Friday, August 13, 2010

Rakyat Selangor disaran memeriksa rumah untuk kamera pengintip

Kes kamera pengintip di belakang langsir di pejabat MB Selangor kini menjadi buah mulut modal ketawa pecah perut di banyak kedai kopi dan coffee house.

Kes orang tersedak teh tarik ikut hidung semaking meningkat, terutamanya apabila kes kamera pengintip sebesar batu bata dijumpai di pejabat MB Selangor.

Menurut pakar pengintipan tersohor negara Mat Bond bin Ayah Pin, taktik menggunakan kamera sebesar batu bata ini memang sudah lama dipraktikkan oleh jaringan spy bebal, ianya diakatakan palin efektif sekiranya orang yang hendak dipantau adalah buta dan pekak.

"Ye lah kalau kamera memekik bila bateri nak habis, orang pekak ajelah yang tak sedar kamera ada di situ.

Mat Bond berkata tujuan kamera di letak di belakang langsir ialah untuk memantau kebersihan langsir, kalau terdapat kopi tumpah atau terkeromot akibat digunakan untuk lap tangan ke, kamera boleh nampak dan pantau.

"Saya rasa kita semua dah belajar masa sekolah rendah yang langsir tu sesuatu yang bukan lutsinar dan bukan lutcahaya ianya bahan legap. Kalau mata X-ray macam Superman atau Cicakman baru boleh nampak tembus langsir.

"Jadi dari pengamatan saya mungkin kamera yang digunakan oleh jaringan spy bebal di pejabat MB Selangor mungkin teknologi terkini dari syarikat Kunyit Spy Accessories Ltd yang berpengkalan di CIFUT central, Segambut Dalam.

"Dengan terbongkarnya kes spy bebal yang saya namakan sebagai SELANGORGATE/BEBALGATE ini saya inging menyarankan agar semua rakyat Selangor memeriksa di belakang langsir rumah masing masing.

Kes kamera pengintip kini berleluasa, hari ini saja tiga blogger telah menjumpai kamera di rumah mereka

Blogger RBF jumpa di belakang langsir

Blogger Big Dog jumpa kamera dalam kereta - dia jumpa dua kamera

Blogger Shamsul Anger pulak jumpa kamera belakang tudung periuk di dapur

Prosedurnya agak kompleks jadi sila ikut arahan di bawah

1.Cari Langsir. - lazimnay diapasang di tingkap
2. Selak langsir
3. Ulangi pada semua tingkap berlangsir
4. Gelak
5. kongsi artikel ini melalui facebook - button ada kat bawah

jika anda menghadapi masalah teknikal ketiak melakukan prosedur di atas, sila ikut rajah teknikal cara cara memeriksa di belakang langsir yang tertera di bawah

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan