Friday, August 14, 2009

PERMATANG PASIR: Pas membazir undi di Penang

Di Selangor pun membazir undi juga sebenarnya, mana tak, penjualan arak pun tak boleh dikawal...
mana boleh biar penjual kawal sendiri..

rokok pun penjual tak kira, jual aje pada budak budak, inikan pula arak....

kawal sendiri penjual = tiada kawalan

Itulah ruginya mengundi PAS di Selangor.

Dengan Hassan Ali yang berani tu pun tak boleh buat apa.

pemimpin tertinggi PAS masih setuu untuk Kow Tow kepada DAP dan Mufti Ronie Liu

tak cukup dengan itu, Nik Aziz dari Kelantan pun berlari untuk mempertahankan DAP bial dia menghina Islam.

take pe orang buakn Islam hina Islam pasal dia tak tahu... eh bodoh pula bunyi nya tu

Bayangkanlah di Pulau Pinang...

buang undi aje pangkah PAS di Penang

tak de dapatnya PAS nak memperkukh undang undang Islam di Penang... Pemimpin DAP dah cakap kena langkah mayat diaorang dulu

ye lah PAS nak jaga hati DAP, kalau tak tak dapat undi Cina...

DAP lain lah, tak ade PAS pun boleh dapat undi Melayu

Kalau Uni Umno memang sah dapat wakil yang berapi dalam Dewan Undangan Negeri, habis di tanya semua soalan susah, kalau ada tak betul mesti kena bangkang... ialah Umno memang mampu menjadi pembangkang yang kuat

eloklah penyoong PAS perkuatkan kubu Melayu di Kedah, Kelantan dan juga Selangor, di Penang ni bagilah Umno jadi pembangkang yang kuat, boleh kita kepong sikit kerajaan DAP ni
Fikir Fikirkan lah

18 comments:

  1. UMNO dan BN pastinya kehabisan modal dan kini mereka terpaksa menggunakan peluru akhirnya untuk menyerang dengan mensasarkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi dasar perjuangan dan aktivitinya. Setelah teruk mereka membelasah Tuan Guru Hj. Hadi Awang sejurus selesai muktamar tempoh lalu , kemudian Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula diasak oleh mereka menjelang pilihanraya Manek Urai dan kini mereka mensasarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula yang dilabel sebagai pengkhianat bangsa melayu .

    Pertamanya saya mahu tegaskan bahawa UMNO dan BN sewajarnya mencontohi Pakatan Rakyat bukan memusuhinya. Wujud perselisihan faham namun bijak mengatasinya . Tercetus masaalah dalaman tetapi cepat menanganinya . Ada kelemahan tetapi konsisten untuk memperbaikinya . Timbul kritikan dan cemuhan namun teguh dan tegas mempertahankan prinsip perjuangan .

    Kedua : Saya menggesa supaya UMNO dan BN ambil langkah serupa di negeri - negeri yang diperintah dan ditadbir oleh mereka seperti apa yang dilakukan oleh Selangor malah ianya telah lama dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dalam mengawal penjualan arak khususnya di kawasan - kawasan majoriti muslim . Islam tidak campur tangan berkait kes arak dalam lingkaran non muslim yang agamanya membenarkan mereka meminum minuman beralkohol itu . Tetapi tegas agar ia tidak melewati sempadan masyarakat muslim justeru agama Islam mengharamkan penganutnya membeli , menjual , mempamer , memproses dan meminum arak .

    Ketiga : Saya mendesak agar UMNO dan BN jangan hanya bising isu Arak dan isu penghinaan terhadap Islam [ tanpa saya menafikan ia juga satu isu yang besar ] tetapi juga mesti memandang kepada isu - isu yang lain di mana ia turut mencabar kesucian Islam dan menghiris perasaan ummat Islam sementara mereka adalah kerajaan yang memerintah negara ini . Sebagai contoh mudah , Utusan Malaysia menyiarkan isu penghinaan terhadap Islam di muka hadapannya tetapi memuatkan keputusan sport TOTO , Magnum dan Horoskop dibahagian belakangnya . Ini satu persendaan . Akhirnya orang kata UMNO mempersendakan Islam.

    Keempat : Hentikan segala serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat . Apalagi serangan itu tidak berasas dan hanya bertolak dari sentimen perbedaan ideologi politik . Tindakan UMNO dan BN bukan hanya menampakkan mereka sangat terdesak tetapi juga jelas kehabisan idea dan tidak mempunyai kredebiliti yang hebat dalam menghadapi saingan politik . Serangan kepada peribadi hanya akan berkesan apabila ia benar - benar berdiri di atas bukti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang kukuh .

    Kelima : Sampai masanya UMNO dan BN merombak segala dasar perjuangannya yang jelas bertentangan dengan Islam dan akhirnya mengheret UMNO dan BN terus hanyut dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam . Apabila UMNO dan BN berada dalam satu frame yang salah bagaimana mereka mahu membetulkan orang lain sekalipun orang lain juga berkemungkinan melakukan kesalahan .

    Contoh mudah saya bawa : mereka pertikaikan PAS kononnya gadai prinsip , alat DAP dan 1001 tohmahan . Tetapi alhamdulillah , dalam tempoh 2 tahun kita menerajui negeri di bawah Pakatan Rakyat ternyata banyak isu kita boleh selesaikan dengan baik biarpun bermula dengan perselisihan faham dan sebagainya . Isu terkini ialah arak yang akhirnya menyaksikan UMNO dan BN terpaksa menjilat pasir setelah menyalak sekian lama apabila PAS tegas dengan prinsip dan kerajaan Pakatan Rakyat sedia mengambil langkah perubahan yang positif .

    Persoalannya , 50 tahun UMNO dan BN memerintah sehingga tersergam utuh kilang arak di Selangor kenapa UMNO dan BN senyap diam membisu sejuta bahasa . Kelu lidah macam orang kena stroke . Bila Pakatan Rakyat memerintah baru 2 hari [ baca 2 tahun ] hampir terjelir lidah mereka melaung slogan kononnya mereka perihatin terhadap isu agama dan sensitif terhadap sentimen ummat Islam .

    ReplyDelete
  2. Peruncit Melayu pupus: Satu Lagi Agenda Pengkhianatan Umno

    Utusan Malaysia On line 13/8/2009 melaporkan , kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

    Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

    Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.
    Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  3. bodoh jugak pencacai PR ni. UMNO buat salah, maka dia patut buat salah 2x atau berlebih kali dari UMNO. UMNO buat betul, bukan sekali atau kosong kali, nak diikut pun tak berani. Kalau banyak sangat BN hanyut dalam aktiviti bertentangan dgn ISLAM selama 50tahun, mana PAS pegi.sepanjang 50 tahun tu, takkan tunggu Anwar (bekas UMNO) dtg baru nak sedar. PAS asyik ambik bekas UMNO je nak berjaya (ya, termasuk la NIK AZIZ bahlul tu), patut la suka janda,

    ReplyDelete
  4. Pencacai PAS diatas x abis2 dengan modal 50 tahun memerintah... dah basi la woi... mesti copy paste dar blog totok PAS. kalau x UMNO memeirn tah... Tabung Haji, Lembaga zakat, Felda, PNB nak harap PAS buat? tanah kubur wakaf kat kelantan pun x dapat selesai... Totok PAS ni memeng gila.

    ReplyDelete
  5. apa yang khianatnya bercakap benar tentang Peruncit Melayu hampir pupus? sekurang2nya orng melayu sedar dan amik inisiatif bekerja lebih keras. itula PAS, asik salahkan orng lain. jgn angkuhla PAS. 70 peratus orang melayu/Islam dengan UMNO lg..

    ReplyDelete
  6. hahaaha.. Najib kawin Rosmah Puaka Janda gak..
    haahhaa.. Paklah kawin janda gak..
    aku suka tgk org UMNOngok/BN melatah cam ni..

    ReplyDelete
  7. anon 9.55pm
    celaka betul kamu ya
    memperlekehkan ibu tunggal

    Ibu Tunggal

    ReplyDelete
  8. Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

    Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang- undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

    Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

    Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

    Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

    Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

    ReplyDelete
  9. "UMNO sering mengatakan seteru mereka itu pengkhianat bangsa dan agama ,tetapi hakikatnya.

    Sebenarnya banyak yang telah UMNO lakukan yang boleh kita labelkan mereka ini pengkhianat sebenar .Pertama akhbar Utusan Melayu asalnya memdapat dana dari sumbangan rakyat marhaen ,terdiri daripada petani ,nelayan ,penarik beca dan sebagainya.Atas arahan Tunku yang kita sanjung sebagai Bapa Kemerdekaan merampas Utusan Melayu untuk dijadikan lidah rasmi UMNO. Keduanya tulisan jawi ,telah dimansuhkan dari sistem pelajaran kita .Maka kini ramai bangsa melayu hari ini buta jawi ,sungguh merugikan.Sedangkan itu tulisan bangsa melayu ,hinggakan bumi bertuah ini pernah dikenali dengan nama tanah jawi .Ini orang UMNO tidak nampak ,seperti ayam jantan berkokok berderai -derai ,ekor terpalit tahi.Melayukan mudah lupa."

    ReplyDelete
  10. Betul lah tu, undi pas maknanya buang undi je

    kalau tak betuk mesti dah ada orang separa-pandai dari seberang sana rebutt posting ni

    aku rasa orang PAS dah makin sedar bahwa pilihan kawan adalah penting dalam menentukan kejayaan politik, dan perkongsian kuasa sebagai ahli kelas ketiga tak menajnjikan kejayaan dalam mencapai matlamat politik menjayakan hukum Hudud

    ialah DAP suruh langkah mayat dulu, Umno kata, pelan pelan bang jangan tersadung nanti jatuh...

    mana yang kasar mana yang lembut


    tapi ye lah N.Ajis dah meman gkata dia lagi sanggup minta tolong setan dari orang seagama dengan dia... tak pe lah

    tak sedar ke dia yang berbunuh di Iran Iraq ni pasal sam agama tuduh menuduh dan kafir mengkafir ke???

    ReplyDelete
  11. Agak-agaknya apa yang kerajaan Pakatan Gila ni buat pada negeri negeri yang dia orang tadbir? Selangor jual arak dah halalkan arak..Kedah dengan babi, Penang nak robohkan rumah orang kampung dan pilihanraya kecil, Kelantan menukar hukum Tuhan..ada ke sebatang tiang yang dia orang dirikan untuk kesenangan rakyat? Aku lupa yang ada cuma kandang kandang babi yang baru..nanti mufti Selangor yang baru tu akan kata eh babi tak haram pasal muka babi kan manja..dan Nik Najis kata takpa boleh main main dengan babi pasal babi kawan baik pada kawan kawan dia dari DAP..babi tonyok betul

    ReplyDelete
  12. Awas! Pemuda UMNO Akan Dilatih Secara Komando.

    "Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh bersemangat menyatakan pemuda UMNO akan dilatih ala komando dengan bantuan bekas komando, BTN dan beberapa agensi lagi. Saya menjangkakan selepas ini pemuda UMNO tidak lagi lembik, hangat tahi ayam, berani mencium keris dalam dewan, berebut T shirt dan nasi bungkus, juga tidak lagi beraksi lucah di tepi jalan.


    Suntikan baru yang berambisi ini pasti akan menaikkan nama Ahmad Zahid yang gagah berani dan sekali gus mendapat tempat yang lumayan di sisi pemimpin negara kita. Kekuatan Pemuda akan lebih berganda dengan kehebatan 'Putera UMNO' yang cantik jambul topinya dan keberanian PEKIDA yang sanggup mati untuk UMNO.

    Apa isyaratnya yang perlu difahami oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal PAS, dalam menilai semangat baru pemuda UMNO dan niat sang menteri ini?.

    Perlu juga ingat, bahawa latihan bentuk apa pun yang pemuda UMNO rancang dan perolehi, mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa pun, kerana mereka adalah UMNO. Pemuda UMNO boleh berarak bersama mat Rempit, kerana mereka UMNO. Pemuda UMNO boleh melalak dan melompat-lompat, sumpah seranah di jalanan, kerana mereka UMNO dan mereka bukan macam berok dan kera.

    Kalau tidak pemuda UMNO yang berwajah dan bersasa baru ala komando ini akan dicekup oleh penguasa negara seperti gerakan P.A.S. (ditudoh pemberontakan militan), Almau'nah ( berlatih perang dalam belukar), Arqam ( berlatih cara komando di hutan), Mujahidin Malaysia ( punya kelengkapan senjata).

    Pemuda UMNO sangat bernasib baik, kerana mereka adalah UMNO.

    Wahai Pemuda Pakatan Rakyat, apakah anda berani berdepan dengan kehebatan dan ketangkasan pemuda UMNO kelak, yang cukup terlatih dari segi fizikal (komando) dan semangat juangnya (BTN).

    Wahai Pemuda Pakatan Rakyat, yang pernah suatu masa 'menguningkan' dan 'memerahkan' seluruh Bandar Raya KL dalam perarakan gagah berani, apakah anda hanya berani dan tangguh menelan asap, gas, air kimia dan belantan algojo saja, tapi nanti kecut perut dengan kegagahan pemuda UMNO baru yang perkasa ini.

    Kita tunggu dan lihat!.

    ReplyDelete
  13. 400 orang di perhimpunan anti-Anwar. Mana lagi 9600?? kata 10 000...kah kah kah

    Julung-julung kalinya Umno Bahagian Batu Pahat bergabung dengan beberapa bahagian mensasarkan 10,000 orang berkumpul untuk melaungkan "Anwar Penghianat Bangsa"di Batu Pahat.

    Motif utama perhimpuanan itu bagi menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang berkeras menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penghianat bangsa melayu. Ianya disempurnakan padi tadi dengan pelbagai sepanduk.

    Malangnya tidak sampai 10% yang hadir dari 10,000 orang yang disasarkan. Rakan AMK Johor yang berada dilokasi memberitahu saya yang hadir hanya sekitar 400-500 orang. Mungkin wang habuan tidak berbaloi untuk rakyat 10,000 Batu Pahat bersiaga dihadapan 'Dato'-Dato' Umno'.

    Apapun, saya ucapkan tahniah kepada pencacai Umno yang 400 orang yang berada diperhimpunan itu. Tanpa mereka siapa lagi yang sudi menghabiskan duit-duit yang telah disonglap oleh 'Dato'-Dato' Umno' yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Kah Kah kah. Pemimpin tertinggi PAS, N.Ajis menghalalkan orang bukan Islam hina Islam... eloklah tu

    itulah satu lagi langkah untuk ke arah hukum hudud di negara Islam..


    Kah Kah Kah

    makin ramailah Ustad DAP tak lama lagi

    ReplyDelete
  15. Gambar program kat johor semalam xde ke. Sdr daeng celak??

    ReplyDelete
  16. Morek,

    Cuba baca kat star. Nik aziz kata 'tak pelik kalau org bukan islam hina islam. yang peliknya orang islam itu sendiri yang hina islam.

    Jadi sekarang ni kita dah tahu siapa yang suka buat fitnahkan. Org Umno le tu.

    ReplyDelete
  17. anon bodoh 6:40

    memang itu yang dia kata, lepas tu dia kata ape? tak pe kan kalau orang yang tak tahu islam hina Islam , pasal dia tak tahu

    maksud nya ape? OK lah kalau bukan islam hina Islam...

    hai selama ni tak pernah aku dengar orang cakap macam tu

    kau janganlah taksub dengan N.Ajis ni

    dia bukan Ulamak sebenar dia ulamak poltiik

    tugas dia menghalalkan cara PAS

    tak lebih dari itu

    dia tak maksum dia boleh buat salah

    ReplyDelete
  18. anti kkk,

    Anda memang tak nak islam. cara cakap mcm org islam tapi perangai masya Allah. Ustaz aku pernah cakap, kalau kita dah tahu parti tu tak nak islam tapi kita masih sokong juga parti tu, maknanya kita tolak islam le tu. Islam tu menyeluruh.

    tak boleh pisahkan parti politik dgn islam. Kau pergi perhimpunan agung Umno kau tinggal agama kat rumah ke? ye la Islam dan politik tak boleh bercampur. Apa kata Mufti perak pasal ni.

    Siapa yang suka hina islam?

    ReplyDelete

VIDEO PERINGATAN: Siapa Anwar yang sebenar

Pembohongan DAP di Sibu


Kecapi Nikmat Bersama Pakatan