Monday, August 19, 2013

Hishammuddin Yakin!!


Yakin..tu yang penting...Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin untuk mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO yang disandangnya sejak tahun 2008..lama tu...

Apa pun biarlah perjuangan semua ahli-ahli UMNO ni lebih bersifat untuk memberi manfaat pada rakyat berbanding untuk kepentingan peribadi..biar sesiapa pun yang akan bertanding nanti....jangan syok sendiri nak dapatkan jawatan hanya untuk kuasa untuk diri sendiri dan kroni-kroni mereka..ops!!

"Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin mendapat sokongan penuh daripada Umno Johor untuk dirinya mengekalkan jawatan yang disandangnya itu sejak 2008. 
Beliau turut menyifatkan keputusan Umno memperkenalkan sistem baru menunjukkan parti itu mementingkan perjuangan bangsa Melayu dalam suasana politik hari ini. 
“Pada pandangan saya, tiada lagi berlaku isu-isu seperti serangan peribadi atau menjatuhkan pihak lawan di kalangan mereka yang menawarkan diri yang hendak bertanding di semua peringkat sama ada cawangan mahupun bahagian.
 
“Ini menunjukkan ahli-ahli Umno semakin matang," katanya pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini, semalam.
 
Beliau juga gembira melihat perkembangan Umno Johor kerana menunjukkan permuafakatan baik di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
“Pemilihan melalui kaedah baru ini akan menguji ahli-ahli Umno untuk terus setia dan berjuang kepada bangsa Melayu,” katanya." -Sinar Harian

2 comments:

  1. Dalam suasana kita menyambut Syawal ini saya seronok melihat ada pihak2 yang perihatin meraikan anak2 yatim. Bagus begitu. Teringat saya kepada anak2 wira kita yang gugur dalam Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu. Agaknya macam mana mereka menyambut Syawal tanpa ayah. Kalau sebelum mengundi dulu nampak banyak pihak berebut nak meraikan mereka. Tapi selepas pilihanraya cerita tentang mereka senyap seperti senyapnya cerita SIAPA 3 ORANG DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU.

    Rasanya dalam mood nak pemilihan Umno 2013 ini kena sangat lah kalau isu Dalang ini di ungkit sebagai panduan kepada perwakilan dalam memilih pemimpin Umno yang boleh dipercayai.

    Masa nak PRU 13, Najib nak kepada WINABLE CANDIDATE sebagai calon untuk BN menang.

    Masa nak PAU 2013, kita ahli Umno nak kepada TRUSTABLE CANDIDATE untuk memimpin parti kita.

    Ahli Umno Titiwanga

    ReplyDelete
  2. Hishamudin terlalu yakin akan mempertahankan kerusi NP berdasarkan sokongan dari Johor , soal nya bagaimana dengan sokongan dari umno negeri lain ? Rata-rata kini orang umno telah melihat Hishamduin sebagai seorang NP yang gagal dalam mempertahankan agenda amelayu bumiputra dan islam , jadi dalam umno bukan hishamudin sahaja yang ada.. Apa kata ramai ramai beri sokongan kepada Mukhriz ..... sebagai pelapis barisan yang bakal menduduki jawatan no 1

    " Maka akan adalah pancung memancung nyah keting dll "

    kenapa ? hanya ahli umno yang tahu

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan