Monday, April 26, 2010

ANALISIS HULU SELANGOR: Bacaan kayu pengukur pertengahan penggal

Ada bermacam macam analisis tentang Hulu Selangor yang akan keluar dalam masa sehari dua ni, hasil nukilan pena tajam dan kapak tumpul dari pemerhati yang hatin yang terang dan minda yang benak dan aku pun tak tahu analisis ni akan masuk dalam kategori mana

Sebelum kita memasuki kancah PRK kali ini, semua pemimpin dan pencacai Pakatan berkata Hulu Selangor adalah referendum besar untuk Malaysia, ia akan menjadi kayu pengukur pertengahan penggal sebelum Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa dua tahun lagi.

Tetapi setelah kalah maka penulis upahan dan peminat setia Anwar Ibrahim mulalah berkata yang kekalahan ini tak mengukur apa apa, cuma satu selingan dalam drama politik ulung mereka...

anggur kalau masam memang siapa pun tak nak... tak gitu

saya ingin meneliti impak keputusan PRK Hulu Selangor dan setakat mana ia boleh menjadi pengukur seintimen rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dan tiga parti yang berpakat untuk menduduki Putrajaya.

saya memang pro-BN tetapi saya akan cuba untuk menghasilkan satu analisis yang objektif. Walaubagaimanapun akan terdapat sedikit pewarnaan dalam penulisan saya harap para pembaca mengambil kira perkara ini.

Sebagai permulaan kita perlu melihat faktor calon dan samada ia memberi kesan terhadap pilihan pengundi, faktor calon ini perlu di ambil kira agar ia tidak mengelirukan kita dalam mengukur prestasi parti ataupun pakatan dalam pilihanraya ini.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim merupakan satu nama besar dalam politik pembangkang. semasa di dalam Umno, Zaid dianggap ahli politik payung terjun kerana tidak mempunyai sokongan padu di mana mana bahagian atau cawangan.

Selepas meletakkan jawatan sebagai menteri undang undang dalam kabinet Pak Lah, Zaid menjadi popular di kalangan pengkritik kerajaan dan setelah bercuti selama enam bulan dia pun lompatlah ke parti Anwar Ibrahim, PKR

di sana dia disambut bagaikan anak raja.. ditatang bagaikan minyak yang penuh dan kemudian dinobatkan dengan pelbagai jawatan dan tugas.

Zaid jugalah yang dipertanggungjawabkan menyatukan ketiga tiga parti yang kelihatan sukar bersatu hati ini.

sepertimana dalam Barisan Nasional, si ahli politik hingusan diberikan tanggungjawab yang berat.

dalam kabinet Pak Lah, kononnya dia diberi tanggungjawab untuk merombak sistem kehakiman dan perundangan negara... hakikatnya tugas ini hanya boleh dipikul oleh seorang yang mempunyai bahu politik yang sasa, pertuturan kata yang halus lagi lunak dan akal perundingan yang licik.... tiga kebolehan yang tiada pada si Zaid yang suka mengamuk dan merempan

maka setelah bebrapa bulan dia pun melemparkan permainan kegemarannya dan terus merajuk dengan Pak lah.....

para pemimpin pakatan sedar yang tugas mencantumkan tiga parti DAP, PAS dan PKR menjadi satu parti yang boleh bertentang mata adalah satu tugasan yang hanya sesuai untuk ahli politik bertahap dewa...budak hingusan sudah tentu tidak dapat melakukannya

Zaid dalam egonya berfikir tugasan ini sekadar menghasilkan kerangka dalam undang undang untuk membolehkan mereka bersatu dari segi entiti politik..jika ini tugasnya seorang peguam pelatih pun boleh melakukannya

kerangka undang undang tidak mungkin dapat menjadi tempat pautan PKR, DAP dan PAS kerana mereka sebenarnya tidak selesa tinggal serumah.

rundingan untuk menghasilkan satu parti politik campuran perlu menghasilkan satu objektif yang sama, selain dari objektif menumbangkan BN yang menjadi musuh semasa...

bagaimana mungkin zaid memujuk PAS meninggalkan perjuangan negara Islam dan hukum Hudud?

bagaimana mungkin zaid boleh memujuk DAP menerima hukum hudud?

bagaimana mungkin zaid memujuk Anwar untuk bersetuju memberi laluan kepada isu yang lebih penting dari kerjaya politik seorang bekas Timbalan Perdana Menteri?

lupakah kita bahawa Tengku Razaleigh yang begitu tinggi ilmu politiknya pun gagal dalam usaha tersebut

malah si Anar Ibrahim yang didewakan penyokong pembangkang juga terkantul dan masih belum boleh manubuhkan satu kabinet bayangan untuk pembangkang...

yang pastinya Zaid mempunyai nama yang besar dan dikenali ramai tetapi lawannya P Kamalanathan adalah seorang ahli politik marhaen yang hanya bertapak sebagai aktivis sosial dan pendidikan di sekitar tempat tinggalnya di Rawang...

Pertarungan di Hulu Selangor sebenarnya antara gabungan Zaid Ibrahim dan pakatan dan Barisan Nasional.

gabungan populariti Zaid dan populariti pakatan terpaksa di hadapi oleh Barisan Nasional yang tidak mempertaruhkan nama terkenal.

Ini yang menjadi punca mengapa para bloggers pro-BN menyerang Zaid dengan bertalu talu, mereka perlu menidakkan kuasa populariti calon agar yang tinggal hanyalah BN vs pakatan... barulah adil

Isu arak dan judi digunakan dengan berjaya di kalangan pengundi Melayu.

Jika diamati keputusan kali ini, jumlah undi keseluruhan meningkat dan kedua dua parti telah berjaya meningkatkan bilangan undi yang diterima berbanding dengan PRU 12.

Ini menunjukkan bahawa rakyat sebenarnya sudah mula berubah fikiran, mereka tidak lagi begitu ghairah dengan dogma liberal Anwar Ibrahim dan pakatan tetapi pada masa yang sama mereka juga masih belum meletakkan kepercayaan yang mantap kepada BN...

Slogan BN mampu berubah telah membuahkan satu pemikiran semula dalam minda pengundi, rata rata mereka yang ditanya berasa suka yang BN sudah mengaku silap tetapi agak gusar mengapa tindakan untuk berubah memakan masa begitu lama.

Sebagai penduduk di negeri paling kaya di Malaysia, pengundi Hulu Selangor juga terasa kecil hati yang kawasan mereka tertinggal tetapi ramai juga yang sedar bahawa wujudnya begtu banyak projek pembangunan yang gagal menunjukkan kerajaan Selangor dibawah BN cuba untuk meningkatkan ekonomi kawasan tersebut tetapi gagal akibat faktor luaran dan dalaman. krisis kewangan 1997 yang ditaja oleh George Soros dan pelabur-mega lain dari Amerika banyak menjahanamkan cita cita dan impian orang Hulu Selangor.

inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh BN dan PRK kali ini telah membuka mata kerajaan Barisan Nasional sekali lagi tentang potensi Hulu Selangor sebagai penjana ekonomi negeri dan negara.. saya yakin jika kerajaan negeri kembali ke tangn BN maka pembangunan Hulu Selangor akan rancak...

sebenarnya inilah janji yang paling menghantui pemgundi Hulu Selangor. mereka secara amnya berfikir samada kerajaan BN akan mengotakan janji ini di masa depan...

seperti yang saya katakan tadi, tahap kepercayaan mereka terhadap BN masih belum pulih sepenuhnya.

manakala di pihak Anwar Ibrahim pula mereka terus menerus mengasak kerajaan dengan dua kata kunci utama iaitu zalim dan korup. Kerajaan BN zalim dan kerajaan BN korup

kezaliman BN berpaksikan kes liwat Anwar seperti yang dituduh oleh bekas pegawai khasnya sendiri, Saiful Bukari

paksi kecil kezaliman BN yang lain ialah kematian Teoh Beng Hock dan beberapa penjenayah ketika dalam tahanan polis.

lain lain kezaliman berkisar sekitar kelambatan pemberian geran tanah dan apa yang dilabelkan sebagai ketidak adilan dalam pengagihan bantuan kerajaan kepada orang Melayu...

pada pendapat saya isu kezaliman BN sudah mula pudar dan luntur kerana rakyat dapat menilai sendiri apa yang telah dinikmati selama ini.. pembangunan fizikal dan ekonomi paling jelas kelihatan.

kerajaan yang zalim tidak mungkin dapat mengajak rakyat untuk berganding bahu memajukan ekonomi kerana kerajaan yang zalim akan memerah hasil keringat rakyat sehingga rakyat tidak boleh menikmati buah usaha mereka... ini jelas tidak berlaku

statistik peningkatan pendaftaran perniagaan dan syarikat setiap tahun menjadi pengukur asas tentang keyakinan rakyat yang kerajaan tidak akan bertindak zalim terhadap mereka...

lihatlah di USSR dan Cina dulu dan Korea Utara kini...semangat keusahawanan di sana tidak wujud kerana semua hasil bumi diambil kerajaan yang zalim... kerajaan BN tidak zalim tetapi mempunyai kelmahan yang agak banyak, ada yang kecil ada yang serius

isu korupsi memang kuat berdengung di telinga pengundi...ini tidak dapat dinafikan tetapi korupsi tidak hany berlaku pada BN... nama pemimpin besasr pakatan seperti Nik Aziz Nik Mat sudahpun terpalit dengan amalan kroni malah di Selangor ada ahli dewan undangan yang dikaitkan dengan jenayah terancang, pelacuran dan perjudian.

mungkin persepsi BN korup masih kuat dan persepsi pakatan korup masih belum bertaut di hati rakyat... terpulanglah kepada kedua dua pihak untuk membetulkan keadaan sebelum terlambat

sebenarnya kemenangan BN dengan majoriti 1,725 undi dan peningkatan bilangan undi kedua dua belah pihak menunjukkan bahawa rakyat masih menaruh harapan agar pakatan dapat menjadi alternatif yang elok bagi mereka berpaut di masa depan

tapi pada masa yang sama mereka mula sedar bahawa dakyah Anwar Ibrahim perlulah ditapis kerana tak mungkin semua yang dilakukan BN itu adalah jahat dan tidak elok.

Rakyat masih mengharap BN dapat berubah dan harapan ini telah dinyatakan melalui undi yang memenangkan BN dengan majoriti yang jauh lebih sedikit dari zaman kegemilangan mereka dimana sebarang kemenangan dengan lebihan undi kurang dari 10,000 dianggap memalukan

Hulu Selangor memberi harapan kepada kedua dua belah pihak terutama sekali PAS dan UMNO dan bukan BN dan pakatan

kenapa saya katakan PAS dan Umno?

sentimen pengundi Melayu yang mahukan calon melayu sebenarnya hanya boleh di penuhi oleh PAS dan Umno. jika calon dari Umno bertemu Zaid, ramai yang telah menjangkakan kekalahan teruk bagi bekas Ahli Parlimen Kota Baru tersebut

tetapi jika pertarungan Hulu Selangor antara PAS dan Umno... sudah tentu ia lebih sengit lagi

Undi yang boleh dikirakan mantap untuk Zaid Ibrahim juga menunjukkan sentimen terhadap calon Melayu masih tebal dikalangan pengundi di situ, walaupun Zaid peminum dan memiliki kuda lumba merka tetap mahukan calon Melayu.

sebagai analisis akhir, saya katakan bahawa Hulu Selangor menunjukkan bahawa Melayu sudah tidak mahu berpecah lagi dan jika diberi peluang untuk merapatkan saf, sudah tentu mereka akan melakukannya

inilha harapan saya agar
MELAYU BERSATU

7 comments:

  1. setuju dengan apa yang ditulis. Pengundi akan melihat janjiu-janji akan dipenuhi. Sekira tiada perubahan, pengundi-pengundi akan beralih arah

    ReplyDelete
  2. bRO

    Kalau Si Kitol Utama Malaysia (SKUM, English translation=SCUM) tu turun tunjuk muka di Hulu Selangor, gerenti kita kalah

    anyway aku dengar rumours yang dia tengah nak promote Ezam jadi senator... ape cerit ni beb???
    komen skit

    ReplyDelete
  3. SALAM UKHWAH DAN SALAM 1 MALAYSIA

    PAB SETUJU DENGAN PENDAPAT SAUDARA.

    APA KATA CUBA BACA ANALISA PAB TTG PRK094 DALAM http://penaagenozberbisik.blogspot.com

    WASSALAM
    SAYONARA...

    ReplyDelete
  4. Yang bestnya ialah pasca PRK HulSel PAS makin teruk tercalar. Habih la puak-puak bodoh ni!

    Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?

    ReplyDelete
  5. syabas, satu analisis yang baik...

    imah

    ReplyDelete
  6. menarik analisis yang d buat oleh anda...

    ReplyDelete
  7. Satu analisis yang mengambil kira pelbagai sudut. Apa pun pungundi sekarang tidak boleh 'digula-gulakan' lagi. pengundi faham sangat tentang perangai ahli politik. Cuma kadang kala ahli politik terlupa bahawa pengundi terlalu tahu perangai mereka.

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan