Monday, April 12, 2010

Perjanjian Syaitan Nik Aziz - satu pendedahan berani Kickdefella

Air di empang tak boleh ditahan, mesti ke laut juga
kebenaran disorok takkan tersimpan, mesti terbolos jua

Sebenarnya di dalam alam ciptaan Allah S.W.T. ni tak ada satu benda yang lebih berkuasa dari kebenaran.

Walau setebal mana dinding fitnah dan pembohongan, kebenaran wajib boleh membolosinya

Walau sebebal mana pun kaum, akhirnya kebenaran akan berjaya menebuk tengkorak tebal mereka

Ini memang lumrah kejadian, Inilah sifat yang telah diluluskan oleh Allah untuk dunia ini.

Maka dengan itulah terbongkarnya keputusan 'Dewan Ulamak' PAS yang telah memutuskan bahawa parti tersebut tidak boleh sama sekali bekerjasama dengan organisasi bukan Islam...

Menurut dokumen yang didedahkan oleh Syed Azisi 'Sheih' Kickdefella, blogger senior yang sudah terasa bagaimana peritnya terhantuk kepala di alang rendah rumah PAS, ketika fatwa ataupun keputusan tersebut dibuat, Nik Aziz merupakan ketua dewan tersebut.





Sebagai seorang yang memiliki tahap pengetahuan agama yang ala kadar, saya teringat akan ajaran guru dan ustaz yang mengatakan seorang yang hatinya sentiasa rapat dengan Allah tidak tahu takut atau gentar, malah tiada satu apa pun yang boleh merisaukan mereka.

Jika seseorang itu sudah tida merasa takut atau gentar maka setipa keputusan sudah tentu boleh dibuat mengikut lunas ajaran Islam yang sempurna dan menurut hikmah yang diturunkan Allah ke hati mereka. Tak mungkin satu keputusan yang terpahat pada batu kebenaran boleh diubah ubah mengikut peredaran masa, inikan pula bagi memuaskan kehendak politik dan nafsu untuk kuasa.

Perubahan pendapat N.Ajis yang kini menghalalkan PAS bersekedudukan dengan satu parti yang mana ketuanya terkenal dengan sikap anti-Islam mereka jelas menunjukkan N.Ajis bertindak mengikut nafsu politik dan kemaruk kuasa.

Inilah tahap sebenar Wali Selipar ni

1 comment:

  1. wali ada dua wali setan dan wali tuhan.

    dia ni taraf mana ye ?

    hehe

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan