Wednesday, August 5, 2009

Siapa punca dan kenapa nak salahkan orang lain?

lembu dan taukeh lembu??


Kau yang buat huru hara kau nak salahkan orang lain pulak? Siapa yang jadi bangsat yang menganjurkan perhimpunan gila tu? Bila peniaga dekat Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjed India nak buat tuntutan kau suruh tuntut pada KDN dan polis pulak. Kau tuduh polis yang gunakan kekerasan untuk meleraikan perhimpunan musibat tu.

Aku nak tanya kau. Ikhlas ke pemimpin haram jadah tu nak serahkan memorandum pada Agong? Kalau ikhlas kenapa tak suruh budak gila Permatang Pauh dengan toyol toyol yang lain tu pergi terus ke istana dan apa perlu nak suruh lembu lembu keluar kandang berarak atas jalanraya? Apa budak Permatang Pauh tu dah tak tahu jalan nak ke istana. Itulah asyik masuk belakang sampai jalan ke istana pun dah tak tahu.

Sekarang kau orang jangan sibuk nak salahkan orang lain. Kau ingat kau sorang rakyat Malaysia. Jangan cakap yang perhimpunan bangsat hari tu sebagai perhimpunan rakyat. Aku sebagai rakyat Malaysia nak kasi tau kau yang aku tak pernah wakilkan kau orang untuk buat macam tu dan rakyat Malaysia tidak mengiktiraf apa yang kau buat. Jadi kau orang jangan kencing kata tulah suara rakyat Malaysia. Perhimpunan hari tu tak lebih dari perhimpunan lembu lembu gila yang kecewa.

Kalau kau anak jantan, kau mengaku je kesalahan kau orang tu dan jangan sibuk nak tuding tuding jari. Kalau kau orang tak ada duit nak bayar tuntutan para peniaga tu kau orang jual le apa yang patut kat lorong belakang Chow Kit tu. Bukan boss kau orang arif ke dengan benda benda belakang tu. Soalnya ada ke orang yang nak beli belakang lembu lembu yang gila? Nak buat korban pun tak penuh syarat..Nasib kau le lembu..

-daeng celak-

16 comments:

  1. Betul tu... jgn nak berani korang istilahkan demo bangang tu sbg "Himpunan Rakyat".

    "Himpunan Menyusahkan Rakyat" adalah.
    Nak gi PC Fare pun terpaksa aku batalkan.
    Eeeeiiii...!!! Nyusahkan betul!!!

    ReplyDelete
  2. Alaa...itu macam laa..wa mau tngk TV saja..lu olang melayu pegi laaa turun demo..ok?

    ReplyDelete
  3. wa pun lagi mau maaa...

    ReplyDelete
  4. Dah memang PAS di"babi"kan B.A.B.I. Apa pulah nak salahkan KDN. Saman GMI.PAS !!!!!

    ReplyDelete
  5. yer.betul betul betul! lembu mana boleh kasi lepas atas jalan.. SAMAN GMI!SAMAN RM100 juta. biar lembu bosar kat GMI berpeluh nak bayor..

    ReplyDelete
  6. Kepada peniaga-peniaga serta warga kota di sekitar kawasan yang terlibat, cepat cepat lah menghantar saman tuntutan kerugian kepada jalang-jalang utama yang membuat huru-hara dan kerosakan serta kerugian pada hari tersebut. Keingkaran serta keras kepala ini penyebab kita sebagai peniaga mengalami kerugian, malah ganguan emosi serta ketakutan. Inilah pengajaran yang terbaik buat mereka sekiranya kita melengahkan tuntutan kepada GMI/PKR/DAP/PAS maka takut terjadi kisah "MEREKA SUDAH LUPA". Kerajaan dan pihak pihak berwajib tidak boleh disalahkan kerna amaran telah diberikan. Malah Kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian harta benda. Paling penting para peniaga patut bersatu demi masa depan peniaga itu sendiri. Banyak "lembu lembu" yang boleh dijual dan telah dijual dijalanan kalau dikira "sekor" RM2,000 x 10ribu = WOW RM20,000,00.00 baki tu kasi Pa Nuar juburi 25pcent...

    ReplyDelete
  7. Memang ada yang rugi tidak dinafikan tetapi kerugian kerana tindakan melampau Polis. Contohnya Polis menyerbu restoran dan menangkap orang ramai. Tangkapan yang kasar itu menyebabkan ada peralatan yang jatuh dan pecah, juga yang ditangkap tidak sempat membuat bayaran makanan dan minuman. Peniaga pakaian di Chow Kit berhampiran Pejabat Agong PAS merungut kerana pakaian mereka rosak kerana disembur secara sengaja dengan semburan air asid oleh Polis.

    Skrin TV besar di Maju Junction rosak akibat semburan asid dengan tekanan tinggi secara sengaja oleh Polis. Ada kereta rosak cat (di Jalan Mahameru) dan ada cermin kereta pecah (depan Kompleks Wilayah) kerana terkena peluru gas pemedih mata yang sengaja dihalakan kepada orang ramai oleh Polis.

    Polis secara sengaja dilihat menyepak tong sampah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menakutkan orang menyebabkan tong sampah dan pasu bunga rosak.

    Ada orang yang langsung tak terlibat juga ditangkap, terkena kesan gas pemedih mata dan air asid.


    Ramai sangat demonstran yang cedera. Tiada Polis cedera, kalau demonstran ganas maksudnya adalah polis cedera sedangkan memang banyak kali peluang untuk cederakan polis tapi demonstran elakkan bertempur.

    Teh Hong Ping dari Johor contohnya cedera teruk di tangan kanannya kerana Polis dengan sengaja menempak Gas Pemedih mata dari jarak dekat ke arahnya, walaupun prosedur tembakan harus dihala ke udara.

    Turun demo kena upah

    Ini satu bentuk subjektif. Upah maksudnya apa, che'GuBard juga belanja kawan-kawan dari Pulau Pinang sarapan pagi tu, kalau itu dianggap upah maka ada kalangan sukarelawan unit ehsan juga kena upah lah.... sebenarnya Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia ini ingat semua macam Umno nak main upah baru jalan. Jika pemikiran dan kenyataan sengal ini terus - terusan InsyaAllah orang Jelebu akan benamkan dia macam orang S.Petani benamkan Zainuddin Maidin.

    Ya memang benar ini bukan tuduhan. Memang ramai wajah mahasiswa dan kakitangan awam yang dikenali ada dalam demonstrasi 1 Ogos. Menurut dua tiga menteri sengal menyatakan dua golongan ini yang kalau dapat disahkan sertai demo 1 Ogos akan dikenakan tindakan kerana telibat dalam politik.

    Menteri yang jaga IPT kata ikut AUKU pelajar dan Institusi Pengajian tak boleh terlibat politik. Ini kenyataan hipokrit, adakah dia tidak sedar pada waktu yang sama 1 Ogos, Umno bahagian Serdang buat program bersama Mahathir di UKM, Bangi. Adakah Umno itu bukan parti politik....?

    Najib kata buat di stadium jerit sampai subuh

    Najib altantuya ini lagi satu nak buat kenyataan 'bangang'.... tahu tak kamu sebelum kami terperangkap satu ketika dahulu di Lebihraya Kesas yang menghimpunkan 100,000 rakyat kami telah mohon stadium Bukit Jalil tetapi kamu yang tak beri.

    ReplyDelete
  8. memang lah si PAS ni bahlol macam lembu,

    dah jadi kuda DAP dan PKR,

    sekarang nak jadi bebal macam keldai pulak

    menatang menatang

    ReplyDelete
  9. Apakah cara yang paling efektif untuk membebaskan umat Melayu seluruhnya keluar dari kepompong kejahilan tajaan UMNO ?

    Jawapnya - Mudah sahaja, hapuskan kuasa politik UMNO.

    Pada PRU13 kelak - kita tinggalkan 2 atau 3 kerusi untuk Umno buat tatapan anak2 cucu kita bahawa UMNO yang kerjanya merosakkan minda dan menjatuhkan maruah umat Melayu ke tahap haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing, babi juga mungkin yang disembelih apabila tiba masanya untuk dinikmati keuntungannya oleh puak-puak pemimpin UMNO itu dan selagi UMNO-BN berkuasa selama itu jugalah manusia akan dieksploitasi kebodohannya untuk menjamin kuasa dan kedudukan mereka kekal kerana sudah jelas diketahui bahawa kuasa dan kedudukan pemimpin UMNO bukan bertujuan untuk menjaga kepentingan dan ketuanan Melayu sebagaimana yang dilaung-laungkan selepas prestasi buruk mereka pada PRU-12 yang lalu, tetapi untuk mempastikan bahawa mereka dapat kepentingan perut dan bawah perut mereka dengan mengambil kesempatan dari kebodohan dan kejahilan umat Melayu.

    Kaum India sudah sedar bahawa mereka sudah lama ditipu MIC, akhirnya mereka meninggalkan MIC. Kaum Cina sudah sedar bahawa mereka telah lama ditipu MCA, akhirnya mereka meninggalkan MCA. Umat Melayu mesti sedar bahawa UMNO sudah lama menipu Melayu dan menjadi tanggungjawab Melayu meninggalkan UMNO. Wahai melayu di dalam Umno, beranikanlah diri untuk keluar dari kebodohan itu.

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/08/beranikah-umno-membaca-artikel-ini.html

    ReplyDelete
  10. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.

    Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.

    "Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu.

    "Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air."

    ReplyDelete
  11. memang tertib tetapi tertib macamana pun peniaga tetap hilang pendapatan passal orang takut nak keluar shopping jadi samanlah si perancang, kalau polsi tak temabk gas pun tetap rugi juga

    bukan peniaga kata rosak kedai atau rosak barang dia komplen hilang pendapatan...

    ReplyDelete
  12. Dah tentu perhimpunan tersebut tidak mendapat permit Polis. So makna nya perhimpunan HARAM la. PAS memang suka benda2 haram ni sebab depa pun Haram Jadah.

    ReplyDelete
  13. Jgn maki-maki orang! nanti orang kata perangai buruk macam ahli-ahli PAS dan nik aziz!

    ReplyDelete
  14. Saya jumpa komen ni di Rockybry dari saudara EDDY

    This was what Anwar said about the ISA on 24 May 1994 when he was Deputy Prime Minister while officiating a "Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC)" in Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim said:

    “Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”


    On 28th Oktober 1987, Anwar's statement when he was Education Minister on the arrest under ISA of both BN and Opposition members during Operation Lallang:

    “The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”

    Fast forward to 1st August 2009, this is what Anwar Ibrahim defacto Opposition Leader and wannabe PM said in the anti ISA demonstration:

    “We gather today to fight a cruel law under a cruel administration..”

    .....touche, Anwar is a chameleon.

    ReplyDelete
  15. kata UMNO penipu tapi Malaysia tetap maju

    nak harap PAS - beer pun halal, kandang babi pun makin banyak, tanah 999 bagi kat keturunan chin peng, aiyoyo

    nak harapkan pkr - asyik jalan belakang, aisehman

    nak harapkan dap - habis ditaja samseng, aduhai

    nasib badan

    ReplyDelete
  16. Tujuk perasaan adalah cara yang halal yang boleh di kategorikan sebagai "amal maaruf nahi mungkar yang menjadi surohan Allah. Perbuatan kerajaan UMNO/BN menghalang rakyat dari amal maaruf nahi mungkar/tunjuk perasaan adalah ibarat Feraun yang menzalimi rakyatnya.

    Tahniah dan terima kaseh yang tidak terhingga kapada mereka2 yang telah berdemonstrasi anti ISA pada 1 August 2009, di Kuala Lumpur. Geng unity gomen,Hadi dan Nasa tidak turun ? Moga perjuagan anti ISA akan berjaya membawa kapada keadilan bagi mereka2 yang telah di zalimi kerajaan UMNO/BN yang kejam dan unIslamik.

    Kita boikot ISA kerana ISA telah menafikan hak asasi setiap manusia untok mendapatkan keadilan di mahkamah.

    Kita boikot ISA kerana ISA di guna untok kekalkan kerajaan yang taghut/jahat/zalim kapada rakyat yang baik, berbuat baik dan tidak berdosa.

    "Boikot ISA" mesti di sertakan dengan "Boikot Polis". Kerana tanpa Police ISA tidak akan berjaya!!!
    Kita perlu hidupkan Polis sendiri, sebab Polis suka anaya rakyat.Polis telah di monopoly kerajaan UMNO/BN untok berlaku kejam kepada rakyat.
    Jika Polis amalkan kezaliman kapada kita, kenapa mesti kita sokong mereka. Jika Polis menyusahkan kita , sepatutnya kita menyusahkan mereka juga.
    Ini tidak bermaana kita akan zalimi mereka. Tujuan kita adalah untok membawa mereka ka jalan yang benar. Jadi kita perlu berdakwah kapada mereka . Kita perlu yakinkan mereka supaya boikot ISA. Kerana ISA itu anti Islam, tidak mustahil Polis yang Muslim akan boikot ISA juga. Kita perlu yakinkan mereka supaya berbaik dengan rakyat, dan menangkap perompak di dalam kerajaan UMNO/BN. Dakwah yang berkesan adalah apabila ia nya di buat kerap kali. Boikot ISA yang berjaya adalah apabila semua rakyat, termasuk Polis memboikot ISA.

    Boikot ISA juga mesti di sokong oleh para pendidik, guru2 ,dan pensyarah University perlu mendidik perihal kezaliman dan haramnya ISA. Para mufti dan Ulama perlu fatwakan yang ISA ADALAH HARAM dari segi syariah.

    Ibu Bapa juga perlu mendidik anak2 mereka tentang keburokan ISA. Mereka juga perlu galakkan anak2 mereka berdemonstrasi anti ISA.

    Kita guna cara tujuk perasaan/demonstrasi sebagai ibadah kapada Allah dalam menegakkan deen Islam dan memusnahkan deen kufur kerajaan UMNO/BN berbentok undang2 zalim ISA,Sedition Act,OSA, ekonomi riba dan sebagainya.
    Kita perlu teruskan tujuk perasaan/demonstrasi sehingga deen kufur kerajaan UMNO/BN di hancurkan. Ini adalah tanggung jawab kita kapada Allah dan masa depan anak cucu kita.

    Teruskan Revolusi kita !!!
    Allahu Akhbar x 3 !!!

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan