Saturday, August 8, 2009

"Baik tuan, saya bodoh tuan"




Dalam pada nak jadi hero pasal isu arak di Selangor, Hasan Ali kena gasak pulak dengan DAP. Kesian dengan PAS yang tak boleh bersuara langsung sekarang ni. Bukak mulut je kena gasak dengan DAP dan PKR. Kenapalah orang PAS ni lemah otak dan minda nak dengar cakap DAP?

PAS sebenarnya jauh lebih kuat dari DAP dan PKR. Kalau tak ada PAS di Kelantan DUN Guchil di Kuala Krai tu pun takkan boleh jadi milik PKR. Ayat yang paling sesuai PKR takkan ke mana tanpa PAS. Yang tak malu tu budak Permatang Pauh yang nak jadi Perdana Menteri dan orang PAS boleh sokong. Kenapa orang orang PAS tak mau sokong Tuan Guru Hadi Awang jadi Perdana Menteri?

Balik pada kisah Selangor, orang orang PAS sekarang ni dah bolehlah mula angguk angguk kepala dan skrip yang sesuai untuk orang orang PAS cakap pada DAP dan PKR macam dalam cerita P. Ramlee 3 Abdul tu..’baik tuan, saya bodoh tuan’..Agaknya itu yang Nizar ucapkan masa angguk kepala pegang lilin masa upacara kematian hari tu.

DAP dah mula jadi tukang lelong untuk lelong PAS.

-daeng celak-

17 comments:

  1. Apa nak buat Bro,
    untuk sedikit kuasa politik ada yang sanggup jual prinsip perjuangan

    bila mengata orang pandai tapi bila kena kat batang hidung sendiri, tak tahu ke mana nak bawa muka

    kesian si Hassan Ali, agaknya memang ada drama sebenarnya ni nak jatuhkan Khalid Ibrahim dan naikkan Ezam

    ReplyDelete
  2. PAS semakin memalukan penyokongnya, itu semakin jelas, saya rasa kalau mereka tak cekap berpolitik dalam setahun dua ni, ramai penyokong yang akan protes dan mengajar mereka, saya harap penyokong dan ahli PAS akan bersuara dan membetulkan arah parti ini

    ReplyDelete
  3. Bro, ini sudah perkara baik...memang baguspun Hassan Ali kena gasak awal-awal. Petanda awal yang PKR dan DAP hanya gunakan kekuatan PAS untuk kepentingan Politik mereka. Harap-harap tok guru and the kuncu2 PAS sedarlaaa yang PAS sampai mampus pun tak leh bersuara. PAS hanya boleh jadi BABI yang dicucuk muncungnya....

    HIDUP PEMIMPIN PAS BODOH...

    ALL IN

    ReplyDelete
  4. aku kesian kt penyokong2 pas sbb dorang kna jawab setiap perlakuan n tindakan bodoh pemimpin2 mereka. pening kepala dorang dok cari dalil2 dlm alQuran n asSunnah utk mempertahankn pemimpin2 mereka. kalau xjumpa dan ternyata salah, dorang dok jawab.. "ala.. umno pun buat". utk melepaskan diri.

    kesian kt penyokong2 pas. perjuangan mereka masih lurus. tp ternyata tidak mampu utk dilaksanakan oleh pemimpin2 mereka. akhirnya, perjuangan mereka jd hangat2 tahi ayam. bila pilihanraya baru dok hebah, memimpin bersama ulama, negara Islam, hukum hudud, dll. bila xde pilihanraya senyap dan dok layan isu2 pakatan utk keep popular.

    ReplyDelete
  5. PAS tak ada telur. Hassan Ali tu eksen je. Buat-buat bising. Kena tegur dengan DAP nanti diamlah dia. Kerana politik sanggup kata "ya bos, baik bos, semuanya ok bos. Saya tersilap kata bos" itulah PAS. Silap-silap hari bulan dia kena pecat. Hahahahah.

    ReplyDelete
  6. AMBAJ,
    Betul tu, bukan dia sorang yang buat begitu, EXCO PAS lain juga sama, Halimah memang tak dak teloq, Iskandar pun sama, tak bersuara, sepi. Yacccob Sapari pulak PKR tapi seksyen 8 tu kawasan dia, pun senyap juga. Inilah hadiah dari PAS dan PKR kepada pengundi mereka. Yang ramai dan bekerja kuat masa PRU 12 dulu, penyokong PAS. Nah depa dapat le tengok kedai runcit depan surau jual arak..

    ReplyDelete
  7. pergi jahane PAS... cilako mu

    ReplyDelete
  8. petikan dari salah satu Filem arahan P. Ramli...

    Filem ini adalah antara filem yang ana minat, pada asalnya ana tak perasan, tetapi dalam forum TKO, ada menukilkan dialog antara P.Ramli dan Sudin...

    Sudin kata : Alif Mim Nun Wau, alif tendang Wau, sarkis dah !!!

    Alif mim nun Wau kalau mengikut ejaan jawinya "أمنو" yang tulisan ruminya adalah "UMNO"

    nampak gayanya, UMNO ini adalah sarkis. orang yang duduk dalam UMNO adalah binatang-binatang sarkis. Tergamakkah anda menjadi binatang ????


    sekian

    ReplyDelete
  9. Dalam pemerintahan kerajaan negeri atau negara yang diperintah oleh majoriti orang Islam dan di tempat penduduk majoriti orang Islam, penjualan arak harus dihadkan. Siapa yang nak beli atau minum arak ditempat majoriti orang Islam? Bukankah tak masuk akal kalau menjual arak di tempat majoriti orang Islam?
    Dan peraturan perniagaan runcit dan kedai anika dilarang menjual arak, maka mengapa peniaga berkenaan masih jual arak juga? Itu adalah salah di sisi undang-udang. Penjualan arak dibenarkan tetapi di premis tertentu. Undang-undang tidak menghalang orang bukan Islam minum arak. Tetapi orang bukan Islam harus menghormati orang Islam yang tidak minum arak dan tidak suka kepada arak.
    Kalau orang Islam boleh hormati orang bukan Islam untuk minum arak, maka orang bukan Islam juga harus sedia menghormati hak orang Islam yang amhu mengamalkan ajaran Islam.
    Ada beza antara jual beli arak dengan minum arak. Ini yang tidak difahami oleh sesetengah rakyat Malaysia termasuk orang berpelajaran tinggi, wakil rakyat, dan Menteri.
    Untuk tujuan perbincangan di sini, katakalah kita ambil sikap neutral dan lupakan hukum agama sebentar dalam bab arak ini.
    Orang yang minum arak adalah urusan peribadi atau individu. Tetapi apabila ia mabuk, maka ia membawa kerosakan ke atas manusia lain dan alam. Boleh jadi dia bawa kereta dan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan orang lain terbunuh. Boleh jadi dia tidak mengawal diri dan nafsu hingga memperkosa orang lain, atau memukul anak isteri dan seumpamanya. Ertinya, akibat perbuatan yang dianggap personal atau peribadi itu telah menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang lain, maka kesimpulannya arak itu akan membawa kerosakan. Maka eloklah arak itu ditinggalkan.
    Saya tidak fikir kalau ada orang bukan Islam mahu mengatakan minum arak itu budaya/cara hidup orang Cina atau ajaran agama Buddha atau ajaran Kristian atau agama Hindu. Ada yang berani mengatakan begitu?
    Mungkin minum arak itu budaya/cara hidup SESETENGAH orang bukan Islam dan bukan budaya/cara hidup SEMUAorang yang beragama lain daripada Islam suka kepada arak.
    Ada juga orang mengatakan bahawa kalau minum arak sikit tidak mabuk. Minum arak tak apa kalau tidak memabukkan. Orang yang berpendirian seperti ini merasakan itu hak individu. Dalam Islam, hak individu tertakluk kepada Islam. Bagi yang bukan Islam pula, walaupun ia hak diri sendiri tetapi kesan atas kesihatan diri itu akan memberi kesan kepada keluarganya dan zuriatnya apabila dia sudah berumahtangga.
    Saya tidak perlu menjadi doktor atau ahli sains untuk menjelaskan keburukan arak ke atas tisu badan, saraf, dan anggota badan. Saya tidak perlu jelaskan dengan panjang lebar mengenai penyakit yang disebabkan oleh arak. Bacalah sendiri dalam Internet. Cari maklumat mengenai dalam google.com. Educate yourself.
    Kepada yang menyokong orang minum arak dan jual arak, kalau pun tidak minum arak, termasuk setengah orang UMNO yang suka sangat nak jaga hati orang bukan Islam atau takut hilang undi orang bukan Islam, eloklah jadi orang yang suka membaca dan mencari ilmu. Di Malaysia, rakyatnya kurang membaca, tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, dan politik.

    ReplyDelete
  10. Kepada UMNO dan PAS, bersatulah dalam hal arak ni. Sbb dalam hal dua-dua setuju arak haram. So org2 UMNO pls give support to Hassan Ali. Yg penting bukan sapa yg menang, tapi akhirnya Islam yang menang. ambil sikap pertengahan ok?
    p/s kalau org umno dalam kedudukan hasan ali confirm ahli2 PAS dah kafirkan. Nasib baik org UMNO ada akal...xdela nak kafirkan hasan ali tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  11. untuk org2 umno, kita mesti tunjuk akhlak yg baik bila berhadapan dgn PAS. Lama2 mesti diorang naik segan. Ye laa..serban berkilo2 atas kepala tapi dok maki hamun org tak tentu pasal. So, muda-mudi UMNO be cool always! Senyum selalu! Doakan ahli2 PAS supaya diberi hidayah.

    ReplyDelete
  12. yee..saya setuju. biarla PAS maki hamun kita. Nabi dulu pun orang maki hamun tapi baginda tetap tunjukkan contoh akhlak yang baik. Lama2 orang akan tau jugak.

    ReplyDelete
  13. Yang tak kena ialah orang UMNO kini dah mula mempersendakan kalimah ALLAH SWT bila menyamakan perkataan TAKBIR dengan TAKE BEER..Adakah ini yang diajar oleh pemimpin MELAYU dalam UMNO kepada orang UMNO???
    Memang SAH lah UMNO hanya memperjuangkan Melayu tapi bukan Islam kerana itu mereka senang menukar penyataan kalimah Takbir yang selalunya disusuli dengan laungan ALLAH HU AKHBAR dengan ungkapan yang menggambarkan ARAK!! Sampai begitu sekali ia dipersendakan dengan HINA oleh UMNO…
    Nampaknya satu lagi polimik isu yang digunakan untuk kepentingan UMNO ialah Hukum dan Pengertian ISLAM sehingga ia dijadikan bahan tanpa mengira erti sebenar ISLAM itu.Bagi mereka selagi ia boleh meraih populariti dan kepentingan maka mereka akan buat tanpa memikirkan kesannya…
    Jika turun Kemurkaan Allah kepada Alam ini JANGAN ditanya MENGAPA..???

    ReplyDelete
  14. Anon 11:16

    kau kata Umno mempersendakan perkataan Takbir

    macamana pula PAS yang mempersendakan hukum minuman keras tu haram???

    lebih sanggup biarkan arak dijual tanpa kawalan daripada bertelagah dengan DAP....

    kata nak sistem Hudud... hal kecik macam ni pun tak boleh handle lepas tu nak salahkan orang lain ketawakan dia...

    sedarlah orang tak mempersendakan perkataan Takbir tapi hanya mempersendakan golongan yang kerap menggunakannya tapi kosong macam tin kosong,,,,

    ReplyDelete
  15. Hahaha...Sedangkan 50 thn mereka sendiri gagal mengekang umat ISLAM negara kita dari meminum beer...Hehehe...

    mereka hanya mengambil kesempatan ibarat buaya besar yang kebuluran, ada anak rusa meminum air didepan mata diterkam serakus yang boleh

    ReplyDelete
  16. Lebih 50 tahun memerintah, Umno sehingga kini masih gagal untuk mengatasi isu penjualan arak yang berleluasa di kalangan umat Islam.

    Sejak zaman kolonial sehingga ke pemerintahan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno masih dibuai dan leka dengan kedudukan yang diperolehnya tanpa memikirkan natijah yang melanda umat Islam akibat berleluasanya arak tanpa sebarang sekatan yang tegas.

    Semudah berjalan kaki dengan duit RM10 sesiapa sahaja di kalangan rakyat di negara ini hatta yang beragama Islam dapat membeli arak yang begitu mudah diperolehi seperti di kedai-kedai serbaneka yang beroperasi 24j am.

    Namun, apabila pemimpin di negeri Pakatan Rakyat cuba untuk melaksanakan peraturan larangan penjualan arak seperti di Selangor, barulah Umno cuba untuk menunjuk jaguh.

    "Umno dicabar jika betul perjuangannya, mengapa tidak bantah penjualan arak di kawasan Melayu sebelum ini," tegas Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dipetik dari Harakahdaily.

    "Ini menunjukkan gabungan Umno dalam BN menjadi lebih teruk dan menjadi boneka kepada parti-parti lain semata-mata untuk menjaga hati pengundi-pengundi bukan Melayu," kata Tuan Ibrahim.

    ReplyDelete
  17. Mengapa.

    Apasal kau lembab sangat?

    Yang kat Shah Alam tak de jual arak di 7-11 tu mula zaman Umno lah

    Putrajaya pun takde jual arak (kecuali di hotel), siapa yang memerintah di situ? bukan kawasan majoriti Melayu ke tu

    Umno lah yang buat che' ooiii

    DAP nak rungkai

    tu yang kami nak Tengok PAS berani pertahan kah???
    kata nak hudud???

    kah kah kah

    perkara kecik pun tersadung jatuh tersungkur sampai berdarah hidung...

    kesian Hassan Ali

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan