Saturday, July 25, 2009

Tok Pa tawan hati Nik Aziz?




Saya kira ramai umat Melayu yang sejuk hati melihat gambar ini terpapar di dada dada akhbar seluruh Tanah Melayu.

Ianya satu langkah kecil dalam usaha kita semua merapatkan saf umat Melayu agar lebih bertenaga untuk maju ke depan. Sudah terlalu biasa kita mendengar pemimpin DAP bertanya mengapa Melayu perlu bersatu? siap musuh orang Melayu hingga perly bersatu? tanya mereka.

Tapi saya yakin dalam lubuk hati setiap orang Melayu, mereka sedar bahawa perpaduan itu adalah penting dan berpegang kepada tali Allah menjanjikan kemakmuran di dunia dan kesejahteraan di Akhirat.

Menteri Besar Kelantan datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bersalaman dengan ketua perhubungan Umno Kelantan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed di majlis perasmian Fiesta Kelantan 2009.

Kerajaan Kelantan telah melantik Mustapa sebagai penaung Fiesta Kelantan 2009 dan beliau telah menerima perlantikan tersebut.

Jelas Mustapa memang insaf bahawa pentingnya perpaduan antara umat Melayu dan katanya perpaduan umat sudah tentu akan membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Umat Melayu/Islam yang bersatu akan menjadi tulang belakang Malaysia yang kuat untuk melangkah jauh ke depan.

Kita berharap pemimpin melayu lain akan mengambil iktibar dari gambar ini dan merapatkan saf orang Melayu agar negara terus aman dan makmur.


4 comments:

  1. ha gambar ni lah yang membawa perpaduan

    daripada gambar nik aziz dengan lee kuan yew sambil menunjuk ibu jari keatas

    ReplyDelete
  2. marilah kita terus doakan bersatunya orang Melayu agar kita terus gah di bumi sendiri

    XJN

    PS Syabas Tok Pa kerana terus mengajak Pas berbaik semula dengan Umno

    nampak macam TGNA selesa betul dengan Tok Pa

    ReplyDelete
  3. Permulaan awal untuk melayu bersatu. Kalu TGNA boleh bersalaman dengan Tok Pa, kenapa penyokong PAS tak boleh salam dengan orang UMNO yang lain?

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sebenar nya,ini semua baik ade maana punye...
    Membelajar dari Terengganu TIA(tapi dah pindah balik ke peringkat perseketuan) dan sesudah dapat pandangan MM LKY(musuh UMNO 1965) baru baru ini, make RM1,000,000,000 (RM SATU BILLION) ROYALTY MINYAK PUNYE pasal,haram jadi halal,senyum lebar,UMNO pun jadi kawan baik.
    Jangan lupa PKR dan DAP menunggu .....RM.
    Kesian ...
    Agak Nya sedih dan pilu Ust Nashar yang usahakan ikhlas betul betul, tapi pasal tade RM1,000,000,000 ,dia di sampahkan sesudah di aibkan.
    NIK AZIZ buat kerja satu senyum satu salam satu jabat tangan,(tapi ta peluk macam LKS) bolih pitih RM1,000,000,000 semua bolih....
    Hebat sunngoh RM
    HjMae Berek12

    27/7/09 10:01

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan