Thursday, October 8, 2009

NIZAR PEKAK: Rasuah besar PAS di Kelantan




Apabila Islam sekadar alat politik, maka sudah tentulah seseorang atau sesebuah parti itu boleh berceramah tenang Islam, mengecam seteru politik dan mengkafirkan saudara Islam semata mata untuk menunjkkan mereka lebih Islam

pada masa yang sama mereka pula akan mengamalkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa.

Kesah terbaru ini telah dibongkar oleh rakan blogger, RBF yang menyingkap permainan politik wang dalam kerajaan PAS kelantan dan ketua puak Erdogan yang totok pro-Anwar Ibrahim, iaitu Husam Musa.




Menurut RBF Husam, yang kehulu kehilir menjual Islam telah membuat satu perjanjian dengan seorang anak bekas pemimpin Negara yang dikenali lemah fikirannya.

Sebagai seorang yang cekap memanipulasi orang dan juga keadaan, Anwar sedar bahawa anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Tamrin sedang menghadapi masalah hutang di keliling pinggang dan memerlukan wang segera.

Oleh kerana Tamrin sudah dikenali sebagai seorang yuang kerap gagal dalam perniagaan, maka susah untuk dia memujuk pemimpin Umno untuk memberinya peluang berniaga dan inilah yang telah dieksploitasi oleh Anwar.


Beliau mula berkawan dengan Tamrin dan akhirnya kini menggunakan Tamrin sebagai serampang dua mata.

Satu cadangan telah diberikan kepada Husam agar menggunakan Tamrin dalam satu usaha membogelkan lebih banyak hutan di Kelantan.

Kali ini Kerajaan Negeri Kelantan, yang gagal untuk menjana ekonomi dan terpaksa bergantung kepada hasil jualan kawasan balak untuk terus bernyawa membuat keputusan untuk meluluskan 10,000 ekar untuk ditebang dan lot balak tersebut tleah dikeluarkan atas nama Tamrin Ghafar.

Rancangan mereka ialah untuk menggunakan isu ini sebagai bukti bahawa PAS juga berkongsi dengan Ahli Umno tetapi pautan Husam kepada wang haram ini telah terbongkar apabila seorang pemimpin PAS yang berada di luar lingkaran elit Nik Aziz-Husam membuak cerita.

Menurut RBF, pemimpin PAS Kelantan telah menceritakan bagaimana tanah balak itu akan dijual kepada pembalak Cina dengan harga RM25 juta.

Wang haram ini akan dipecahkan tiga bahagian, dengan Tamrin dan Husam menerima RM10 juta seorang manakala PAS Pusat akan diberi bahagian kecil RM5 juta.




Sebenarnya kisah ini tidaklah begitu menggemparkan kerana PAS juga parti politik biasa walaupun ia menggunakan Islam sebagai alat penarik peminat dan Husam juga adalah ahli politik biasa yang berjanggt, bermisai dan menggunakan kopiah putih sebagai sebahagian daripada kostum politik beliau.

Kita langsung tidak hairan sekiranya lebih banyak cerita begini akan terbongkar.


Malah bebrapa kisah menarik di Selangor bakal dibongkar dalam masa terdekat dan ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah industri maksiat, arak dan kongsi gelap.


5 comments:

  1. bukyi takde pon. badigol lagi bahlol je yang reka2 crita ni.

    korang yang caya pun badigol dan bahlol gak

    dah frust kalah teruk macam2 la cerita dibuat. parti nak pupus, terima je la hakikat

    ReplyDelete
  2. MUHAHAHHAHAH
    LAPORKAN JE. BUAT APA DOK CANANG CERITE DALAM INTENET.
    MUNGKIN PIHAK MA-SHE-SEE MASIH TERLALU MENUMPAKAN PERHATIAAN MENYIASAT KES PENYELWANGAN SERATUS DUA RATUH RINGGIT. MAMAK KILANG PULA DIANGKAT MENJADI PENYIASAT. MEREKA MANA TAHU MENGIRA, DUA TIGA JUTA ANGKANYA DAH TERLALU BESAQ.

    Kalau Pemikiran masih dibangku sekolah,
    Jangan guna angka yang besah besah


    HE HE HE

    ReplyDelete
  3. org2 hamPAS mmg xnak percaya, sbb 2 lh org2 kafir permainkn ayat2 Al Quran diorg tepuk tangan bangga sama. Org lain pakai kete besar diorg kate rasuah tp bila adun Melor bg RM3 juta kat bekas isteri dia, diorg xkate ape pun, xlak tbuka ati diorg tuk pk mane dtg duit tu? xsedar lg walau pun pemimpin2 diorg pergunakn ISLAM n jadi alat org2 kafir laknatullah. berfikirlh...

    ReplyDelete
  4. DI Perak kita tahu dia keluarkan 40 permit balak, 37 ke DAP, dua ke PKR dan satu ke PAS

    Di kedah semua PAS sapu... bila TV3 nak pergi ambik gambar dia hantar gengster tahan

    cerita Husam ni nak pelik ape parti politik mesti nak political fund, PAS bukan parti Islam, PAS parti politik biasa tu pasal dia pun perlu political fund

    balik duit cepat dan mudah, senang nak sorok pula\k tu pasla satu transaction aje for kickback bukan ada progress payment

    because for the RM25 million yang tokey Cina tu bayar he can make probably around RM150 million so they just pay up front one lump sum

    kita kat KB dah mula dengar cerita macam ni pasal PAS dok kumpul duit untuk PRU 13, ye lah dia rasa dia boleh menang dengan PKR dan tubuh kerajaan persekutuan so mestilah ada big war chest

    itu yang di Kedah pun dia dok sapu balak kaw kaw punya duit bukan ke negeri duit ke poket PAS

    ReplyDelete
  5. Bukan content dlm blog ni yg penting sangat tapi orang yg boleh organize content ni yg menjadi isu.Jenis manusia melayu yg mcm mana??Mungkin empunya blog ni mempunyai nilai dan prinsip yg penuh haprak inti patinya.Tapi kita tak salahkan yg empunya blog ini tapi mungkin proses yg dilaluinya yg menjadikan hasil yg kita temui dlm blog ini.Saya percaya isi kandungan dlm blog ini tak mungkin di kongsi dgn anak dan isteri empunya blog ini sebagai wacana pemikiran.Tapi kalau di kongsi pastinya mereka ini lahir dari satu keluarga yg mempunyai nilai dan prinsip yg hancur dan ianya berterusan seperti dalam Suran Al-Baqarah.Mereka inilah yg bakal melahirkan unit masyarakat yg hancur dengan nilai dan prinsip yg mereka tanam pada anak, isteri dan generasi yg akan datang.Maafkan blogger ini yg melalui kehidupan yg penuh konflik dan crisis dalam jiwanya.Feel sorry for you and your family.May Allah Bless you and your family with HIS Wisdom.

    Regards,
    Robert66
    rosman.dssrtech@gmail.com
    012 200 9629
    (As long as you are genuine nothing will harm you and why should you hide your ID if you are sincere)

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan