Thursday, August 6, 2009

Politik Pakatan Gila: Suatu permainan licik



abang dan adik mungkinkah bergaduh..atau gaduh gaduh sayang??


Lepas satu satu keriuhan yang geng geng Pakatan Gila ni buat. Di Selangor macam nak runtuh dengan pelbagai skandal baik seks mahupun rasuah. Di Pulau Pinang kes Kg. Buah Pala. Di Kelantan, kisah Nik Aziz yang tampak kagum benar dengan Perdana Menteri. Adakah ianya benar benar berlaku atau suatu percaturan politik yang jelas licik untuk memerangkap kerajaan Barisan Nasional? Kau orang fikirlah apa yang tersirat di sebalik rentetan peristiwa ini.

Selepas berhempas pulas untuk kejayaan di dalam pilihanraya umum ke 12 dan selepas beberapa kali menang di dalam pilihanraya kecil sebelum ini adakah masuk akal untuk mereka membuka pekung di dada mereka dan biarkan kejayaan itu dirobek atas kebodohan mereka sendiri? Dan adakah dengan kemelut yang mereka cipta yang seolah menggambarkan ada perpecahan di dalam geng geng mereka, mereka telah bersatu mengheret lembu lembu mereka untuk bersepah di tengah jalan menentang kerajaan seperti demonstrasi GMI? Gila berapa punya mudah untuk membaca rentak dan tari politik geng geng gila ini. Apa yang tersirat di sebalik kronologi peristiwa ini?

Geng geng gila ini cuma mahukan momentum dan mahukan nama mereka terus bermain di bibir rakyat. Buatlah apa jua spekulasi dan tuduhan terhadap mereka, lembu lembu tegar dan orang orang bodoh yang terpedaya dengan tipu helah mereka akan terus terjerumus ke dalam perangkap ini. Geng geng gila ini telah dibahagikan tanggungjawab yang perlu mereka galas oleh budak Permatang Pauh yang menjadi ‘play maker’ di dalam senario ini. Ada yang menjadi tukang salak, ada yang menjadi kambing hitam, ada yang menjadi boneka dan macam macam watak yang budak Permatang Pauh ni telah ciptakan untuk strategi politik. Nik Aziz mungkin telah diberikan watak sebagai malaikat yang cuba mengaburi mata rakyat.

Yang jelas keriuhan yang tercetus ini adalah suatu strategi terancang yang perlu sama sama kita fikirkan. Tidaklah bodoh kita untuk terus menerima keadaan ini tanpa mengambil kira apa yang tersirat. Yang tersurat amat mudah dibaca yang tersirat perlu kita sama sama renungkan dan sama sama kita rungkaikan. Allah sentiasa memberi petunjuk.

-daeng celak-

4 comments:

  1. Khalid mesti buktikan bahawa dia bukan NIZAR II, menurut perintah DAP aje

    keadaan orang Melayu semakin meruncing dan PAS pun dah mula sedar keadaan ni, menunggu masa aje tetapi PAS mesti pandai mengurus isu ni jangan sampai orang melayu yang rugi

    PAS mesti menguatkan suara dalam Pakatan

    ReplyDelete
  2. Berapa berani PAS dalam hal ni? Sama sama kita saksikan sama ada PAS benar2 Melayu atau sekadar kuda tunggangan..jangan sampai jadi keldai sudah..-daeng celak-

    ReplyDelete
  3. Tuan punya blog,

    kalau nak menulis tu bahasa biarlah elok sikit. Jangan tunjuk yang saudara ni tidak bijak. Kita, kalau boleh nak swingkan penyokong PR ke BN. Kalaulah bahasa saudara macam ni saya garenti penyokong kita akan lari ke PR

    ReplyDelete
  4. Anon 1:47

    aku rasa tak lah kasar mana bahasa tuan blog ni kalau dibandingkan dengan RPK.. tapi elok teguran tu biar diaorang yang perangai macam babi tersepit telur

    aisehman takkan commetner punkena berlembut...

    he he he

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan