Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Patik doakan semoga Allah pelihara kesihatan Tuanku dan putera puteri tuanku.
Patik mohon mengucapkan setinggi tinggi Terima Kasih keatas titah Tuanku hari ini.
Titah tuanku mendatangkan kelapangan kepada dada patik yang gundah gulana sejak seminggu ini akibat serangan bertubi tubi terhadap Agama Islam yang kita cintai.
Titah tuanku yang jelas telah memberi satu harapan kepad umat Islam di seluruh negeri Selangor ini dan di harap wakil wakil kerajaan Tuanku dapat memahami titah tuanku ini dengan baik dan berhenti dari mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan keadaan.
Patik juga mohon berharap apa kiranya tuanku berkenan untuk mengajak kekanda kekanda yang lain untuk bermesyuarat dan mengeluarkan satu ketetapan tentang penggunaan nama Allah di bumi bertuah dan berdaulat Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia.
Sekali lagi patik memohon mengucapkan terima kasih kepada Tuanku dan mendoakan Allah memelihara Tuanku dan putera puteri Tuanku.
Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:
“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Daulta Tuanku
ReplyDeleteDAULAT TUANKU
ReplyDeletedaulat tuanku!
ReplyDeletesemoga agama, bangsa dan negara terus bermaruah dan terpelihara dibawah limpah kurnia tuanku!