Thursday, August 22, 2013

Keluarga Diminta Membuat Pengecaman..



Semoga keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi di KM3 Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur tabah menghadapi dugaan ini...Semua keluarga mangsa yang terkorban telah diminta melakukan pengecaman...

Petikan akhbar Sinar:

"Identiti kesemua mangsa terkorban dalam kemalangan ngeri di Genting Highland akan dirahsiakan sehingga pengecaman mayat dibuat dan disahkan oleh waris.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. S.Jeyaindra, berkata, ia bagi mengelakkan berlaku kesilapan berikutan kebanyakan maklumat pengenalan diri gagal ditemui pada mangsa.
Menurutnya, kesemua 37 mayat kini berada di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan proses bedah siasat telah bermula sejak kira-kira jam 11.20 malam tadi.
"Kita menjangkakan proses ini akan mengambil masa kira-kira 10 jam dan bedah siasatan dijangka selesai pada jam 9.30 pagi ini.
"Pengecaman akan dibuat oleh waris. Jadi kerana itu kita nasihatkan waris datang membawa maklumat dan dokumen peribadi mangsa sebagai pengesahan," katanya dalam sidang media di HKL malam tadi.
Bagaimanapun kata beliau, disebabkan ia tidak melibatkan mangsa terbakar, pengecaman mayat masih dapat dilakukan dengan mudah oleh ahli keluarga."

Tonton video ini....

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan