Kemunculan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia dikatakan strategi pihak tertentu untuk memecah belahkan UMNO terutama apabila Perhimpunan Agong UMNO akan berlangsung tidak lama lagi..
Nak kene sekeh je sape yang buat onar ni..main cara kotor pulak nak pecah belahkan UMNO...guna orang dalam UMNO pulak tu..
"Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, penyusun dan penerbit berkenaan didakwa sengaja mempergunakan persepsi buku ini yang seolah-olah pandangan 100 peratus bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sedangkan sebenarnya tidak sedemikian.
"Pandangan Abdullah sebenarnya biasa tetapi yang menimbulkan kontroversi adalah penulisan penyusun buku terbabit yang seolah-olah memberi persepsi buruk kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya menyentuh hubungannya dengan bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Jelas mereka pergunakan Abdullah untuk merosakkan perpaduan UMNO, lebih-lebih lagi menjelang Perhimpunan Agung UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini."
Harap-harap orang UMNO sendiri bijak menangani isu ini...lakukan apa yang patut untuk perpaduan dan masa depan UMNO.....
No comments:
Post a Comment