Monday, May 3, 2010

Mari belajar dari kartun

Para pembaca ingat tak cerita kartun Pocahontas... cerita red Indian kena buli dengan Mat Salleh sombong tu...
kan ada lagu Colours of the wind dalam cerita tu.. jari ni kita nak belajar sikit dari lirik lagu tu


You think you own whatever land you land on

The Earth is just a dead thing you can claim

But I know every rock and tree and creature

Has a life, has a spirit, has a name
Dari empat baris ni kita faham yang lagu ni bercerita tentang manusia yang datang ke tempat orang tapi tak reti hormat apa pun...
Orang jenis ni dia ingat semua benda yang dia boleh nampak dan pegang dia boleh ambik, macam bumi ni tak ada tuan
manusia jenis ni memang tamak, haloba dan rakus dan tak pernah reti berterima kasih dah tak kira banyak mana harta dan kekayaan yang dia miliki, dia tidak akan berasa puas atau cukup...
Dia akan mahu lagi dan lagi
Di tak ada sifat kerohanian, dia tidak ada konsep syukur dan dia tidak ada konsep berkongsi...semua dia nak ambik tanpa mengambil hirau perasaan tuan rumah atau tuan punya tempat...


You think the only people who are people

Are the people who look and think like you

But if you walk the footsteps of a stranger

You'll learn things you never knew you never knew
Empat baris ni pulak menceritakan tentang orang yang sombong kerana memiliki sedikit Ilmu...

Orang jenis ni...walaupun dia baru sesaat buka mata sebelah dia dah ingat dia kenal satu dunia

Manusia dari kam ni walaupun baru sekali melangkah panjang dia ingat dia layak memberitahu semua orang tentang apa yang baik

Manusia jenis ni bongkak dan tidak sedar bahawa sebanyak mana pun ilmu di dada tak terbanding dengan Ilmu yang Allah turunkan ke hati Rasulullah, dan kalau kita sedar yang ilmu yang banyak di dada Rasulullah itu pun tidak samapai setitik dari lautan Ilmu milik Allah...

begini lan bongkaknya manusia manusia jenis ini...

Kononnya hanya merekalah intelektual,

kononnya hanya merekalah yang layak memimpin kita,

kononnya hanya merekalah yang tahu apa itu adil dan apa itu saksama,

kononnya hanya merekalah yang sedar apa yang elok untuk kita sebagai rakyat

apa pendapat aku tidak penting?

apa pemikiran aku ni semuanya salah?

apa yang diajar oleh atuk nenek aku semuanya tak betul?

Sedarlah bahawa sebagai manusia, akal dan deria kita hanya mampu mengesan dan memahami sebahagian kecial shaja dari rahsia alam ini....

Terlalu banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui akal dan pemerhatian

dunia moden ini memang menarik dan menawan tetapi sedarlah bahawa sains, teknologi dan politik barat adalah bagaikan bayi yang belumpun pandai merangkak

Bumi ini sudah wujud jauh lebih lama dari falsafah dan teori barat

eloklah kita kaji dan selidik sistem perundangan dan Kerajaan yang telah berjaya bertahan beribu tahun lamanya dan ambil pengajaran darinya

sedarlah bahawa demokrasi baru bertapak kurang 300 tahun dan kini ianya sudahpun mula runtuh kerana demokrasi ala barat berasaskan politik jangka pendek diusahakan oleh ahli politik yang meraih undi dengan memecahbelahkan masyarakat dan bukan membina muafakat

janganlah kita menjadi begitu bongkak dengan sedikit ilmu di dada

dan janganlah kita hormat orang yang tidak beradab

pikir pikirkan lah

1 comment:

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan