Masa nak bagi pinjam,macam-macam janji ditawarkan..Kononnya nak membantu rakyat...tapi bila kerajaan bertindak menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), tolong ke tu??
Kita faham setiap hutang harus di bayar..tapi dari segi
PTPTN, tak kan kerajaan tak boleh nak bagi kelonggaran sikit...Bukan
apa...banyak faktor yang harus kerajaan pertimbangkan..bila pelajar buat
pinjaman PTPTN, bila sudah tamat pengajian, bermacam rintangan dan dugaan yang
mereka akan hadapi...
Antaranya
susah nak mendapat pekerjaan..bukan semua graduasi mempunyai peluang yang baik
untuk mendapat perkerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian atau pun dalam
tempoh 3 bulan..persaingan sengit dan pemilihan pekerja yang sedikit racism pun
menghalang mereka untuk mendapat pekerjaan...rata-rata pekerjaan memerlukan
calon untuk menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan MANDARIN! Ada juga yang mahukan
pekerja yang sudah ade pengalaman...Habis tu macam mana nak ada pengalaman
kalau tak de siapa nak bagi peluang??
Kalau
yang dah dapat kerja pun belum tentu mampu nak membayar hutang PTPTN dalam masa
yang segera..Kos sara hidup makin meningkat..Nak kena tanggung kos rumah,
kenderaan, cukai dan macam-macam lagi...Mereka ini mungkin mampu membayar tapi
tidaklah dalam masa singkat...bila kerajaan bertindak menyenaraikan peminjam
PTPTN dalam CCRIS, ini akan membebankan peminjam itu yang juga rakyat
kita..Memang kerajaan harus bertindak untuk memastikan hutang piutang semua
dibayar tetapi tindakan melibatkan CCRIS ini adalah sangat tidak wajar kerana
seolah-olah nak bebankan rakyat dan mengugut rakyat untuk bayar hutang...
Kos
pentadbiran PTPTN tu tak cukup ke nak bebankan peminjam?
Kerajaan
harus ingat...peminjam PTPTN ini sudah tentu berasal dari keluarga yang kurang
mampu dan sederhan...jika mereka mampu dan kaya, sudah tentu mereka tidak akan
meminjam dengan PTPTN untuk belajar...Kerajaan galakkan rakyat untuk belajar
sebab nak memastiakan rakyat kita berilmu..tapi bila buat macam ni, membantu
rakyat ke...
Apa
pun, kepada orang-orang yang berhutang tu, hutang tetap kena bayar....Kalau tak
bayar, macam mana generasi bawah kita nanti nak guna kemudahan itu...lagipun
hutang adalah wajib untuk dilunaskan..Hutang di dunia dan akhirat...
Bayar la..
ReplyDeleteKena berlaku adil pada generasi yang memerlukan PTPTN yang akan datang
ReplyDeleteSemasa saya bekerja di syarikat swasta dalam Jabatan Sumber Manusia, ada juga kakitangan swasta yang berjagi lebih dari RM5K tapi sengaja tak mahu bayar hutang PTPTN. Bukan kerana kesempitan tapi memang jenis tak nak bayar hutang. Bila sampai surat nak kena tindakan mahkamah (ditujukan kepada majikan) barulah nak bayar. Memang jenis tak amanah dan liat nak bayar hutang!
ReplyDeletemaaf cakap la ekh...anak2 sy pun gunakan pinjaman PTPTN tp bila habis belajar sy pastikan anak2 sy terus bekerja...anak2 sy bekerja sebagai attendan pam minyak dan pembantu kedai telefon...gaji xsmpi RM700...tp sy pastikan mereka bayar setiap bulan...
ReplyDeleteklu nk tunggu gaji beribu dan sesuai dengan kelayakan blom tentu bila nk dapat bayar...asalkan dapat kerja yg halal apa salahnya utk bekerja dan mula membayar hutang...bila ada peluang yg lebih baik tukar la kerja...jgn memilih kerja n membazirkan wang yg ada di tangan...