Wednesday, August 21, 2013

Jalan Genting Highlands Meragut Nyawa Lagi




KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 cedera dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.


Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat telah dijalankan untuk mengeluarkan mangsa, dan kini kerja-kerja mencari telah pun tamat.

Seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi menyelamat bagi nahas tersebut.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu bas untuk mengawal bas berkenaan sehingga merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merupakan antara kenamaan yang terawal tiba memantau operasi menyelamat. - Astro Awani




Ngeri pulak dengar berita ni...Mungkin selepas ni ada yang patut dipertingkatkan dan pemantauan yang lebih kerap harus dilakukan terhadap pengangkutan awam terutama bas..Takziah kepada semua keluarga mangsa..

No comments:

Post a Comment

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan