Thursday, August 6, 2009

Tahniah dan selamat jalan Dato' Sri JJ




Sekalung tahniah daripada kitaanakmelayu.blogspot.com atas tauliah kepada Dato’ Sri JJ kerana di lantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri.

Apa lagi yang mampu kita katakan di atas tauliah ini. Tidak siapa yang berhak untuk mempertikaikan tauliah ini. Sepanjang berkhidmat bersama beliau di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah menunjukkan segala kehebatan yang ada pada beliau dan tauliah ini seperti selak dengan pintu. Amat tepat. Siapa yang tidak bangga dengan penghantaran angkasawan pertama negara ke ISS, siapa yang tidak teruja dengan Dasar Bioteknologi Negara, Sistem Amaran Awal Tsunami dan bermacam macam lagi sumbangan besar yang telah Dato’ Sri JJ sumbangkan kepada negara.

Mudah-mudahan Dato’ Sri JJ akan berjaya menjalankan tanggungjawab penting yang diamanahkan oleh PM kepada beliau. Dan rakyat Malaysia akan terus mengharapkan sentuhan sentuhan ajaib beliau di dalam menjana ekonomi, politik dan sosial Malaysia.

Sekali lagi tahniah dan selamat jalan untuk menunaikan bakti kepada Malaysia yang tercinta.

-daeng celak-


3 comments:

  1. hai lain macam jer bunyi tu.. mau ikut sama ka... harap tuan dapat fokus kepada agenda sebenar...

    all in

    ReplyDelete
  2. Bukan ada agenda yang tersirat..semuanya jelas dan ikhlas..Memang beliau orang yang selayaknya memegang jawatan ini.Andaian dan fitnah seperti ini hanya akan membawa kepada dosa dosa kering.
    -daeng celak-

    ReplyDelete
  3. http://penpasksgb.blogspot.com/2009/08/pengumuman-11-perkara-najib.html

    KEMAMAN – Sebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya.

    Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini.

    ”Dia (syarikat perunding) nasihat Perdana Menteri (untuk), umum (dan) cari 60,000 orang di Wilayah Persekutuan potong 50% (bayaran lesen),

    ”syarikat ini juga menasihat bagaimana nak melaksanakan dasar, kamu cari kumpulan-kumpulan kecil,

    ”Najib pun beritahu, kita umum pemotongan (atau) diskaun 20% tol (bagi) pengguna-pengguna lebuhraya yang menggunakan (kad) Touch ‘n’ go dan Smart Tag,

    ”tapi dengan syarat, 80 kali sebulan guna baru dapat potongan, kalau 79 kali sebulan, tak dapat,”katanya.

    Menurutnya, pengumuman 11 perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri sempena 100 hari telah dirancang supaya kelihatan hebat, seolah-olah ia memberikan manfaat kepada seluruh Malaysia.

    Hakikatnya kata Mahfudz, ia hanyalah memberikan faedah kepada segolongan, terlalu kecil rakyat Malaysia.

    ”Dia (syarikat perunding) sudah ‘calculate’, dah kira berapa ramai yang dia (Najib) terpaksa (dan) sanggup untuk beri diskaun 20% (potongan tol) ini,

    ”hanya dalam lingkungan 80,000 orang sahaja, bukan satu Malaysia,”jelasnya.

    Manakala menurutnya, permit teksi yang diberikan kepada individu sebagaimana diumumkan oleh Najib, sebenarnya hanya diberikan kepada 3,000 orang sahaja.

    Katanya, Najib dengan kebijaksanaan syarikat perunding tersebut mengabui mata dan pemikiran rakyat serta memperdayakan seluruh rakyat Malaysia.

    Sebaliknya, apabila Najib mengumumkan kenaikan harga tambang kenderaan awam, satu Malaysia mendapat mudarat kerana terpaksa menanggung beban.

    ”Tapi bila dia umum kenaikkan harga tambang, harga tambang bas, tambang bas ekspres, bas berhenti, bas sekolah (dengan) harga baru, satu Malaysia dapat mudarat, One Malaysia dapat mudarat,”tegasnya.

    Justeru katanya, kerajaan Malaysia membayar jutaan ringgit kepada syarikat perunding tersebut bukanlah untuk menyelesaikan masalah dan meringankan beban rakyat, tetapi untuk menaikkan imej Najib supaya rakyat menerimannya.

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan