Tuesday, August 4, 2009

Hassan Ali lempang Ronnie Liu


Lempang politik lah maksud aku...

Hassan Ali suruh MB Selangor, Tan Sri Khalid 'lexus Only" Ibrahim supaya memecat Mufti baru Selangor itu dari menajdi Exco...

Kata dia , kelulusan Liu ni belajar ilmu hukum tak cukup tinggi nakkeluarkan fatwa pasal minuman keras, malah kta dia Liu ni penyebok aje, asyik kacau pihak berkuasa tempatan buat kerja

jadi kata dia, eloklah kalau ronnie liu ni jual dagin salai kat tepi pasar ke...

MP Kulim, Zulkifli Nordin pun turut sorakkan Hassan Ali

bravo kata dia...
eloklah PAS ni bersuara

kalau tidak nanti semua penyokong lari tubuh parti baru

5 comments:

  1. frankie goes to shah alamAugust 4, 2009 at 7:38 PM

    macam sial gambar lu letak

    tapi sesuai pun, memang elok ronnie liu tu kena BITCH SLAP

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...
    Gambar hiasan tu kelakar lah. Hahaha.

    Tp dlm gelak ketawa, gmbr tu jugak boleh menggambarkan bagaimana DAP melempang hukum hakam ISLAM dgn sewenang-wenangnya.
    Remuk hati ni bila Tok Guru kita diam membisu dlm hal ni.

    ReplyDelete
  3. Hassan Ali cuma cakap tukarkan portfolio bukan suruh pecat jadi EXCO. Hang ingat Hassan Ali ada teloq ka kak suruh EXCO wakil DAP dipecat. PAS mana ada berani, jadi lembu DAP ada la.

    ReplyDelete
  4. Saya cuma nak bagi satu contoh kebodohan UMNO di dalam memperjuangkan Islam. Hakikat yang sebenarnya adalah UMNO sendiri menolak Islam. Hasilnya, Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya sebenarnya adalah ”gimik” politik untuk memperdaya orang Melayu dan Islam bagi menyokong mereka.


    Antara yang jatuh dalam gaung dan lubang UMNO ini adalah puak2 fraksi UMNO sendiri di kalangan pimpinan PAS. Saya tak tahu bagaimana boleh ada pemimpin2 PAS yang mudah ditipu oleh UMNO.

    Contoh yang saya nak bawa adalah cadangan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam di Selangor. Cadangan itu asalnya dari YB Kota Damansara, Dr Nasir. Kebetulan rumah saya dalam kawasan YB Dr Nasir ini.

    Saya mendapat maklumat, orang-orang UMNO di kawasan beliau telah mengadakan demonstrasi secara spontan membantah cadangan Dr Nasir tersebut. Orang-orang UMNO ini dengan begitu lantang menentang cadangan ini sebagai manifestasi komitmen mereka kepada perjuangan Islam.

    Malangnya, amalan memberi wang zakat kepada orang bukan Islam ini dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri sewaktu di Mekah dan Madinah. Memprotes cadangan Dr Nasir ini adalah seperti menempelak Nabi SAW kerana sewaktu Nabi SAW hidup, Baginda telah mengagih-agihkan zakat kepada orang bukan Islam yang termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala.

    Malahan, polisi ini diteruskan oleh Saidina Abu Bakar sendiri sewaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah.

    Kalaulah zakat telah diberi kepada orang bukan Islam, terutama orang India estet yang jelas miskin, sejak 40 tahun dahulu sekarang ini jumlah orang Islam di Selangor mungkin sudah mencecah 60-70%. Tapi, sebab zakat dijaga oleh Nasionalis Sekular seperti UMNO, maka perkara itu tidak berlaku.

    Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, dan bukannya hak UMNO. UMNO jangan bersandiwara dan berhenti menuduh PAS dikawal oleh DAP. Hakikatnya, UMNO dikawal tokeh2 judi, arak dan kabaret.


    Jelaslah kepada kita bahawa UMNO bergantung kepada isu-isu sensitif dan sensasi ini untuk menggambarkan kepada umum bahawa mereka juga memperjuangkan Islam. Walhal, sewaktu Dr Nasir membuat cadangan ini, pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen ”Special Draw” kepada 3 syarikat Judi terbesar di Malaysia, yakni Sports Toto, Magnum dan lagi satu saya tak ingat.

    Takda pulak kita tengok orang2 UMNO ni keluar berdemo bila pimpinan mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak ni pula ye?

    Saya nak cadangkan Pemuda UMNO menubuhkan Briged Calrsberg dan Putri UMNO menubuhkan ”Skuad Magnum” bagi mengisytiharkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada tokeh2 judi, arak dan kabaret di Malaysia ini.

    Saya mencadangkan Pemuda UMNO dan Putri UMNO mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih mereka di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi memuliakan tokeh2 kabaret yang menjadi kawan UMNO yang sejati.

    Sedarlah wahai rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sekelian. Jangan lah percaya kata-kata manis UMNO kononnya mereka mahu memperjuangkan Islam. Sejak bila pulak puak2 ni nak perjuangkan Islam sedangkan mereka berselingkuh dengan tokeh2 judi, arak dan kabaret?

    Yang saya sedih, ada ahli dan pimpinan PAS boleh terpedaya dengan kata-kata kosong UMNO ini sampai sanggup nak bawak PAS bekerjasama dengan UMNO/BN. Kalau jadilah PAS tubuh kerajaan campuran dengan BN, alamat Presiden PAS nanti terpaksa membaca doa selamat apabila ada kedai2 judi yang baru dibuka.

    Alhamdulillah ada Tok Guru Nik Aziz yang bijak dan pandai. Dan usaha tersebut telah gagal.

    Tulang Besi

    ReplyDelete
  5. Tulang besi lembik,

    Kau ni lagi sekali aku nak katakan bodoh pasal

    Zakat ni ceritanya hanya boleh dikeluarkan bila pendapatan cukup banyak,

    Umno lah yang bersuaha meningkatkan ekonomi umat Islam dengan pelbagai usaha dari DEB ke Felda, ke rancangan PPRT, bantuan baja,kepada petani, minyak dan jala kepada nelayan dan bermacam lagi

    bila diaorang semua dah berjaya maka bolehlah bayar zakat - itulah Islam Umno, memperkukuhkan kedudukan ekonomi --- ini adalah satu perjuangan yang besar

    Kedua Umno meningkatkan tahap pelajaran Umat Islam di Malaysia dengan pelbagai institutsi dari ITM ke kolej teknik, sekolah berasrama, MRSM dan macam macam lagi, punya banyak diusahakan sampai kaum lain naik marah.--- Itu perjuangan Islam Umno iaitu meningkatkan tahap pelajaran Umat Islam dan Melayu.

    Sebenarnya kaum lain juga dapat menikmati pelajaran yang baik di sekolah dan universiti awam dan swasta yang berkembang di bawah rejim Umno yang kamu katakan tidak Islam ini.

    Ketiga, Umno membina pelbagai kemudahan asas dari bekalan air, elektrik, jalan, telefon dan kini ICT, broadband lagi.

    Ini perjuangan Islam Umno untuk meletakkan negara di tahap kompettif agar semua rakyat dapat bersaing di dunia

    Tak cukup dengan pembangunan duniawi, kerajaan Umno juga telah membina pelbagai kemudahan beribadah, bukan setakat ribuan masjid tapi juga sistem seperti tabung haji yang membantu umat islam untuk mendirikan rukun Islam kelima dengan teratur, sempurna dan selesa.

    sistem ini terus menjadi idaman negara Islam lain, itulah perjuangan Islam Umno,kalau kamu kata ini tanda Umno menolak Islam maka Umno menolak Islam lah dalam kepala kamu

    Tak cukup dengan itu, kita menurut sebaik mungkin perlembagaan madinah dengan membenarkan ukan islam untuk mencari rezeki tanpa dihalang dan membolehkan mereka maju dalam perniagaan, memang betul ada yang tertinggal tetapi ini bukanlah salah Umno sebenarnya,ini salah MIC,

    Kamu bercakap tentang perkara remeh, iaitu sekumpulan manusia yang mungkin menentang pembahagian wang zakat di satu kawasan kepada orang bukan Islam.
    tuduhan kamu juga dibuat tanpa memeriksa keadaan tempatan dan sebab tentangan itu ditimbulkan. sebgai seorang yang kononnya ingin menegakkan Islam, kamu perlu memeriksa dahulu sebab tindakan itu timbul.

    Mungkinkah di kawasan tersebut masih ramai uman ti iSlam yang susah, fakir dan daif? jika benar maka wang tersebut eloklah disalurkan kepada mereka dahulu dan jika mahu disalurkan kepada yang bukan Islam maka bahagikanlah dengan cara terbaik dan terangkanlah kepada umat Islam yang membantah ini.

    awak melompat macam katak kepanasan, menguak macam kerbau terpitdan menyalak macam anjing datang bulan dan menuduh orang yang bukan bukan kenapa?

    adakah itu Islam? inikah Islam brand PAS atau Islam brand Nik Aziz dimana mencaci orang, menuduh dan mengkafir adalah cara teraik untuk memaukan Umat.

    Perjuangan nombor satu ialah memajukan Umat, dari segi fizikal dan jug aspiritual.

    Umat Islam harus menjadi umat terbaik bukan umat kelas kedua yang ditindas dibumi sendiri

    pikir pikirkan lah

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan