Thursday, January 21, 2010

Salahkah seorang ayah menasihati anaknya?



Kecoh dan terus kecoh..semuanya gara gara nasihat dari seorang menteri yang mungkin boleh dianggap sebagai bapa di salah anggap. Itulah yang menimpa Dato' Seri Utama Rais Yatim yang memegang portfolio Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan apabila cuba menasihati rakyat Malaysia agar berhati hati dalam menggunakan Facebook dan Twitter kerana bimbang dengan keburukan yang terkandung di dalam dua media sosial ini. Beliau melahirkan kebimbangan ini kerana kekhuatiran beliau terhadap perkara perkara yang mungkin di timbulkan di Facebook dan Twitter akan mengelirukan rakyat kerana kedua laman sosial ini tidak ada sebarang tapisan. Justeru itu beliau cuba menasihatkan orang ramai agar berhati hati dan harus mempunyai pegangan agama dan nilai nilai sebagai bangsa Malaysia yang kuat.

Melayu Bersatu tidak nampak sebarang salahnya dengan nasihat yang dilemparkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim di dalam isu ini bahkan tidak ada isu langsung yang sepatutnya digembar gemburkan oleh pengguna pengguna Facebook dan Twitter. Salahkah seorang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyampaikan nasihat yang pastinya berguna kepada rakyat untuk keharmonian semua baik untuk kepentingan negara mahupun keharmonian rumahtangga dan kehidupan?. Kalau pengguna pengguna Facebook dan Twitter tidak mahu menganggap ini sebagai nasihat dari seorang Menteri andaikanlah nasihat ini datang dari seorang ayah. Suka atau tidak dan semua pengguna Facebook dan Twitter tidak boleh hipokrit di dalam menerima kenyataan bahawa Facebook dan Twitter menjadi penyumbang kepada masalah sosial. Bermula dengan pertemuan di dalam maya ini akan membawa kepada perjumpaan di dunia nyata yang kesudahannya selalunya membawa kepada suatu malapetaka sosial. Ini kenyataannya . Sebenarnya banyak keburukan  yang terkandung di dalam laman maya sosial ini yang jika tidak dibendung akan membawa musibah di dalam kehidupan.

Dato' Seri Utama Rais Yatim berkata beliau tidak menghalang rakyat untuk menggunakan laman sosial maya ini cuma meminta semua supaya berhati hati. Jadi di mana silapnya. Cuba sama sama kita renungkan: HANYA KERANA NASIHAT OLEH MENTERI YANG MENJURUS KEPADA KEBAIKAN BELIAU TELAH DIHENTAM DAN DICERCA DENGAN PERKATAAN PERKATAAN YANG TIDAK ELOK. ADAKAH KERANA KESERONOKKAN YANG MELAMPAU MELAYARI FACEBOOK DAN TWITTER INI MENYEBABKAN PENGGUNANYA TIDAK BOLEH DINASIHATI SUPAYA BERHATI HATI. JELAS DI SINI WUJUDNYA KEBURUKAN DI DALAM KEDUA DUA LAMAN SOSIAL MAYA INI. HANYA KERANA CUBA MEMBERI NASIHAT NILAI NILAI BUDAYA MELAYU DAN BANGSA MALAYSIA DIGADAIKAN BEGITU SAHAJA HINGGA TERKELUARNYA PERKATAAN PERKATAAN SEPERTI BODOH DAN SEBAGAINYA TERHADAP MENTERI ATAU MUNGKIN JUGA TERHADAP SEORANG YANG JAUH LEBIH BERUSIA DARIPADA KITA.

Sayugia, Melayu Bersatu ingin bertanya kepada semua..MANA YANG LEBIH PENTING: MEMPERTAHANKAN SEORANG MENTERI YANG BERBANGSA MELAYU YANG CUBA MEMBERI NASIHAT UNTUK KEBAIKAN ATAU MEMPERTAHANKAN FACEBOOK DAN TWITTER YANG BENAR ADA KEBURUKKANNYA DAN YANG TIDAK KITA TAHU DARI MANA ASAL USULNYA?

TERIMA SAJA KATA KATA DATO' SERI UTAMA RAIS YATIM ITU SEBAGAI NASIHAT SEORANG AYAH KEPADA ANAKNYA..TIDAK ADA RUGI!!!

3 comments:

  1. MUHAHAHAHHAHAHH
    KALAO PARPU YG BERI NASIHAT ADAKAH TU NASIHAT MAMAK KEPADA PENCACAINYA
    HE HE HE HE

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN amat terpegun dan meminati penghasilan blog anda yang amat berani mengutarakan isu2 berkaitan politik tanah air..

    Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjawab segala dakyah dan fitnah pembangkang.

    Kami telah link blog anda di blog kami.

    SEKIAN,

    CREW EDITOR BLOG,
    UMNO CWGN. GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada UMNO Cawangan Gombak Selatan..Anak Melayu sedia bekerjasama dengan pihak tuan demi suatu kebenaran di dalam menjaga keharmonian Malaysia tercinta..Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan