Wednesday, August 12, 2009

PERMATANG PASIR: Ke mana tenggelam DCM1 Mansor


Ni soalan Ikhlas, pasal memang ramai yang heran, termasuklah orang yang mengundi dia di Penanti dulu...

kata doktor, pandai dan boleh buat macam macam,

tapi nampaknya tenggleam begitu saja

saya buat carian google, cerita terakhir tentang Mansor ialah mengenai perlantikan beliau ke pejabat DCM1,... tu bulan Jun... dah berapa bulan hilang???

kena kidnap dengan Aliens ke?



kalau buat cerita 100 hari Mansor Othman, kena biarkan blog entry to kosong... and title nya 100 Hari Mansor Othman Tidoq


kah kah kah

orang Penanti dah kena klentong dengan Anwar.. dia letak muppet kat situ

19 comments:

  1. kroni si Anwar pengkhanat bangsa..dah dapat gaji dan elaun besar..kerusi empok dan bilik aircond..majlis sana majlis sini..ada driver pulak tu..shopping kat Spore and Hong Kong..jadi engkau pencacai apa nak buat bising..??Engkau tahu tak bini aku dah bising kenaper dia tak jadi Datin tau..( aku suroh ustaz LGE masukkan nama aku senarai lah untuk TYT)

    ReplyDelete
  2. Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

    Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

    Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

    British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

    Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

    Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

    ReplyDelete
  3. Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

    Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

    ReplyDelete
  4. Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

    Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

    British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

    ReplyDelete
  5. British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

    Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

    Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

    Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

    Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

    Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

    Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

    ( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

    ReplyDelete
  6. Bijakla kau JBHM.. membuak2 fakta. kira macam terer habih la ye. What you don't realise is how stupid you sound. Daripada dok merapu macam orang tak waras, cuba TRY defend AGAMAMU yang kena lenyek la ni.. amacam????

    Masih Level-headed.

    ReplyDelete
  7. pembohong,

    memang tepat nama kau tu

    darurat tu disebabkan Komunis dok serang orang kampung, Cina Melayu semua kena, kalau tak bagi beras depa tembak

    memang tak masuk akal dok perang dengan British pasal pada masa tu memang diaorang dok pikir nak keluar Malaya pun, tu yang dok pelan pelan latih orang supaya boeh tadbir

    Tunku Abdul Rahman to dulu memang lah belajar kat England tapi tak bermaksud dia tu tali barut British ye dak??

    tu pasal better to fight without losing life, use legal means and non violent means, one can be confrontational without being violent, tapi saya yakin saudara pembohong mesti tak faham maksud saya

    31 Ogos ialah hari kemerdekaan... kat mana yang dikatakan 31 Ogos hari tertubuhnya Malaysia???

    Malaysia jadi Malaysia, on Sept 16...

    aku rasa kau melalut bila kata orang Sabah dan Sarawak majoriti tak mahu jadi rakyat Malaysia...

    sikit punya ramai orang Sabah dan Sarawak mencari rezeki di KL, berapa ramai pulak yang dapat biasiswa kerajaan sampai jadi pandai dan kaya raya??

    Sabah dan Sarawak merdeka pada masa yang sama juga 31 Ogos pasal British pull out all at the same time... mungkin ada remnant Brooke family di sana saya tak tahu tapi yang pastinya Sabah dan Sarawak were free to negotiate whether they wanted to be part of Malaysia, or Indonesia or perhaps the Philippines if they wanted to

    Indonesia is the closest neighbour of Sabah and Sarawak and yet they pilih Malaysia.. kenapa???

    Malaysia ada formula untuk stabiliti, semua kaum boleh berpegang pada pendapat sendiri tapi kerja sama sama

    tengoklah sekarang ni kita kata keadaan politik agak tegang lah,,
    tapi itu politik,

    realitinya rakyat Malaysia macam biasa.. tetap pergi kerja, eksiden kereta tak jadi bertikam berbunuh

    kenapa?

    kerana selama 51 tahun mereka hidup di bawah payung BN yang jelas mementingkan harmoni dan kerjasama

    tak macam DAP dan PAS yang mempunyai rekod sebagai parti yang hanya memperjuangkan satu kepentingan saja

    kamu boleh pembohong apa saja tentang Merdeka tapi hakikatnya tarikh itu adalah tarikh keramat untuk seluruh negara yang dikatakan tak mampu nak membuat jarum pun kalau ditadbir oleh orang tempatan

    orang tempatan telahpun mengajak semua kawan mereka untuk sama mentadbir negara bertuah ini

    cubalah kamu baca Malaysia Today, portal premier pembangkan dan baca komen dan artikel mereka .. kalau Bapa RPK yang menulis katanya melayu serba tak guna, artikel yang merekapetik dari blog semua bertema serupa, selama Melayu memerintah malaya ni semua jadi roasak
    tapi tengoklah sekeliling dan tanyalah pada emak dan ayah anda adakah keadaan sekarang lebih baik atau lebih buruk dari dulu

    mereka, begitu berbaur rasis dan keagamaan,

    memang betuk ada kelemahan BN tapi jangan lah asyik dikatakan Melayu tak guna, ramai jug ayang kecik hati
    '

    anda mungkin sokong PKR dan mungkin anda rasa anda tak tergolong dalam kumpulanMelayu tak guna

    tapi anda tengoklah sendiri di Penang apa yyang jadi DCM 1 smapai hari ni tak bersuara, kalau bersuara lebih dikatakan ekstremis dan pembuat kacau oleh Jeff Ooi...

    itu baru satu negeri

    di perak pun sma kelebihan diberikan secara ekstrem berat sebelah kepada penduduk Cina , ya memang betuk merekaorang kebanyakan, tapi apa hal orang melayu kebanyakkan

    jangan lupa mereka ni 50 tahun simpan dendam kerana jadi pembangkang dan sekilas mendapat kuasa tentu Melayu ditinda

    malh di selangor pun sudah mula nampak bibit berat sebelah mereka

    memang masih kecil tapi macam api , ia mesti dipadamkan semasa kecil, bila dah besar ia sudah menjahanamkan

    fenomena blogger pro-BN yang berbahasa kasar adlaah baru-- ianya sekadar tindakbalas terhadap blogger pro Pakatan yang suka mencaci , memaki dan menghamun..

    bak pepatah orang Melayu

    kemana jatuhnya kuah kalau tidak ke nasi

    kalu bapanya borek, anaknya tentulah rintik

    dimana penyokong pakatan belajar berbahasa kotor dan rasis kalau bukan dari pemimpin mereka

    ReplyDelete
  8. JBHM, kau bukak aja mulut, awal-awal lagi dah fail sejarah. Malu la...

    31 Ogos 1957 - capai kemerdekaan daripada British
    16 september 1963 - became Malaysia due to departure of Singapore.

    simple uncluttered fact, d***head!

    sepanjang yang aku tahu, tiap2 tahun kita celebrate MERDEKA from colonial rule, bukan merdeka from Singapore.

    anti-bengap/bodoh

    ReplyDelete
  9. Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.

    Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

    Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

    Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

    Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

    Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

    Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  10. JBHM, you dont even have a brain of your own to come up with an original posting. pakai cedok hishamuddin rais punya bulat2. tak bagi link or credit pulak tu, seolah2 dia punya idea la..

    OOOOO>> muka tak malu weh!

    Ada perasaan malu

    ReplyDelete
  11. Setiap kali ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos, nama-nama nasionalis Melayu berhaluan kiri seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Dr. Ishak Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaacob, Tan Sri Samad Ismail dan banyak lagi seolah-olah tidak menyumbangkan apa-apa kepada kemerdekaan negara.

    Padahal mereka inilah yang menjadi penghuni rumah pasung British. Memang benar nasionalis ini berhaluan kiri tetapi mereka turut memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi bagi sejarah dalam konteks Melaysia wajarkah kita memadam nama mereka sedangkan mereka juga berjuang?

    Sejarah adalah “benda mati” kata sesetengah orang yakni tidak ada keperluan untuk merujuk perencanaan masa depan.

    Tetapi tiba-tiba pula ada pihak yang kelihatan sangat prihatin dengan sejarah negara dan mendakwa perlu “ditulis” semula mengikut hukum politik semasa.

    Walaupun isu ini bergerak di atas premis silibus buku teks sekolah, isu sebenar ialah membuat interpretasi ke atas fakta sejarah.

    ReplyDelete
  12. Sedih betul. Semua Sejarah UMNO saja yang betul. Semua UMNO buat, betul. Semua UMNO cakap, betul. Semua UMNO sumpah, betul. Semua UMNO tiada rasuah. Semua rakyat yang sayangkan Malaysia, bodoh. Semua orang UMNO, pandai.

    ReplyDelete
  13. Yg Tunku Abdul Rahman sorak merdeka x3 kat stadium merdeka tu buat apa? Itu hari Tunku sorak ialah hari 31 ogos? Merdeka UMNO? Tapi sampai sekarang nama UMNO ni masih nama sebutan English United Malay National Organisation. Yg ini saya tau. Bukan kah melayu? Mengapa nama english ni…. Atau nama melayu nya ialah Untuk Menjaja Negeri Orang(UMNO)? Oiiii Siapa boleh bagi tau??? Dah konfuse ni…

    ReplyDelete
  14. …yang pastinya, perkataan “merdeka” hanya disebut seperti satu perayaan…dalam masa-masa tertentu sahaja. perkataan “demokrasi” dan “reformasi” adalah sesuatu yang dituntut dan diperjuangkan… merialisasikannya adalah satu perjuangan…

    ReplyDelete
  15. Agaknya kerajaan Kelantan pun buta sejarah..kalau di kl sambutan merdeka pada 31 Ogos tiap tiap tahun kenapa di Kelantan juga diadakan pada tarikh yang sama? Orang dah mula pekak dan buta lupa tengok macam mana Tunku Abdul Rahman dan berjuta rakyat Tanah Melayu melaungkan 'merdeka, merdeka, merdeka' pada 31 Ogos. Saje buat buat buta dan pekak tapi yang sebenarnya buta hati dan busuk hati.

    ReplyDelete
  16. Korang perasan tak, tak de sorang pun cyber trooper cut and paste ni mencelah topik asal iaitu Masor Othman tu muppet...

    memang muppet besar, aku cakap engkau, muppet hidup terbesar di Malays malah mungkin seantero Asia dan juga seluruh dunia

    orang Penanti semua tau, memang dia tu sekadar jaga kawasan aje.. penang dia tak de kuasa selain sebagai pelaksana apa apa perintah CM.. mana ada Melayu dapat muka bawah DAP... cehh kutuk Umno konon kat tolong melayu masa GErakan memerintah..hah sekarang dah dapat kuasa buatlah

    cakap pandai buat kerja tak reti


    peeeiiiiraahhh

    ReplyDelete
  17. biar diam dari meniruAugust 12, 2009 at 2:58 PM

    kah kah kah cut and paste mamat perasan Hishamuddin Raiss

    malu beb malu kantoi

    tak de idea sendiri

    setakat jadi corong suara orang lain

    ish ish ish

    tolong lah

    kok ye pun taip lah sendiri ulasan baru


    kah kah kah inilah level penyokong PKR... Hisham 'pengecut' Rais tu yang dibanggakan...

    he he he

    aku

    ReplyDelete
  18. Wikipedia mendifinasikan ‘Toyol’ seperti berikut:

    A Toyol or Tuyul is a mythical spirit in the Malay mythology of South-East Asia (notably Indonesia, Thailand, Malaysia and Singapore). It is a small child spirit invoked by a bomoh (Malay witch doctor) from a dead human foetus using black magic. It is possible to buy a toyol from such a bomoh.


    A person who owns a toyol uses it mainly to steal things from other people, or to do mischief. According to a well-known superstition, if money or jewellery keeps disappearing mysteriously from your house, a toyol might be responsible. One way to ward off a toyol is to place some needles under your money, for toyols are afraid of being hurt by needles.
    Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendakwa kewujudan banyak pusat perjudian, hiburan dan spa di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap.

    Saya setuju dengan kenyatan Mr. Khir bin Toyo.

    Mr. Toyo, kamu tanya semua ADUN dan bekas ADUN serta EXCO umno/BN semasa kamu menjadi Menteri Besar Selangor dulu siapa yang tidak rembat duit hasil daripada meluluskan lesen perjudian, pusat hiburan dan songlap lombong pasir..!!! Mungkin Suhaimi Mohd Ghazali, Ketua Pemuda UMNO Sepang yang juga bekas ADUN Dengkil dari UMNO/BN amat tahu dan kenal semua tokey pusat perjudian dan lombong pasir HARAM @ HARAM JADAH..!!!

    Pusat MAKSIAT yang belambak di Selangor; Puchong, Banting dan Kelang terutamanya telah wujud sejak zaman kamu menjadi Menteri Besar wahai Mr Khir bin Toyo..!!!

    Hello Mr. Khir bin Toyo, sebelum kamu mati dengan sumpah seranah rakyat, lebih baik kamu jawab dengan jujur dan ikhlas semua persoalan.........

    ReplyDelete
  19. toyl

    kau pun master cut and paster gak....kah kah kah

    pandai

    pandai macam tumit kuda belang

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan