Wednesday, August 12, 2009

BERITA PANAS: Anwar buka langkah nak cabut keluar negara

Langkah Pertama, bisikkan kepada beberapa pemimpin PKR yang ada orang cuba nak bunuh dia....

jeng jeng jeng

jadi kalu kau dengar berita ni kira confirm-lah si Nuar ni tengah merancang nak cabut lari kerana takut kes liwat seks songsan bakal membuka pekung di dada ---

komen maki hamun dari peminat Abang Nuar adalah dialu alukan

aku memang suka dengar korang memaki hamun

itu tandanya panasss....

langkah seterusnya.... nanti kita bongkar satu persatu

29 comments:

  1. Kelakar lah lu,
    mana lu dengar cerita ni

    joke bangang

    tak de kerja lain ke fitnah orang??

    ReplyDelete
  2. Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

    Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

    (i)
    Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.
    Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut.
    Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

    Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

    Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

    Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.
    Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!
    Hidup Melayu!

    ReplyDelete
  3. (ii)
    Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.
    Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

    Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

    Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

    Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

    Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

    Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

    Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

    Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

    ReplyDelete
  4. (iii)
    Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

    Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!
    Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

    Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.
    Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam. Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

    Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

    Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

    Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

    ReplyDelete
  5. (iv)
    Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

    Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.
    Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

    Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.

    Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.

    ReplyDelete
  6. anuar kan kebal..diplomatik status lagi ada..dia pun nak jadi mcm taksin jugak..lari sana sini..

    ReplyDelete
  7. apahal nko(13 mei dan teori celaka) di kelilingi org yg cetek ilmu??atau pun imaginasi nko terlalu kuat...

    aku bukan setakat dengar cerita pasal 13mei...tapi rujuk mana2 buku sejarah atau fakta.bukan suke suki dengar cakap org...yg nko pun bangang gak..bila mase pulak 13mei memburukkan cina ngan india..

    nko tau tak sejarah 13mei tu???nko sendiri yg buat teori celaka tu pastu salahkan keadaan.bengong..bengong..

    nko tau pasal 13mei bukan dari mak bapak nko..tapi dari ceramah n harakah.tak pun suara keadilan..dalam tu sume songsang..chin peng pun di ibaratkan pejuang kemerdekaan..penjenayah pulak di agong2kan...

    kita hidup serumpun..malayu,cina dan india..sebelum ANWARIBRAHIM kantoi dalam kancah skandal seks ngan salah guna kuasa..org cina ngan india begitu menghormati antara satu sama lain.termasuk menghormati bangsa melayu..selepas ANWARPELIWATEGAR ni menghuru harakan MALAYsia dengan TEORI songsang dia..dah takde hormat langsung antara sesama kita.

    org india dengan permintaan melampau sebagai bumiputra,org cina pulak berusaha untuk menjadi PM kerana banyak membantu ekonomi MALAYsia.sedar la weii..jgn selalu berangann!!

    ReplyDelete
  8. http://www.youtube.com/watch?v=dGAuqcGLkz0

    ni hah menteri UMNO/BN bodo kuar fakta salah tentang 13 mei. mmg dia bodo tak ingat sejarah beb.. perkauman nak mampus.

    ReplyDelete
  9. Bangsa melayu sebenarnya bermula daripada perkahwinangan antara parameswara dengan Puteri Hang Li Po,
    apabila Hang Lipo melahirkan anakanda2nya maka bermulalah tamadun
    melayu beradat resamkan budaya hindu.

    kalau hampa tak percaya, cuba hampa tengok bila orang melayu kahwin, tudia siap berinai kaki dan tangan dan bersanding naik rak, nyaris2 tak pakai sari.

    pastu cuba hampa tengok kalau bangsa hindu kahwin dgn cina, anak dia sebiji macam melayu.

    yang oroginalnya adalah tok2 batin dan keluarga mereka, terutama kat pahang.

    ReplyDelete
  10. Mat Teori Celaka

    You ni betul ke Melayu. Hanya baru kenal SATU china dan SATU india, dunia mu terpusing 360 darjah ke?

    china dan india ni pulak suka dengan Minah Minah Melayu - apa cerita ni??

    Nah, jika mereka mereka ni dah fasih berbahasa MELAYU, senang lah diterima sebagai rakyat Malaysia

    Masaalah nya sekarang dia orang ni berdegil dengan bahasa negeri LUAR, tak mau bersatu sebagai bangsa MALAYSIA

    masih nak bertutur dlm bahasa negeri CHINA dan INDIA

    bila lagi nak bersatu??

    ReplyDelete
  11. Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997)Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal,kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.

    Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang
    menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.

    November 1985,Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal,di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16.Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.

    Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini.Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.

    Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
    1984,Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu.Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah,Ustaz Bunyamin Yaakub(Arwah),Ustaz Latif Muhammad,Ustaz Abu Bakar Chik,Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat),Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.

    Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah.
    Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang.Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya.walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.

    Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya satu lagi cerita yang meletup,
    tengoklah cara peminat Anwar cuba lari topik, ini adalah bukti kuat cerita kau ni memang betul

    kalau tak sudah tentu mereka datang dengan pelbagai hujah untuk menunjukkan kebenaran mereka


    kah kah kah, kau takut ke anwar nak tinggalkan Malaysia..

    elok kau suka, kalau tak nanti bini kau dia sapu, engkau pun dia nak balun

    kalau tak salah tak yah lari lah

    face the court and prove yourself innocent

    ReplyDelete
  13. Seperti yang saya katakan hari sabtu lepas,minggu ini saya akan ceritakan serba sedikit biodata diri PakTeh,pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragidi memali.
    Nana sebenar Pakteh ialah MatPiahYunus.Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah.Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya.walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.

    PERSEKOLAHAN
    Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan.Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah.Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.

    Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
    Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi.Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian.Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai.Tuan Guru Hj yahya Kupang(meninggal)dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.

    KERJAYA
    Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun.Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.

    ReplyDelete
  14. Ada sorang kometer kat sini kata dalam kepala dia dah tak ada Cina kuat tipu dan India kuat gaduh... bagus lah tu

    tapi usaha kita sekarang ialah untuk mengubah fikiran CIna dan India supaya tak lagi ingat Melayu ni malas dan boleh dipijak kepala kerana asyik mengalah

    because

    they still very much believe that

    Melayu kena bersatu dan bangkit untuk membangun dan maju, kita orang Islam kita patut lebih maju dari mereka barulah betul Islam kita, barulah terlaksana ajaran Rasulullah yang mahukan Islam dan Mukmin itu cemerlang

    Chinese adn Indians do not respect us because they think we are losers, Muslims, true Muslims are not losers, they are leaders so lets become true Muslim and lead the country adn the world

    ReplyDelete
  15. " Anwar Penghianat ", kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

    Lantas dari itu hiruk-pikuk terutama anak-anak muda yang bergelar Pemuda Umno seluruh Malaysia menyokong laungan itu.

    Hingga hari ini akhbar dan media prima begitu berbangga dengan laungan ' Anwar Penghianat'.

    Di Johor dan merata negara terpampang sepanduk dibeberapa laluan ditepi jalanraya utama dengan 'Anwar Penghianat'.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan celaannya diraikan.

    Jahanam anak-anak kita dibangku sekolah mempunyai menteri yang berideologi hina-dina. Dihasut-disematkan sekelian pelajar , anak bangsa , kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan budaya primitif.

    Apabila diberi ruang untuk meminta maaf dengan sifat kesyaitanan enggan bertolak ansur. Tercela sungguh pemimpin yang mengaku beragama Islam ini.

    Jika berlarutan dan tidak diperbaiki, maka anak-anak kita dibawah kawal-selianya lebih dasyat diajar budaya tidak bertamadun dari seorang menteri bermoral tidak senonok .

    Beliau sebagai Menteri Pelajaran Malaysia yang saban hari meminta guru-guru dan dan pelajar sekolah bertatsusila dan bersopan santun memberi tauladan sebaliknya. Malunya kita mempunyai menteri yang dianggap idola berperangai hodoh sedemikian.

    Kalah di Manek Urai, itu adat pertandingan. Usahlah digadai anak-bangsa apabila keringat disudahi dengan kekalahan. Terimalah kekalahan itu kerana strategi dan penampilan belum diterima pengundi sepenuhnya. Adalah memalukan sebagai anak Johor menampilkan budi perkerti sedemikian. Bangsa jawa dibekalkan peradapan yang tinggi, bukankah begitu Tan Sri ?.

    Berpolitik biar dengan peradapannya tanpa serangan peribadi dan mencarca keterlaluan. Mencerca dan menghasut sedemikan rupa ibarat 'Syaitan mengajar anaknya bersholat'.

    Tan Sri, maaf dari saya atas melebelkan Tan Sri dengan peribahasa ini . Tetapi jika keegoan Tan Sri berterusan. Kalungan ini amat bersesuaian dengan tan Sri sebagai menteri-pemimpin berperangai dipenuhi sifat hasad-dengki.

    Jika benar Anwar Ibrahim penghianat, saluran mahkamah adalah jalan terbaik untuk 'bersemuka'. Tan Sri amat memalukan anak-bangsa Johor.


    * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

    Kalau Takut Dipukul Badai...
    Usah Berumah Di Tepi Pantai...

    ReplyDelete
  16. Lari oh lari si anuwar al-liwati

    ReplyDelete
  17. Kes Memali bukan diarahkan oleh Mahathir.tapi oleh Musa Hitam merangkap Timbalan Perdana Menteri serta Menteri dalam Negeri.

    ReplyDelete
  18. then Mahathir mamak jadi PM tunggul eh...dlm kes Memali

    ReplyDelete
  19. Lu pehal anak Johor..lu ingat lu sorang anak Johor.aku pun anak Johor..Apa nak herankan memang kaki jubo tu pengkhianat Melayu.. Bukan setakat tu je gelaran yang seharusnya tetapi lebih buruk dari tu sebagai penjahanam bangsa Melayu..penjual Melayu dan macam macam lagi.. Kaki jubo Melayu tu kalau anak jantan tak payah nak cabut lari dari Malaysia..hadap je lah kes tu mahkamah..sumpah pun tak mau, mahkamah pun tak mau jadi apa dia mahu..mahu jubo je keje dia..jubolah mat permatang pauh..

    ReplyDelete
  20. SIAPA KAH YANG MELANTIK 3 ORANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA KES ANWAR?

    Keputusan 3 anggota panel bebas yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya boleh bertindak sendiri memutuskan tuduhan Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Abdul Gani Peguam Negara dan Musa Hassan Ketua Polis Negara memalsukan bukti keterangan siasatan kes kecederaan mata Dato Seri Anwar Ibrahim itu sebagai "No Case To Answer" atau lebih bermakna tidak ada prima facie.

    Kita cuma diyakinkan sahaja oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz serta Ketua Pencegahan Rasuah Malaysia Dato Seri Ahmad Said Hamdan bahawa 3 orang Hakim Pension itu yang dijadikan Timbalan Pendakwa Raya adalah orang orang yang dihormati dan berwibawa serta disegani oleh rakyat. Timbul persoalan demi persoalan dihati kecil kita, kita telah ditonjolkan 3 orang Timbalan Pendakwa Raya berserta keputusan mereka, bila sudah diwujudkan Timbalan Pendakwa Raya, hati kecil kita bertanya, "Siapa hakimnya?" .

    Boleh kah Timbalan Pendakwa Raya memutuskan bahawa Gani dan Musa tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam insiden lebam mata Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 tanpa dibicarakan dihadapan hakim? Kalau mereka bertindak sebagai hakim berkapasiti sebagai Timbalan Pendakwa Raya, kita perlu tahu dimana kah note of proceeding 3 orang Timbalan Pendakwa Raya yang dilantik oleh SPRM itu?
    Ada kah note of proceeding itu menjadi rahsia kepada SPRM tanpa diketahui oleh si-Pengadu? Secara kasar kita pun tahu tugas 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu terdiri dari hakim hakim yang sudah pension untuk memberi andaian sama ada dakwaan Dato Seri Anwar itu berasas atau pun tidak, tapi bukan hak mereka menyatakan Gani dan Musa tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. Pada pandangan kita secara jelas SPRM tidak mahu mendakwa Gani dan Musa kemahkamah dan ini bukan lah bererti si-Pengadu tidak boleh mendakwa mereka kemahkamah civil.

    Ada beberapa perkara yang meragukan keatas penyiasatan document bahan bukti Dato Seri Anwar Ibrahim oleh 3 panel apa yang dinamakan Timbalan Pendakwa Raya itu :
    (a) Siapa yang melantik 3 orang penal Timbalan Pendakwa Raya?
    (b) Kalau ada Timbalan Pendakwa Raya tentu ada hakimnya
    (c) Ada kah andaian dari 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu sudah muktamad? Mungkin sahaja perlantikan 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu sekadar "penyiasat bebas bahan bukti"
    Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja dan bukan bertindak sebagai Pendakwa Raya dimahkamah? Kalau sekadar "menyiasat bahan bukti sahaja" tidak perlu mereka dinamakan Timbalan Pendakwa Raya, sudah cukup kalau mereka dinamakan sebagai "Penyiasatan Bebas Bahan Bukti" sahaja, agar ia tidak complicated. Keraguan juga timbul, kenapa kah SPRM melantik sendiri 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu? Tidak kah lebih berkecuali kalau disarankan sahaja kepada Perdana Menteri untuk membentuk satu Suruhanjaya Bebas terdiri dari Peguam Peguam Kanan dari swasta agar ia nampak benar benar bebas dari pengaruh SPRM? Kerana kewibawaan SPRM telah banyak diragui dan dipertikaikan oleh orang ramai yang SPRM 100% anti pembangkang?

    ReplyDelete
  21. Peguam swasta semestinya bebas dari pengaruh ke? sebutlah satu nama peguam kanan yang tak bersangkut paut dengan politik....

    Nak Gobong Singh, Malik Imtiaz dan Haris Ibrahim ke???

    kalu tiga ni mesti bebas dari pengaruh kan... at least bebas dari pengaruh BN lah tapi pengaruh Pakatan dari hujung rambut sampai hujung jari kaki le ye

    ReplyDelete
  22. SIAPA sangka langkah Umno pimpinan Hussein Onn memecat PAS daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978 akhirnya memberi kesan panjang kepada perpaduan Melayu dan Islam dalam negara hingga kini menghantui parti itu sendiri dan menyusahkan sebarang usaha kerjasama baru.

    Sikap Umno tidak menghormati PAS pimpinan Asri Muda dalam menentukan kedudukan kerajaan BN negeri Kelantan pimpinan PAS ketika itu kini menunjukkan bahawa apa saja keputusan politik akan memberikan kesan panjang yang tidak dijangka pada masa akan datang.

    Kini kesukaran Umno untuk mendapatkan kerjasama daripada PAS adalah hasil daripada tindakan Umno yang tidak cukup berwawasan ketika itu. Dengan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman parti PAS, Umno meleraikan perpaduan Umno-PAS yang dirintis oleh Tun Razak Hussein dan Asri hingga kesannya sekarang ialah BN sendiri kehilangan sokongan di lima negeri.

    Kerja-kerja memecahkan parti orang lain akhirnya memakan diri. Pada tahun 1999, Umno sendiri yang berpecah dan serpihannya menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Padahnya diterima oleh BN pada pilihan raya tahun 1999, apabila Terengganu menyertai Kelantan untuk menjadi negeri bukan BN.

    Pada 1999, kemenangan PAS juga adalah hasil daripada perpaduan empat parti dalam Barisan Alternatif, iaitu PAS, Keadilan, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Tetapi jentera propaganda BN sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan Barisan Alternatif. Ia berjaya di satu peringkat apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif.

    Tetapi di pihak lain, gerakan perpaduan bergerak juga apabila Keadilan bergabung dengan PRM untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ia dan PAS mengukuhkan lagi Barisan Alternatif dengan Keadilan mempunyai jalinan kerjasama bersama DAP.

    Umno dan Barisan Nasional berasa mereka berada di landasan betul apabila dalam pilihan raya tahun 2004, ia berjaya merampas Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Ketika itu, tidak ada sedikit pun cakap-cakap mengenai perpaduan. Sebaliknya, mereka berasa sokongan rakyat terhadap Umno dan BN telah pulih.

    Tetapi setelah kerajaan negeri BN di Selangor dan Perak tumbang dalam pilihan raya umum 2008, tanpa tertangguh-tangguh usaha dilakukan untuk menarik keluar PAS daripada Barisan Alternatif. Maka gambarannya ialah muncul kerajaan PAS-Umno di Perak dan Selangor.

    Tidakkah ada pertimbangan bahawa rakyat yang mengundi PAS di kedua-dua negeri itu adalah atas kerjasama PAS, KeADILan dan DAP? Kalau betul hendak diuji, bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak di mana platformnya adalah Umno dan PAS bekerjasama dan bertanding. Akibatnya adalah PAS akan berpecah. Itulah yang dikehendaki Umno

    ReplyDelete
  23. Perangai PAS…pelik tapi benar

    1) Bila ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
    2) Bila Mufti Perak sokong PAS, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur PAS, habis dimaki hamun.
    3) Bila menang pilihanraya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
    4) Bila ADUN BN buat immoral act, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR buat immoral act, disuruh berehat saja.
    5) Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
    6) Sebelum berkuasa, beria2 nak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
    7) Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis-habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, PAS kata baiklah "Kami Dengar dan Taat".
    8) Bila orang luar hina nabi, berarak satu KL (bagusla...), bila RPK hina nabi, senyap membisu (mgkn orang PAS lebih sayangkan RPK dari nabi).
    10) Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila (bagusla...), bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
    11) Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sbb jadi puppet Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sbb tak dengar cakap Mahathir.
    12) Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
    13) Bila menang pilihanraya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, itu sbb ada pengundi hantu.
    14) Bila kelantan mundur, salahkan kerajaan pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
    15) Bila bersendirian bertakbir, skg bila berdua dengan DAP bertakebeer!
    16) Bila kes liwat Anwar Ibrahim, suruh bawa 4 saksi. Bila kes Najib-Altantuya, tak payah 4 saksi, boleh dituduh, dimaki semahu-mahunya.
    17) Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi (bagusla...). Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki hamun. Agak2 kalau nabi masih hidup tengok PAS berceramah, apa nabi akan kata?
    18) Bila orang UMNO baca Al Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca Al Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
    19) Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
    20) Bila Beng Hock dibunuh tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

    ReplyDelete
  24. “Kes Altantuya Shaaribu: Bagaimana dan kenapa beliau dibunuh?” The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?

    By Arnaud Dubus (in Kuala Lumpur, Ulaan Baataar and Paris),
    Liberation French Newspaper, 5 Mar 2009


    Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau. Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Baginda merupakan simbol ketidak-adilan proses kehakiman Malaysia. “Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,”kata beliau.


    Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang. Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percatuan politik Malaysia antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan UMNO pada bulan Mac ini) dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Setakat ini, Najib Berjaya menepis, tetapi pembunhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dileher Najib.

    Suatu aspek yang masih amat tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar. Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.



    Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Peranchis DCNS? DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual. “Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris.

    Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Peranchis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasuki zon Schengen (dalam mana Peranchis adalah negara ahli).

    Kedutaan Peranchis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur. Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat.

    Agensi-agensi perisekan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan, dan FSB Russia (dulunya KGB) sedang mengikuti kes Altantuya dengan rapi.


    Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulong Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya. Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya. “Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari.

    Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahunya emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut.

    Berhubung dengan Baginda pula, beliau kini tinggal senang lenang di United Kingdom bersama keluarga beliau. Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.

    Mungkinkah Najib akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah. Hanya sepenggal sebagai Perdana Menteri Malaysia?

    ReplyDelete
  25. A H1N1 makin serius , tapi media UMNOngok/BN terlalu memberi tumpuan masalah politik di Malaysia. Cuba tengok tajuk berita utama 13 Ogos 2009

    Utusan Malaysia - Syor dakwa Siew Fook, Ooi
    Berita Harian - Need for online records to prove authenticity of Datukships

    Sejak Selasa 11 Ogos 2009 hingga pagi Khamis 13 Ogos 2009 ada banyak tempat di Seremban tiada air kerana kerja pengalihan paip. Telah diberi pengumuman dalam Utusan minggu lepas , tapi ramai yang terlepas pandang. Sebab tajuk utama akhbar BN ialah isu politik. Akibatnya A H1N1 di Seremban mungkin akan bertambah buruk kerana masalah air, kecuaian pemimpin dan rakyat.

    Di Pahang dah panik. Orang dah berebut beli topeng muka. Tapi mahal sangat. Di sana dijual sekotak 50 keping RM 45 , di Seremban RM 12 sekotak 50 keping.

    Orang awam dah mula marah-marah pada kakitangan hospital. Jangan salahkan kakitangan hospital , mereka dah tak menang tangan sekarang ini. Salah rakyat tak faham peraturan menangani wabak A H1N1. Salah media BN yang menjadikan Politik tajuk utama akhbar.

    Oleh itu mereka yang ada akses internet sila google & sebarkanlah maklumat yang berguna mengenai A H1N1. Jangan ada pihak yang mengaut keuntungan pula akibat penderitaan orang lain.

    Banyak laman web menceritakan kaedah menangani wabak ini.

    ReplyDelete
  26. H1N1 politic melampau....

    hello dei! Umno/BN ajaker yang beri tumpuan pada politik. Fuckatan Riot tupehal? tak habis2 dengan politik? orang dah bagi kuasa memerintah, apa kamu nak lagi? get down to work lah! ni tak, attitude pembangkang tetap kekal walaupun dah memerintah. kamu yang ngok sebenarnya. at the very least, kerajaan pusat tak abaikan tanggungjawab harian.. kamu tu, kampung pala sekangkang kera pun takleh solve ni pulak nak govern satu country.. POOOORRAHH!

    Meluat x 1000

    ReplyDelete
  27. Najib tak saman sebab najib takder 'culture'saman menyaman like aljub. najib tau dia tak bersalah apa dia nak takut?dia takut Allah swt bukan international media. dia sanggup bersumpah atas nama Allah swt kerana dia tahu dia benar. ada orang yang kelentong kiri kanan takmau naik saksi dengan nama Allah swt.. Kenapa?

    BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

    ReplyDelete
  28. Mamat 13 may tu gila ka apa ka? bodoh macam lembu pun ada hati nak tunjuk sifat2 bodek cina dan india kat sini

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan