Saturday, April 24, 2010

PRK HULU SELANGOR P94: Antara yang dijanji dan yang disaji



PAS kononnya menjanjikan hukum hudud... tapi sekarang dah tak menguit dah isu hudud ni, takut kena balun dengan DAP.

PAS kononnya benci orang Umno sebab tak Islam, suka buat dosa, smaapi tak boleh dimaafkan langsung. malah bekerja dengan kafir dan syaitan laknat pun lagi elok dari berbaik dengan Umno...


tapi calon PKR di Hulu Selangor tu bukan orang Umno ke dulu? dan yang lebih pentingnya perangai dia masih lagi sama....

masih miliki kuda lumba,
masih lagi ada bilik khas simpan wain (wine cellar)

dan masih lagi mewah dengan duit yang dikutip sebagai kroni Umno...

tapi cepat pulak N.Ajis boleh maaf...

macamana ye??

PAS kononnya parti ahli syurga...

tak tahulah bila ada nabi baru bawa wahyu yang undi PAS ni terus masuk Jannah...

tapi kalau ahli syurga mesti lah hormat kepada Allah.


Kita kalau kita hormat seseorang kita tak ambil mudah bila kita melawat atau menjenguk orang itu.

contohnya lah, kalau orang PAS pergi rumah N.Ajis ke Hadi Awang ke, rasa rasanya dia pergi berlengging (tak pakai baju)ke?

bila dah sampai di rumah orang tersebut ada ke dia buka baju dan baring meniarap sambil lipat kaki seluar sampai nampak betis....

memang betul aurat lelaki antara pusat dan lutut

tapi kalau itu menjadi ukuran, lain kali keluar rumah pakai lah macam tu,


lain kali pergi rumah N.Ajis pakai lah macam tu,

lain kali pergi solat berjemaah pakai lah kain pelikat aje....

kalau tak berpakaian lengkap dan hormat di sekitar masjid tu satu hal lah,

ini dalam dewan Solat utama...

ni pakcik yang dalam gambar pakai tuala kuning ni saya sendiri nampak dia berjalan seperti tupa antara waktu Asar dan Maghrib semalam...

tak boleh ke bawa baju semua ke tempat mandi dan kembali berpakaian lengkap sebelum melintas dewas Solat utama???

ini menunjukkan bahawa walaupun dia dah tua dia masih kurang adab,

entah apa lah yang diajar pada anak cucu dia ni???

PAS dah jauh menyimpang dari perjuangan yang kononnya untuk menegakkan Islam dan memperkasakan Islam

PAS kini lebih rela bersekongkol dengan mereka yang sesat demi kuasa

Nabi tak pernah mengajar kita menurut orang kafir, dalam semasa pemerintahan Nabi, orang Yahudi, Nasrani semua menurut perintah baginda... mereka bebas beragam dan berniaga tapi hukum tetap hukum Islam

tak ada nye Nabi kata tak pe lah kita simpan dulu hukum Allah samapi Karpal Singh dan Lim Kit Siang lembut hati


Parti Islam jenis apa yang sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan demi untuk mendapatkan satu kerusi Parlimen. kerusi parlimen yang akan diberikan kepada orang yang tidak menegah murtad, yang tidak mahukan hukum hudud dan mahukan judi dijadikan cara untuk mejana wang untuk pentadbiran negara

PAS sebenarnya sedang mengajak ahlinya untuk mengundi musuh kepada perjuangannya ke Parliment.

PAS sebenarnya sedang menikan diri sendiri dengan memangkah Zaid Ibrahim yang pernah mengugut menyaman PAS semata mata kerana PAS mahukan Hukum Hudud yang dilabelkan Zaid sebagai kolot, tidak bertamadun dan tidak sesuai untuk zaman moden

PAS sebenarnya sedang memujuk ahlinya di Hulu Selangor untuk mengundi seorang yang menghina  undang undang Allah

Apakah yang dijanjikan PAS dan apakah yang dihidangkan di Hulu Selangor

sama samalah kita renungkan

3 comments:

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan