Sistem giliran ini akan memberikan peluang kepada anak tempatan Pulau Pinang untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing masing dan mengimbangkan kepincangan sosial dan ekonomi yang semakin getir di Pulau Mutiara itu.
Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng telah memberi kelulusan terakhir dan terpenting yang membolehkan tanah kerajaan negeri di Kamapung Buah Pala di ubahmilik kepada koperasi yang kemudain nya menjual tanah tersebut kepada pemaju.
Maka terhapuslah satu Kampung tradisi kaum India di Pulau Pinang,
Jika tidak kerana semangat juang penduduk kampung dan bantuan dari NGO sudah tentu mereka terpaksa keluar dari rumah tanpa pembelaan, seperti yang terjadi kepada penduduk Kampung Melayu tradisional di Pulau Pinang yang ditendang keluar dengan pampasan yang amat sedikit.
Ketua Menteri Impot, Lim Guan Eng yang terjun dari Melaka sudah tentu kurang faham tentang keperluan dan kehendak rakyat setempat dan cadangan yang diajukan oleh Yusmadi ini jelas membuktikan terdapat kepincangan serus dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan LGE.
Jika tidak masakan Yusmadi sanggup menghulurkan tengkuk beliau untuk dipancung oleh DAP sepertimana mereka lakukan kepada Datuk Hassan Ali di Selangor kerana membantah cadangan DAP Ronnie Liu yang mahukan beer dijual secara terbuka di Shah Alam.
Hassan Ali terus digasak oleh DAP kerana menegur cara mereka mentadbir Selangor.
Penyokong PAS dna Keadilan mesti memastikan Yusmadi tidak diperlakukan begitu kerana beliau sekadar bangkit untuk memperjuangkan hak semua bangsa yang tinggal di Pulau Pinang.
LGE dan DAP sebenarnya bermuka muka ketika menjanjikan kesaksamaan dalam konsep Malaysian Malaysia mereka.
Sekiranya LGE dan dan DAP menerima pakai cadangan Yusmadi ini barulah mereka boleh mendabik dada dan mengatakan parti berasaskan ajaran Kristian itu memnperjuangkan kesaksamaan. Jika tidak kita terpaksa akur bahawa ia sebenarnya parti cauvinis Cina Kristian.
Bukti mereka cauvinis Cina Kristian banyak sekali, bantahan mereka terhadap hukum Hudud dan Negara Islam adalah contoh yang paling nyata tetapi terdapat banyak lagi bukti bukti lain.
PAS perlu memulihkan kredibiliti mereka yang teruk terhakis akibat menjadi budak suruhan DAP di Perak dan Selangor.
Sistem politik dua parti yang kita inginkan di Malaysia memerlukan cadangan bernas begini kerana ia akan memperkuatkan perpaduan rakyat dan mengurankan perbalahan dan perpecahan yang berlaku akibat politik.
AKU SOKONG TETAPI PERBALAHAN POLITIK SESAMA ORANG MELAYU DISEBABKAN OLEH PARPUKARI. KALAULAH BLOGGERS GEROMBOLAN TIDAK LAGI RELA DIPERKUDAKAN OLEH MAMAK TU, BANYAK RINTANGAN DAN HALANGAN BAKAL DIATASI DAN SEBARANG AGENDA PERPADUAN ORANG MELAYU AKAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK. NILAH HAKIKATNYA, BERHENTI DULU MENCARUT DAN MEMFITHAH PEMIMPIN LAWAN SEBELUM KITA BOLEH DUDUK SEMEJA
ReplyDeleteHallo perpecahan Melayu disebabkan Anwar Ibrahim dan PAS
ReplyDeleteAnwar bukan nak reformasi dia nak balas dendam kat Umno itu aje
Nik Aziz pulak sebok tak nak berbaik dengan Umno, kita nak perjuangan hak melayu sehaluan, walaupun di pihak yang bertentangan dalam politik
Sekarang kita bolehlah berbincang.
ReplyDeleteMemang puak atas tidak akan duduk semeja kerana masing masing menjaga kepentingan politik tersendiri. Tetapi kalao kita hendak duduk semeja, tekanan harus datang dari bawah, dari golongan belia yang mahu orang Melayu bersatu padu. Masing masing ada rentak dan gaya tersendiri.
Kalau UMNO hendak menjadi tunjang perpaduan orang Melayu bloggers UMNO tidak boleh bersifat bongkak dan cetek pemikiraanya. Mereka yang begitu ghairah memainkan isu remeh dan mencaci peribadi orang lain tidak boleh diangkat menjadi Raja Segala Bloggers UMNO.
Mulalah dari bawah dan rapatkan silaturahim diantara dua dua pihak. Carilah seorang pejuang yang tidak mempunyai agenda tersendiri dan mampu menonjolkan sifat tabah, berhemah tinggi dan peribadi yang murni.
Ko Ingat PAS berani ke, diaorang takut kat DAP, di Kedah yang DAP ade satu seat pun PAS sebok bagi punya banyak tanah ganti rumah lapah babi yang HARAM
ReplyDeleteinikan pulak di Penang
PKR lagi lah, si Anwar ejen asing tu dia kia nak jadi PM aje, pergi mamposlah nasib orang lain