini status yang diber adalah WARGANEGARA KETURUNAN yang bermaksud warganegara yang dilahirkan di negara ini tetapi asalnya adalah dari pendatang asing yang diberi taraf warganegara sewaktu Malaysia merdeka dengan kata lain tidak mempunyai hak keatas pemerintahan Malaysia,hanya dibenarkan hidup,bersosial,berbudaya dan beragama dengan bebas dinegara ini tetapi tidak mempunyai hak atas tanah dinegara ini yang berarti setiap harta yang dimiliki adalah sebagai hak penggunaan bukan hak milik dimana mereka boleh menggunakan harta sesukahati mereka tetapi perlu menyerahkan kembali ke kerajaan sekiranya diminta berbuat demikian dengan alasan.

    ReplyDelete
  3. Anon 10:15,

    satu idea yang amat menarik

    mungkin inilah yang patut kita utarakan pada masa kini

    ReplyDelete
  4. Memang memberangsangkan. Perlembagaan baru akanmenjamin keadila untuk semua dan bukan untuk Melayu UMNO menindas orang bukan Melayu. Orang UMNO memang telah lama memperbodohkan Melayu terutama Melayu kampung yang miskin. Sedarlah dan bertaubatlahMelayu miskin. Islam menghendakkan kau ornag melakukan keadilan terutamanya keadilan kepada semua tanpa mengira bangsa.

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan